Michelle Yeoh Akui Kecewa Tak Mampu Ada Zuriat Sendiri
View this post on Instagram
Punca Perkahwinan Pertama Terlerai
Dalam wawancara tersebut, Yeoh mendedahkan bahawa usaha beliau untuk mendapatkan zuriat ketika perkahwinan pertamanya dengan ahli perniagaan Dickson Poon tidak berhasil. Ketidaksuburan menjadi pengalaman yang berat, hingga membuatkan beliau merasa dirinya kurang sebagai seorang wanita.
“Setiap bulan saya berharap, tetapi harapan itu sering kali berakhir dengan kekecewaan,” katanya.
Kegagalan itu tidak hanya menguji kekuatan emosinya tetapi turut memberi tekanan kepada hubungan rumah tangga mereka di mana akibat ketidaksuburan dirinya, ia mengakibatkan rumah tangganya bersama suami berakhir. Masa yang sama, dirinya menekankan betapa pentingnya pasangan membincangkan perancangan keluarga sejak di awal perhubungan.
Meskipun perjalanan tersebut penuh kekecewaan, bintang antarabangsa kelahiran Malaysia ini akhirnya menemui cara untuk berdamai dengan takdir.
“Saya berhenti menyalahkan diri sendiri,” katanya. Baginya, kehidupan bukan hanya soal melahirkan anak tetapi juga bagaimana seseorang mencipta momen lain bersama pasangan.
Kini dirinya bahagia selepas berkahwin dengan Jean Todt. Meskipun tidak memiliki anak kandung, namun hidupnya dimeriahkan dengan kehadiran cucu tiri serta anak angkat nya yang memberinya kebahagiaan tidak ternilai.
Jelasnya, “kita boleh mencipta kebahagiaan melalui cinta dan kasih sayang yang diberi kepada orang di sekeliling kita,” ujarnya.
Bahkan dalam wawancara itu, Tan Sri Michelle Yeoh menyeru pasangan untuk berbincang dengan mendalam bersama pasangan berkaitan anak di awal perhubungan. Jelasnya, perbincangan yang jujur dan terbuka boleh membantu pasangan memahami cabaran yang mungkin muncul di kemudian hari.
Sebagai seorang wanita yang telah mencipta nama di pentas antarabangsa, Yeoh membuktikan bahawa seorang wanita tidak harus diukur semata-mata melalui keupayaan untuk memiliki anak. Beliau telah memberikan inspirasi melalui sumbangannya kepada dunia seni, menjadi simbol keberanian, dedikasi dan semangat juang.
Di sebalik kisah peribadinya yang penuh dengan liku-liku, Michelle Yeoh kekal sebagai inspirasi, bukan sahaja kepada wanita tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang berusaha mencari kebahagiaan walau dalam kekurangan. Melalui kisahnya, beliau mengajar bahawa kebahagiaan itu boleh datang dalam pelbagai bent dan hidup harus diteruskan dengan penuh kesyukuran.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– MICHELLE YEOH Lakar Sejarah Pelakon Wanita Asia Pertama Menang Anugerah Oscar!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI