Mila Syukur Allah Tak Bolak-Balikkan Hati Untuk Kekal Berhijab “Kami Banyak Dosa, Berilah Hidayah”

Share

Mila syukur Allah tak bolak-balikkan hati untuk kekal berhijab. Saat kita berbicara tentang hijab ia selalunya dikaitkan dengan menutup aurat.

Namun tidak semua orang terutama wanita mampu istiqamah dengan sempurna terutamanya bab berhijab.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Mila Syukur Allah Tak Bolak-Balikkan Hati Untuk Kekal Berhijab

Menerusi perkongsian  sebuah video di akaun rasmi Instagramnya, selebriti dan juga bergelar usahawan wanita berjaya, Mila Jirin mengulas tentang isu buka tudung kerana dia sendiri akui sebelum ini niatnya mengenakan hijab adalah “tak betul”.

Sebagai insan biasa, dirinya juga tidak lari dari sebarang ujian Allah. Walaupun sebagai orang Islam kita tahu menutup aurat itu wajib, namun ada saja halangan melintang.

Baca Disini : Mila Jirin Terguris Hati, Dilabel ‘Jual Durian Mahal Harga Yahudi’

Rezeki Terpijak Heliza “Yakin Hadiah Majlis Persandingan Ibarat Susun Atur Allah Menerusi Mila”

Berilah Hidayah

Mila juga menerangkan dek kerana rambut rosak teruk dia terdetik untuk memakai tudung.

“Saya masih ingat ketika itu rambut saya rosak teruk disebabkan kerakusan diri saya sendiri nak gayakan macam-macam jenis gaya. Sekejap kerinting, sekejap straight dan akhirnya padan muka rambut rosak.

“Namun saya bersyukur pada Allah ia menjadi asbab saya bertudung, dan Dia tak bolak-balikkan hati saya.

“Walaupun niat pada awalnya tak betul, alhamdulillah Allah sudah betulkan niat itu dan saya dapat bertudung, dapat tutup aurat sekarang,” kongsi Mila.

Sahabat Diuji Allah

Mila menyambung bila mengetahui ada sahabat yang diuji Allah dengan membuka hijab, sebagai rakan dirinya mendoakan yang terbaik agar Allah berikan hidayah buat sahabat tersebut.

“Jadi bila hari ini bila dapat tahu ada sahabat kita diuji Allah, mungkin Allah sedang bolak-balikkan hatinya.

“Jadi kita yang membaca dan tahu akan cerita ini sebaiknya kita doakan dia, agar Allah memberi dia hidayah dan membimbing dirinya ke arah kebaikan.

“Sebab kita semua tak sempurna, kita sendiri pun banyak dosa. Tapi itulah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur dan harapnya sudah dilaksanakan.

“Insyallah kita doakan yang baik-baik,” ungkap Mila.

“Semoga Allah Menjaga Hati & Pelihara Iman Kita Semua”

Ramai yang memuji dan mendoakan Mila terus istiqamah.

Mingguan Wanita : Semoga Allah tak bolak-balikkan hati kita untuk kekal berhijab.

Sumber / Sumber Foto : Instagram Mila Jirin

Published by
Norhayati Suboh