Mila Jirin Terguris Hati, Dilabel ‘Jual Durian Mahal Harga Yahudi’

Share

Penyanyi, Mila Jirin yang juga merupakan seorang usahawan berkongsi kenangan yang tak mungkin dilupakannya. Bila mana hatinya tercalar dilabel Yahudi dek kerana jual durian mahal.

Realitinya pembeli perlu tahu realiti kos yang ditolak oleh pekebun. Maklumnya lagi, janganlah mudah melontarkan kata-kata ‘harga yahudi’ kepada peniaga durian.

Hakikatnya, harga yang diletakkan pekebun agak mahal. Malah, keuntungan diperoleh pula berapa ringgit saja mengikut berat yang diletakkan peniaga.

Jual Durian Mahal..

Kredit : Instagram Mila Jirin

Kongsi Mila,

Antara KENANGAN yang tak akan dilupakan. Meh sini saya nak CERITA :

Sedikit pencerahan. Sahabat sekalian, tak dinafikan dalam 8 Tan lebih durian yang diambil dari beberapa kebun, bukan 100% semua isinya BAGUS. Sebab itu, tahun ini kami jual SIAP KOPEK bagi melihat isinya dahulu sebelum hantar.

Dalam menjaga dan berhati hati packing pun tetap ada masalah. Ada juga beberapa kes Durian rosak (dalam perjalanan dalam Delivery Box yang agak panas) – tapi Alhamdulillah, kami REPLACE NEW DURIAN sekiranya ada Kerosakkan demi kepuasan pelanggan. Boleh saya simpulkan +- arround 3 to 5% case yang tak dapat dielakkan.

Cuma yang saya rasa tersentuh dan tercalar dihati bila DI-YAHUDI kan dek kerana “JUAL DURIAN MAHAL”

Kebun di Balik Pulau itu BUKAN KEBUN SAYA. Saya pun hanya tumpang berniaga sahaja. Kos Beli durian sahaja mencecah RM133 RIBU ringgit dengan purata keuntungan lebih kurang 7% sahaja. Dimana YAHUDI nya?

Saya jual durian ini – dahulu kan modal beli buah durian untuk sama sama bantu bawa durian di Balik Pulau dan bawa ke kota ni buat mereka yang rindukan durian Balik Pulau. Macam mana saya nak jual MURAH jika saya beli dengan kebun pun dah mahal?

Untungnya Tidaklah Besar Mana

Sebiji Durian dari kebun ditimbang KILO dengan KULIT. 1 BIJI DURIAN sometimes nak dapat 500gram Isi Durian pun SANGAT SUSAH. Belum lagi case, buka durian hanya ada 4 ulas atau pun buka durian – ulat menari nari didalamnya.

Semua itu kehendak yang Maha Esa. Buah Durian bukan saya yang cipta. Mana saya nak tau ISI NYA BETUL BETUL TEBAL atau TIDAK. Saya pun tak boleh PICIT durian tersebut. Mana saya boleh SCAN Bijinya KECIL atau BESAR.. Sebab kejadianya setiap durian itu BERBEZA BEZA.

Tujuan saya up posting ini untuk saya JELASKAN. Jangan MENG-YAHUDI-KAN peniaga yang jual durian. Untungnya tidak lah besar mana. RISIKO besar. Buah durian bukan tahan lama, bila dah merekah kulitnya – jawapnya ke kitchen lah untuk dibuat Bubur.

Terdetik dihati saya ” Semua Pekebun buah, nak yang terbaik dihasilkan dari kebun beliau, Peniaga Buah mesti nak beli buah terbaik buat pelanggan mereka, tetapi bila sebaliknya, semua diluar kuasa kita kerana yang menciptakan buah itu siapa?? Bukanlah Pekebun mahupun Peniaga.

Mila Terasa Hati Dilabel Sebegitu

Jelasnya Mila perkongsiannya ini bukanlah bertujuan untuk mencari publisiti dan mahu mengaibkan sesiapa. Dia pun tidak mendedahkan identiti mana-mana pihak.

Cuma sekadar memberi penjelasan kepada orang ramai kerana Mila mendapati kebanyakan netizen menulis hantaran di media sosial yang mengaitkan peniaga durian dengan ‘harga yahudi’.

Itu yang membuatkan hatinya terasa lantaran dia baru pertama kali meniaga durian, sudah dilabel sebegitu.

Mungkin juga perkataan ‘harga Yahudi’ itu dah sebati dalam pertuturan harian. Namun, dia perlu juga memberi pencerahan kenapa harga durian dijual sebegitu tinggi.

Mila menjual durian Balik Pulau dari Pulau Pinang yang diambil terus dari ladang durian di sana. Ibu muda ini juga menjual nasi Arab, kek dan menjalankan perniagaan katering serta dewan perkahwinan.

Video : Sanggup tak bergaji asalkan pekerja dapat makan – Mila Jirin

Kredit : Mila Jirin

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer