Membantu orang merupakan sikap terpuji dan boleh dilakukan dalam pelbagai cara dan bentuk.Disaat ramai penjual makanan yang ‘mengeluh’ terkesan dengan kenaikan harga barang mentah serta dilema untuk menaikkan lagi harga makanan bagi menampung kos jualan, sikap terpuji peniaga wanita ini yang mampu menjual makanan dan minuman pada harga lebih murah wajar dipuji. Niatnya hanya satu, berniaga sambil bersedekah, membantu meringankan beban orang ramai.
Inisiatif murni seorang peniaga di Kedai Lama Rantau Panjang di sini nekad untuk menjual mi celup dengan harga RM2 semangkuk dan air 50 sen segelas di saat harga bahan mentah naik mencanak ketika ini.
Niat Bantu Ringankan Beban Orang Ramai
Zuraini Abdul Samad, 52, berkata, walaupun berdepan risiko pertambahan kos, dia mahu menukarkannya kepada bentuk sedekah bagi membolehkan golongan kurang berkemampuan merasai hidangan itu.
“Awalnya ramai yang tidak percaya saya mampu menjual makanan serta minuman tersebut dengan harga sedemikian dalam keadaan sekarang.
“Bukan tidak mahu untung, tetapi niat saya mahu membantu meringankan beban orang ramai yang sudah terbeban dengan kenaikan harga ayam, sayur, minyak dan sebagainya,” katanya.
Menurutnya, mi celup yang dijual dengan harga RM2 semangkuk itu dilengkapi dengan isi ayam, bebola daging, sayur kangkung, tauge dan hirisan limau nipis.
Katanya, manakala air sirap dan teh o ais pula dijual dengan harga 50 sen segelas.
Harga Murah Khamis, Jumaat & Sabtu
Ibu kepada empat anak itu berkata, harga murah tersebut hanya ditawarkan pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.
Zuraini berkata, bagi hari-hari lain, mi celup dijual dengan harga biasa iaitu RM3 hingga RM6 semangkuk mengikut lauk yang diminta oleh pelanggan seperti tambahan telur, perut lembu dan lain-lain.
“Alhamdulillah, seronok bila tengok pelanggan datang bersama ahli keluarga menjamu selera.
“Kebanyakan penduduk di sini bekerja sendiri, jadi dengan harga yang ditawarkan mereka dapat berjimat untuk keperluan lain,” katanya.
Menurutnya, kedai yang beroperasi dari jam 12 tengah hari hingga 7 malam itu dibantu oleh tiga anaknya serta dua pembantu.
Mesti Baca:Lelaki Ini Borong Semua Roti John Peniaga, Tapi Akhirnya Sedekah Pada Pengunjung Bazar
Baca Lagi Di Sini:BANTU Peniaga Jalanan, Ikhlaskan Hati Belajar ‘Memberi’ Walau Sedikit
Artikel Menarik:Belajar ‘Mempermudahkan’ Urusan Orang Lain, Semoga Asbab Kita Masuk Syurga!
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, semoga bertambah murah rezeki peniaga ini, berkongsi rezeki dan niat bersedekah buat pembeli. Semoga ramai lagi peniaga lain yang turut mencontohi inisiatif yang dilakukan ini.
Sumber:Sinar Harian
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI