Mesin Sonotron

Mungkin ramai mak ayah yang dah guna mesin sonotron ini pada anak untuk buang kahak, hingus, dan batuk tetapi macam mana pula kesannya ya?

Ini dirujuk kepada pengalaman netizen di ruangan komen status seorang bekas juru rawat, Puan Myzatu Hidayah Malek, ada yang kesannya lepas cuba anak jadi makin teruk.

Namun ada juga segelintir mak ayah dapat kesan yang agak baik selepas guna mesin sonotron, jadi nak guna atau tidak terpulang kepada anda.

Untuk mak ayah yang nak tahu lebih jelas berkaitan mesin sonotron, baca perkongsian ini.

Sonotron merupakan mesin yang telah dipatenkan pada tahun 1991 oleh penciptanya iaitu Alfonso Di Mino. Ia adalah salah satu mesin yang boleh menghasilkan Corona Discharge Beam iaitu sejenis gelombang electromagnetic yang berfrequency tinggi. Gelombang inilah yang dikatakan mampu merawat pesakit yang mempunyai masalah asma, luka yang tak sembuh disebabkan kencing manis, angin ahmar, kanak-kanak yang mempunyai masalah batuk dan kahak, gastritis, sakit sendi dan banyak lagi.(1)

Ads

Jika kita lihat pada maklumat yang ditulis oleh orang yang mencipta mesin ini, dengan jelas ia menyatakan bahawa sonotron adalah sejenis terapi yang menggunakan haba sahaja(thermotherapy)(2). Thermotherapy adalah sejenis therapy yang selalu kita gunakan untuk mengurangkan sakit terutamanya sakit sendi dan otot. Sebab itu selalunya jika otot kita sakit, sapuan krim yang memberikan rasa panas pada kulit dapat membantu mengurangkan sakit pada bahagian tersebut. Dalam paten tersebut juga, ia fokus memperkatakan berkenaan dengan rawatan sakit sendi dan juga sakit otot.

TIDAK DINYATAKAN MESIN SONOTRON INI MAMPU MEMBANTU DALAM PENYAKIT ASTHMA, STROKE DAN LUKA DIABETES.

Jika anda tidak percaya, anda boleh tekan link dibawah.

Ads

Kenapa Mesin Sonotron Bahaya Pada Kanak-kanak

Bagaimana cara ia bertindak? Apabila Gelombang berfrequency tinggi ini ditembak pada kulit, ia akan menukarkan tenaga gelombang kepada tenaga haba. Perkara inilah yang menyebabkan kulit merasa panas dan memberi kelegaan pada bahagian yang sakit itu. Jika pemberian gelombang ini terlalu lama, ia boleh menyebabkan kulit pada bahagian tersebut terbakar. Sebab itu penggunaan mesin ini kepada kanak-kanak adalah sesuatu yang berbahaya

Corona Discharge Beam menghasilkan Ozone??

Ada juga dikalangan pengamal perubatan yang percaya bahawa mesin ini mampu menghasilkan gas Ozone. Mereka menyatakan bahawa gas ozone inilah yang memberi kesembuhan kepada penyakit yang dihadapi. Dalam ujian yang dikendalikan dalam makmal, gas ozone ini telah terbukti menyebabkan penghasilan free radical scavenger di dalam badan semakin meningkat(3). Free Radical scavenger inilah yang akan meneutralkan radikal bebas yang mengganggu sistem badan. Bila radikal bebas semakin kurang, maka badan pun semakin sihat.

Ads

Berbalik kepada mesin ini, memang betul Corona Discharge Beam boleh menghasilkan gas Ozone. Tetapi Gas ozone itu sendiri adalah toksik kepada saluran pernafasan(3). Sebab itulah para saintis yang mengkaji benda ini melarang pemberian Gas ozone melalui saluran pernafasan. Dan jika betullah mesin sonotron ini boleh menghasilkan gas ozone, sudah tentu ianya berbahaya kerana pesakit tersebut akan menghidu gas ozone yang terhasil.

Kesimpulan:

1) Tiada bukti lagi bahawa rawatan sonotron mampu menyembuhkan asma, kanak2 yang mempunyai batuk berkahak, luka diabetes dan juga strok
2) Rawatan sonotron mampu merawat sakit sendi dan otot sahaja.
3) Sonotron menggunakan gelombang electromagnet dan menyebabkan kulit pada bahagian tersebut merasa panas. Jika terlalu lama menggunakan mesin ini, kulit tersebut boleh terbakar.
4) Penggunaan Sonotron pada kanak-kanak diragui boleh menyebabkan kulit mereka terbakar. Ini kerana tiada lagi kajian berkenaan keselamatan mesin ini pada kanak-kanak
5) Jika benar mesin ini boleh menghasilkan gas ozone, ia boleh mengganggu sistem pernafasan pesakit yang sedang ataupun selepas menjalani terapi sonotron tersebut.

Rujukan

1) Leaflet Sonotron. http://www.sonotron.com.my/…/Sonotron%20Aug-Oct%2008%20Leaf…
2) Paten mesin Sonotron. https://www.google.com/patents/US5249575
3) Ozone Therapy: A clinical Review. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3312702/

Nak percaya atau tidak terpulang pada Ibu dan bapa.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI