Sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi dan usahawan, Mila Jirin menjalankan perniagaan perancang perkahwinan. PKP memberi kesan sukar kepada syarikatnya. Namun, Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmilla Jirin, 33 tetap positif demi memastikan pekerjanya ada punca pendapatan.
Akui Mila, PKP membuatkan syarikatnya hampir dua bulan lebih tiada pendapatan. Malah, terpaksa menanggung kos pengurusan dan gaji pekerja sehingga RM200,000 sebulan. Biar pun diuji teruk, Mila tetap tekad memastikan para pekerjanya ada gaji. Memandangkan ada pekerjanya ini yang sudah pun berkeluarga. Memikirkan hal inilah, Mila usahakan jualan kek demi para pekerjanya.
Para pekerja saya BERSATU HATI membantu saya dan syarikat dalam menempuh fasa PKP yang telah menjejaskan industri perkahwinan dan travel.
Sebenarnya waktu nak tulis posting ini pun, hati saya sebak.
Few days ago, saya adakan meeting dengan pekerja saya di BIZMILLA. Saya maklumkan tentang situasi sebenar syarikat, dan apa perancangan syarikat untuk menjana pendapatan bagi menampung kos operasi dan kos pengurusan (Gaji Pekerja).
Alhamdulillah, semua warga kerja di Bizmilla bersatu hati bergabung untuk memulakan beberapa aktiviti perniagaan baru demi kelangsungan syarikat dan memastikan semua warga kerja mendapat gaji bersama sama disebabkan kewangan syarikat terjejas teruk akibat tiada pendapatan hampir 2 bulan lebih. Buat masa ini, pihak syarikat masih bertahan walaupun kos operasi dan kos pengurusan menelan belanja hampir SETENGAH JUTA sebulan, saya tetap POSITIVE untuk berjuang bersama sama pekerja saya di Bizmilla #InsyaAllah.
Di Bizmilla kami memang ada unit Pastry, unit ini menyediakan semua jenis manisan dan pastry untuk buffet Majlis perkahwinan di Dewan Bizmilla, team pastry dan beberapa warga kerja di bahagian pengurusan dengan penuh semangat berjuang bersama sama syarikat dan mencetuskan idea untuk menghasilkan kek kek yang super sedap untuk juadah Syawal ini dan juga untuk sebarang ulangtahun mahupun apa jua majlis sambutan di rumah. Boleh follow IG @bizmilla_cakepastry untuk melihat kek kek yang bakal dibuka tempahan dan boleh lah buat tempahan untuk Hari Raya nanti Insya Allah.
Saya maklumkan pada pekerja saya, situasi sekarang, saya tak harapkan keuntungan tetapi saya mohon pada Allah, dapatlah usaha usaha ini membantu serba sedikit, terutama kos pengurusan (Gaji pekerja) yang hampir RM200,000 sebulan. Kerana saya faham, semua ada keluarga, saya tak nak pekerja pekerja saya hilang punca pendapatan, kita buat lah apa sahaja yang termampu dan rezeki yang halal demi kelangsungan syarikat dan dapat mereka bersama sama mendapat pendapatan.
Saya mohon, pada rakan rakan saya di Instagram ini, bantulah menyokong inisiatif pekerja pekerja saya.
Follow IG @bizmilla_cakepastry insya Allah harini kami akan update IG
MW : Semoga usaha Mila Jirin ini dipermudahkanNya dan para pekerja Mila dapat menikmati gaji setiap bulan.
Sumber/Foto : Mila Jirin