Tiada apa yang lebih menggembirakan seorang anak apabila dapat membahagiakan hati kedua mak ayah tercinta. Terharu sungguh bila membaca perkongsian oleh Yanie Tawil ini. Sepakat sungguh 9 beradik ini apabila sanggup buat rancangan kumpul duit deposit dan bayar ansuran bulanan demi hadiahkan abah mereka kereta baru. Ia susulan, satu-satunya kereta yang abah mereka gunakan telah rosak baru-baru ini.
Ini la salah satu sebab nya..bila kami sedang sibuk bekerja tetapi dalam masa yang sama, abah tersadai kat tepi jalan di sebab kan satu-satunya kereta yang dia ada ni rosak..Kami sebagai anak-anak yang sepatutnya ada untuk menolong dia dalam keadaan macam ni tak dapat membantu di sebabkan masing-masing sedang bekerja.Tetapi alhamdulillah dalam mase yang sama, kakak ada pada masa kereta tu rosak dan abah buat keputusan untuk tarik kereta ni balik menggunakan tali dan tali tu diikat kat kereta kakak.
Kakak share gambar abah dalam group wssap keadaan abah masa tu..Ya Allah, rasa macam nak menangis bila tengok gambar abah time tu.. dalam keadaan panas terik, tarik kereta sorang-sorang.. dalam hati ni terdetik “mane tanggungjawab aku sebagai seorang anak” yang sepatutnye tolong dia keadaan dia memerlukan macam ni? Alhamdulillah kereta tu selamat ditarik sampai ke rumah dan kereta tu di repair oleh abang dan adik lelaki.
Sejak kejadian tu, kami semua sepakat untuk hadiahkan abah “kereta” ni untuk kemudahan dia bergerak.
Kami 9 orang adik beradik bukan dari orang yang senang, yang dah kawin atau yang belum kawin.. masing-masing ada tanggungjawab sendiri dan kami sama-sama berfikir mencari jalan untuk memudahkan abah bergerak lepas ni.. yeaayy! semua sepakat nak carikan abah kereta.
Adik bagi pendapat, alang-alang nak carikan kereta, biar la baru.. sekurang-kurang nye dalam beberapa tahun, kita tak perlu risau kalau kereta tu nanti rosak dan timbul la cadangan untuk beli kereta baru terus.
Semua bersetuju untuk membeli kereta baru ni dibeli secara ansuran.. ye la, mana nak cari duit pulak nak bayar cash sedangkan kami adik beradik semua pun beli kereta secara ansuran.Dan alhamdulillah semua bersetuju dengan cadangan untuk membayar kereta ni secara ansuran beramai-ramai selama 5-9 tahun.
Kami 9 adik beradik tak kisah untuk membayar ansuran ini selama bertahun-tahun dari di bandingan dengan pengorbanan yang abah buat untuk membesarkan kami 9 adik beradik dari lahir sampai la kami besar dan menjadi orang yang berguna sampai ke harini.. Alhamdulillah..
Ade jugak orang membawang, bercakap “banyak duit adik beradik ko yer belikan abah kereta baru”?? tapi hakikat nye kami ambik mase berbulan-bulan untuk kumpul kan duit deposit untuk keluarkan kereta ini.
Kami adik beradik semua bekerja sama untuk menguruskan pengeluaran kereta ni.Adik yang sorang uruskan hal loan bank, yang sorang uruskan kutipan duit deposit (ambik masa 2 bulan untuk kutip deposit) dan yang lain pun siap-siap dibahagikan untuk uruskan yang lain.
Alhamdulillah niat kami adik beradik semua baik.. allah permudahkan urusan proses loan bank ini.. dan kereta ni dapat di keluarkan dengan cepat.
Nak tau tak ape perasaan abah bila kiteorg suprise kan kereta ni!! hahahhaha comel jee tengok abah ni.. asyik cakap yang ni “MIMPI KE?” “BETUL KE?” sebab abah tak percaya langsung yang dia dapat kereta tu.. sampai kan adik siap suruh abah tekan lock pintu tu.. kalau lock terbuka, abah bukan “MIMPI” tau.. emak yang berdiri kat sebelah abah, menangis-menangis sebab mak pun tak sangka yang anak-anak dia boleh hadiahkan kereta ni untuk abah.
Bila dah nampak emak menangis, apa lagi.. yang anak-anak lain pun tenteramkan emak sambil peluk cium emak.. ya allah, mase tu.. perasaan ni hanya allah je yg tau.. terima kasih ya allah.. berikan kami kebahagian yang tak terhingga macam ni.. walaupun kami tak kaya duit, tapi alhamdulillah kami kaya “KEBAHAGIAN”.
Allah sebaik baik perancang.. apa yang telah emak abah kehilangan sebelum ni (rumah abah hangus terbakar pada hari raya ke 2 aritu).. sekarang allah ganti kan dengan yang lebih baik.
Alhamdulillah.. terima kasih abang-abang, kakak dan adik-adik semua atas rezeki yang kita ada dan kite kongsikan bersama untuk kite berikan kepada emak abah kita ❤️❤️ alhamdulillah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat 9 beradik ini kerana membahagiakan hati dan memudahkan mak ayah. Semoga dilimpahi rezeki yang melimpah ruah dan menjadi sumber inspirasi buat adik beradik yang lain agar turut berbakti kepada mak ayah masing-masing.