Min Yasmin Tak Popular Di Malaysia, Tapi Bila Buat Konsert Dekat Filipina Lebih 60,000 Peminatnya Datang

Share

Min Yasmin, isteri kepada komposer terkenal Julfekar ini belum cukup kuat namanya untuk dikenali di negara sendiri. Tapi semua itu tak mematahkan impian Min Yasmin atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz, 28. Sebab dirinya di Filipina cukup dikenali dan dihargai oleh para peminatnya yang ada di negara itu.

Saya tak sangka akan tembusi pasaran di negara orang. Peminat industri muzik mereka sememangnya sangat sukar nak terima orang luar. Dah rezeki, saya terima dengan tangan terbuka. Mungkin tuah kerana orang di Filipina menerima saya seadanya.

Saya akui nama saya di Malaysia memang kurang dikenali. Walaupun dah lama bertapak di industri muzik tempatan. Saya tak kisah popular atau tak. Sebabnya benda ini pun satu yang positif. Saya buat apa yang termampu dan tak sangka tembusi pasaran luar negara. Ini sebab saya sangat hargai bakat yang ada dalam diri saya.”

Nama Min Yasmin mula disebut-sebut peminat-peminat Filipina selepas album duetnya dengan penyanyi negara itu, Nikki Bacolod, berjudul 2 Voices menjadi hit pertengahan tahun 2015 lalu.

Saya sendiri terkejut. Tak sangka single Sa Iyo bertahan lama dalam carta Top 10 di stesen radio nombor satu negara itu. Ketika persembahan jelajah Filipina untuk mempromosikan 2 Voices, penerimaan peminat pun sangat luar biasa.”

Min Yasmin Terima 2 Anugerah Di Filipina

Rentetan kejayaan itu, Min dan suami sedang dalam proses menyiapkan album ketika solo Tagalog. Mereka gunakan strategi promosi album di pusat membeli belah di Filipina. Dalam masa sama, akan mencuba nasib dengan album penuh bagi pasaran Malaysia.

Biarpun dikenali di Filipina, saya tetap rindukan Malaysia. Berulang ke Filipina adalah kerana kerjaya, saya tetap selesa tinggal di negara sendiri.

Hebat tak hebatnya Min Yasmin di Filipina, konsertnya selama 3 jam mendapat sambutan lebih 60,000 peminat. Dia juga pernah memenangi 2 kategori pada Anugerah Gawad Sulo Ng Bayan pada 2015.

Alhamdulillah, titik peluh saya selama hampir lima tahun dibalas dengan pengiktirafan berkenaan. Biarpun pengiktirafan itu dari negara luar, tidak mengapa.

Saya tetap bersyukur sebab ada juga pihak yang menghargai bakat saya. Saya jadikan kemenangan tersebut sebagai pembakar semangat buat saya untuk merancang dan melangkah lebih jauh dalam bidang nyanyian

.”

 

Ini Rancangan Julfekar

Min Yasmin juga berasa sangat bertuah kerana suaminya, Julfekar merupakan orang yang sangat memberi sokongan dalam kerjaya seni terutamanya di Filipina.

Semua ini adalah rancangan Julfekar kerana dia sangat arif dalam selok belok hiburan. Saya bersyukur kerana mempunyai suami yang berbakat dalam dunia penciptaan lagu dan memberi semangat dalam kejayaan seni saya,” akhiri Min Yasmin.

FOTO: Nadia (Pelatih Industri) & KOLEKSI PERIBADI MIN YASMIN

Published by
Norhayati Suboh