Michelle Yeoh Lakar Sejarah Pelakon Wanita Asia Pertama Menang Anugerah Oscar! Bukan mudah untuk mendapat tempat dan mencipta nama di luar negara, namun tiada yang mustahil hasil usaha gigih dan kerja keras dalam meraih kejayaan.
Dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, umpama sudah melengkapkan ‘portfolio’ karier seninya apabila dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik, di Anugerah Academy atau Oscar bagi edisi Ke-95, di sini, sebentar tadi.
Acara penuh meriah disiarkan secara langsung dari Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) itu, secara tidak langsung melakar sejarah bermakna buat Yeoh yang menjadi pelakon wanita utama dari Asia memenangi anugerah berprestij itu.
Yeoh, 61, memenangi trofi idaman seluruh pengkarya seni di dunia menerusi lakonan hebatnya sebagai Evelyn Quan Wang dalam filem Everything Everywhere All At Once arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert.
Dedikasi Kemenangan Buat Ibu
Ketika menerima trofi, Yeoh mendedikasikan kemenangannya buat ibu tercinta, Datin Janet Yeoh yang baginya memiliki semangat wanita kental dan cekal, terutama dalam memberikan sokongan padu kepadanya.
Ads
“Impian menjadi kenyataan. Ini adalah bukti bahawa impian besar dan impian itu akhirnya menjadi kenyataan.
“Untuk semua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menonton, ini adalah sinar harapan.
“Dan, untuk wanita jangan biarkan sesiapa memberitahu anda bahawa kamu sudah melepasi masa kejayaan. Wanita jangan pernah putus asa,” katanya dengan nada sebak.
Lebih membanggakan, pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu menewaskan nama besar seperti Cate Blanchett yang tercalon menerusi filem TÁR, Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans).
Ads
Filem Bawa Tuah
Terdahulu, menerusi watak dijayakan Yeoh dalam filem ditayangkan Mac tahun lalu itu turut membawa tuah kepadanya apabila memenangi anugerah berprestij lain iaitu trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi, Anugerah Golden Globe dan Pelakon Wanita Terbaik, Screen Actors Guild Awards (SAG)
Filem ‘box office’, Everything Everywhere All At Once menyaksikan Yeoh melakonkan watak isteri dan ibu yang mahu menyelamatkan dunia. Ia berikutan, watak beliau yang dipaparkan berketurunan Cina-Amerika terpaksa bergelut dengan masalah kehidupan.
Susulan itu, Yeoh menerima pencalonan dalam Oscar Ke-95 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, sekali gus menjadi pelakon wanita Asia pertama yang mendapat pengiktirafan penganjur, The Academy of Motion Pictures Arts and Sciences untuk dicalonkan dalam kategori utama.
Ads
Terdahulu, detik bersejarah Yeoh itu turut diraikan ibunya, keluarga, saudara terdekat serta tetamu jemputan istimewa pada acara Tontonan Eksklusif Oscar 2023 – Kebanggaan Malaysia di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, di sini.
Mingguan Wanita: Jutaan tahniah diucapkan buat Tan Sri Michelle Yeoh di atas kejayaan ini. Semoga menjadi inspirasi buat penggiat seni yang lain agar terus berusaha dan kerja keras mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Abang Viva Dedah Buat Majlis Resepsi Tapi Bajet Tak Ada “Kecil-Kecilan Tak Apa Semoga Di Berkati Allah” Netizen. Menerusi ruangan komen salah seorang netizen memberi pandangan, “Semoga dipermudahkan segala urusan abg viva… Kecil kecilan tak apa, semoga di berkati Allah… Amin”.
Ternyata apa yang diungkapkan oleh netizen itu ada baiknya dan mendoakan keberkatan majlis abang Viva itu nanti.
Sukarelawan ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya, Azwan Omar, 30, dan pasangannya Evanoza Zakaria yang bernikah 14 Oktober lalu menerusi akaun Facebooknya memberitahu akan mengadakan majlis resepsi pada 31 Disember ini.
Sebalum ini pasangan itu telah bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Ayer Keroh.
Abg Viva Dedah Buat Majlis Resepsi Tapi Bajet Tak Ada
Secara berseloroh Abang Viva meluahkan dirinya hanya membuat majlis resepsi secara kecil-kecilan kerana bajet tidak ada. Majlis tersebut akan diadakan di kediaman ibu dan ayahnya yang terletak di Pengkalan Indah, Melaka.
“Assalamualaikum..
“Saya azwan omar (abang viva) akan membuat majlis resepsi perkahwinan pada 31 disember 2022..bertempat di taman Pengkalan Indah (rumah mak ayah)..tetapi buat secara kecil-kecilan sahaja (budget takde 🤣)..sy mohon doa dari smua untuk majlis kami nnt..(kalau ade nak sponsor bleh dm..dialu alukan sgat🤣🤣)..sekian terima kasih,” kongsi Abang Viva.
“Maaf Di Atas Kesalah Fahaman Semua” Isu Tajaan Jangan Diperbesarkan
Selepas itu menerusi perkongsian terbaru, Abang Viva menyatakan dia memohon maaf tentang perkongsian yang lepas berkenaan isu tajaan.
Ini kerana dia hanya bergurau dan minta jangan diperbesarkan isu tersebut,.
“Assalamualaikum..pertama sy mintak maaf psal post sy yg lepas..brkenaan isu sponsor…klau tngok btul2..itu sy buat gurauan…
“Mntak smua jgan bsarkan isu tu..niat sy hanya lah untuk memberitahu kpda smua tntang majlis yang akan diadakan..x dsangka bnyak admin di page2 mmbesarkan isu SPONSOR shaja…itu yang dihighlightkan..
“klau diikutkan tnggal berapa hari je lgi..jika btul sy nak spnsor sy da update sblan lepas..maaf sekali lagi diatas kesalahpahaman smua,” luah Abang Viva penuh keikhlasan.
Tidak dapat dinafikan salah satu cara untuk mencipta kebahagiaan didalam rumahtangga bila adanya senda gurau dan usik mengusik diantara suami isteri. Ia bagaikan menyemai aura bahagia dalam perhubungan yang dibina, tidak kiralah bagi pasangan yang baru berkahwin mahupun sudah berpuluh tahun berkahwin. Barulah sesuatu hubungan itu tak rasa hambar dan dingin je kan!
Rupanya usik mengusik dan senda gurau ini juga menjadi amalan bagi pasangan pelakon Suhairil Sunari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafril,30 dan isterinya Nur Hawa Zainal Abidin atau lebih dikenali Wawa Zainal, 27 dalam mengekalkan kebahagiaan didalam rumahtangga mereka.
Muat Naik Gambar & Kapsyen Mencuit Hati
Usia perkahwinan pasangan bahagia, sama cantik sama padan ini telah memasuki tahun keenam serta dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,5 dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 3.
Menerusi posting-posting yang pernah dimuat naik oleh Aeril sendiri dilaman instagramnya, ternyata pelakon drama Cinta Fatamorgana yang berasal dari Rengit, Batu Pahat Johor ini merupakan seorang suami yang cukup suka mengusik isterinya, Wawa. Tapi tak pe lah kan, usik isteri sendiri, itulah yang menambah kemanisan dalam hubungan suami isteri.Patutlah Wawa sentiasa ceria dan berseri-seri.
Lihat antara posting mencuit hati yang pernah dikongsikan oleh Aeril ini:
Suka melihat kebahagiaan yang dimiliki oleh pasangan ini. Jadi buat suami isteri lain, rajin-rajinlah usik mengusik dan bersenda gurau dengan pasangan iya.Barulah hubungan tu jadi manis sentiasa.
Masih berpantang, Ezzaty sedih ibu bapa terpaksa pindah. Sebagai seorang anak sudah pasti hati berasa pilu dan terkilan apabila melihat ibu bapanya terpaksa berpindah ke tempat lain bagi menjalani kuarantin selepas dijangkiti Covid-19.
Begitulah yang dialami oleh pelakon Ezzaty Abdullah yang kini dalam tempoh berpantang di rumah ibu dan ayahnya di Bentong, Pahang selepas melahirkan anak kedua pada 11 Februari lalu.
Apatah lagi dirinya juga tidak dapat membantu orang tuanya mengemas barang-barang sebelum mereka berpindah buat sementara di rumah arwah neneknya di Ampang, Kuala Lumpur.
Masih Berpantang, Ezzaty Sedih Ibu Bapa Terpaksa Pindah
Menerusi hantaran sebuah video di akaun rasmi Instagramnya, Ezzaty menunjukkan ibu bapanya mengangkat barang manakala anak sulungnya Harum Dalia pula menangis kerana tidak dapat berpelukan dengan datuk dan neneknya.
“Ya Allah, serba salah saya terpaksa berpantang di rumah parents sebab rumah saya belum siap. bersepah dan berhabuk.
“Bising orang buat kerja lagi. Kesian baby saya kalau berpantang di rumah dengan tak ada dapur lagi dan tak boleh masak,” tulis Ezzaty.
Rasa Terkilan Dan Bersalah
Bukan itu saja malah isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini menyatakan dirinya berasa bersalah dan terkilan kerana ibu dan ayahnya yang terpaksa keluar dari rumah sendiri untuk kuarantin.
“Allah bagi ujian sebab Allah sayang.
“Parents saya dua-dua positif Covid.
“Mula-mula mereka kuarantin di tingkat atas. Tapi sebab risau dan terlalu sayangkan cucu-cucu, mereka yang keluar dari rumah untuk kuarantin.
“Di rumah arwah nenek saya di Ampang sebab tak ada orang di sana. Sedih, serba salah, terkilan, semua ada. Parents saya pula yang terpaksa keluar dari rumah mereka sendiri,” sambung Ezzaty.
“Doakan Ahli Keluarga Cepat Sembuh”
Semestinya emosi wanita dalam berpantang tidak stabil. Ezzaty juga turut menyatakan dia berasa bimbang dan risau tentang bayi yang baru dilahirkan.
“Saya risau sangat keadaan anak-anak saya terutama baby saya yang baru 2 minggu.
“Doakan saya dan anak-anak semua sihat dan tidak dijangkiti covid ya.
“Doakan kami semua negatif dan doakan ibu, bapa, nenek, adik dan seluruh ahli keluarga saya yang lain cepat sembuh,” pohon Ezzaty.
Menerusi ruangan komen ramai yang menasihati Ezzaty agar banyakkan bersabar dan mendoakan agar mereka ahli keluarga pelakon itu cepat sembuh dari Covid-19.
“Banyakkan bersabar sis. Jangan stress. Banyakkan berdoa. Semoga di hindarkan dari penyakit Covid-19” helisddawani_elis
“Semoga dipermudahkan segala urusan semua dan semoga ibu dan bapa diberi kesembuhan sihat walafiat aamin. Stay strong and take care Aty n family k.” abbynadzri
Mingguan Wanita: Banyakkan berdoa dan selawat ya Ezzaty. Semoga semuanya dipermudahkan.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...