Mesej Buat Para Isteri “Jangan Didoakan Bisnes Si Suami Tak Maju Takut Dia Tak Setia”

Share

Mesej buat para isteri “jangan didoakan bisnes si suami tak maju takut dia tak setia” itulah antara mesej yang menarik perhatian Mingguan Wanita tentang suami isteri yang perlu memberi sokongan antara satu sama lain.

Sokongan isteri dalam segala aspek menjadi elemen paling utama apabila suami berbisnes. Buat isteri di luar sana janganlah mendoakan yang bukan-bukan jika suami sedang mengejar kerjaya mereka terutama dalam perniagaan.

Ada kalanya sebagai isteri ada sedikit rasa ragu-ragu jika suami mereka berjaya dan kaya. Malah mereka juga akan rasa tidak ‘selamat’ jika suami dikurniakan rezeki lebih. Namun jangan bimbang ya para isteri ini kerana disebalik kejayaan seorang suami pastinya isteri merupakan tulang belakang dan akan dihargai.

Mesej Buat Para Isteri

Isteri juga perlu membina kekuatan untuk terus di samping suami pada waktu sukar dan memberikan apa saja bentuk sokongan yang diperlukan suami ketika itu.

Bukan sahaja isteri, malah suami juga perlu memberi sokongan jika isteri pula yang bergelumang dalam dunia perniagaan.

Ikuti nasihat yang bermakna buat suami dan isteri yang bergelumang dalam perniagaan yang dikongsikan oleh Tuan Sahar Sahad menerusi akaun Facebooknya.

Berilah Kebenaran Sepenuh Hati

“MESEJ UNTUK PARA SUAMI

“Kalau dah beri kebenaran untuk si isteri berbisnes, berilah dengan sepenuh hati.

“Jangan bila bisnes si isteri dah mula maju dan mulai sibuk dengan urusan luar – kita tarik hand brake kensel semua janji dulu,” itulah antara mesej bermakna diberikan buat para suami.

Jangan Pertaruhkan Kebahagiaan Keluarga

Tambah Sahar Sahad lagi, jika pasangan masih sibuk hal bisnes di ruamah dapatkanlag restu daripada padangan dahulu. Agar tidak menyinggung perasaan kedua pihak.

“MESEJ UNTUK PARA ISTERI:

“Jangan didoakan bisnes si suami tak maju takut dia tak setia – kompom makbul!

“Sekadar peringatan bersama. Hak suami dan hak isteri di rumah dan di dalam perkahwinan adalah lebih utama dari hak orang luar ya.

“Nak mengadap handphone di hadapan suami/ isteri atas urusan bisnes di rumah atau di waktu dijanjikan bersama keluarga harus mendapat restu pasangan.

“Handphone sepatutnya merapatkan pertalian bukannya merenggangkan hubungan.

“Jangan atas alasan berbisnes sakan, kebahagiaan keluarga terjejas. Tak berbaloi,”  kongsi Sahar.

Baca Disini : Beli Rumah Cara Orang Cina, Elakkan ‘Zero Downpayment’ “Berjimat, Menabung, Cari Duit Ekstra, Bisnes Sambilan”

“Isteri Bisnes, Ada Duit Jangan Sombong Dengan Suami” Syarifah Khyra

Sumber : Facebook Sahar Sahad

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia

Published by
Norhayati Suboh