Mia Ahmad timang anak ketiga. Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan di Kuantan, Pahang pada pukul 1.25 pagi semalam.
Khabar gembira tersebut dikongsi suaminya Mohd Izham Tarmizi yang juga pemain bola sepak Sri Pahang FC dalam sebuah hantaran di akaun Instagramnya .
Bukan sahaja pasangan ini teruja malah pada pada hantaran di Instagram itu juga dibanjiri ucapan tahniah beserta doa dari warganet.
Mia dan Mohd Izham Tarmizi mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Sayf Issa dan Iris.
Mia dan suami juga selamat menimang cahaya mata ketiga yang juga merupakan seorang bayi perempuan.
“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan, anak ketiga kami pada jam 1.25 pagi tadi.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan urusan kalian semuanya,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, para peminat dan pengikut pasangan selebriti ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat mereka.
Sebelum ini, Mia telagh memuat naik video anak keduanya, Iris dengan berkongsi momen terakhir sebelum bertukar status menjadi seorang kakak.
Mia turut memohon doa orang ramai agar dipermudahkan urusan kelahiran anaknya kelak.
“Hari terakhir jadi ‘adik’ hari ni. InsyaAllah esok title kakak dah dia. Mommy emosilah.
“Ya Hafiz Ya Muhaimin.. Yang Maha menjaga dan Mengawasi, daku serahkan anak-anakku, keluargaku, seluruh isi bumi untuk dijaga dan diawasi oleh Mu,” tulisnya.
Baca Disini : Dipanggil Makcik & Tak Moden Kerana Labuhkan Tudung, Mia Ahmad Akui Pandangan Allah Lebih Penting
Masih Dalam Berpantang & Emosi Tak Stabil, Pelakon Mia Ahmad Bukan Mahu Meraih Perhatian
Sumber / Sumber Foto : Instagram Mia Ahmad