Kerap kali kita dengar mak mertua salahkan menantunya tak pandai jaga rumah tangga dan meletakkan 100 peratus kesalahan pada menantu bila terjadi sesuatu dalam rumah tangga mereka.
Sebaiknya sebagai mertua, jadilah pendengar dan ambil tahu perkembangan anak sendiri setelah mendirikan rumah tangga. Bukannya hanya tahu menangkan anak sendiri hingga abaikan perasaan menantu.
Sesuatu yang jarang sekali dilakukan oleh seorang mertua kepada menantu perempuannya…
Tanya layanan anak lelaki mereka terhadap menantunya tersebut… Bagaimana perangai anak lelaki mereka sebagai seorang suami… Apa yang dibuatnya selepas sudah berumah tangga…
Adakah dia tunaikan nafkah dengan secukupnya?
Adakah dia masih lagi tinggal solat?
Ads
Adakah dia masih lagi keluar melepak sampai ke pagi?
Adakah dia mencukupkan keperluan isteri dan anak-anak?
Adakah dia membantu atau tidak dalam kerja-kerja rumah?
Yang selalu terjadi dalam masyarakat, anak lelaki buat salah, tapi yang disalahkan adalah menantu sebab tak pandai jaga…
Menantu cerita tentang perangai anak lelaki mereka kepada mereka, katanya menantu buka aib dan jaja masalah dalam rumah tangga…
Bila ada mak, bapak yang sentiasa memenangkan anak sendiri, maka siapa lagi yang boleh menegur, menasihati dan memperbaiki anak sendiri?
Ads
Nobody… Yang salah pun dikatakan betul, maka apa lagi yang kita nak harapkan terjadi?
Anak sendiri makin naik tocang… Anak sendiri makin besar kepala… Mak, bapak back up pula anak smpai teraniaya anak orang lain…
Cubalah Jadi Mertua Yang Baik
Satu hari nanti kita semua akan jadi mertua, maka jangan jadi mertua sebegini… Kalau anak salah, tegur… Kalau anak tak betul, nasihat… Kalau anak terbabas, bawa dia kembali ke landasan yang sepatutnya…
Mintak maaf dekat menantu, mintak menantu bersabar dan bagi masa dekat kita untuk perbaiki dan perbetulkan anak kita sendiri itu…
Jangan anak terjun kolam kumbahan, kita pun ikut sekali…
MW: Ingat tu mak-mak, nak menangkan anak sendiri pun biarlah berpada-pada. Jangan abaikan perasaan menantu yang telah berkongsi hidup dengan anak mak,ayah selama ini.
Izinkan saya mulakan dengan memberitahu, manusia memusuhi apa yang dia tidak tahu. Kisahnya bermula begini.
Anda berkahwin dengan pasangan yang sangat anda cintai. Setelah beberapa bulan hidup
bersama, anda merasa ada sesuatu yang tidak kena. Bukan dia curang atau tidak jujur tetapi perkara lain.
Suami anda itu berperangai pelik. Dia seperti terperangkap dalam dunia sendiri. tidak memandang anda bila bercakap tapi sibuk memandang ke arah lain.
Dia tidak fokus apabila membuat sesuatu kerja. Ada sahaja yang menarik perhatiannya.
Petang semalam anda minta dia membersihkan rumah tetapi selepas dua jam anda lihat dia sibuk dengan hal lain.
Anda nasihat dia jangan memandu laju tetapi minggu depan dia kata mahu meneroka gua di Sarawak.
Dia boleh berjanji dan mungkir janji dalam masa yang hampir sama. Memang masa bercinta dengannya anda sudah nampak dan rasa perkara ini tetapi anda tidak sangka serius macam itu.
Rupanya Suamiku ADHD, Isteri Tak Lagi Bahagia
Kesudahannya anda mengalami tekanan perasaan dan rumah tangga jadi huru-hara. Suatu hari anda terbaca berkenaan satu masalah psikologi yang dikenali ADHD (Attention deficit hyperactivity disorder).
Semua tanda-tanda ADHD yang saya sebut sebelum ini ada padanya. Patutlah anda selalu tersinggung dan tertekan dengan sikapnya.
Sekarang barulah anda faham kenapa dia berperangai begitu. Anda rasa sangat bersalah kerana sudah terlalu salah sangka selama ini. Semua itu bukan sengaja dia lakukan.
Dan sekarang anda mahu tahu apa yang perlu dilakukan untuk terus hidup bahagia bersama dengannya.
Pertama Sekali, Terima Hakikat
Anda mesti menerima hakikat bahawa mereka yang dikurniakan ADHD adalah berbeza
dengan orang lain.
Memahami dan menerima hakikat ini adalah kunci kepada perjalanan panjang anda untuk hidup bersamanya.
Kedua, Jangan Ambil Hati
Selepas ini jangan terlalu ambil hati tentang sikapnya yang begitu. Orang yang dikurniakan ADHD memang ada masalah untuk fokus dalam tempoh lama.
Mereka sukar menumpu perhatian pada satu-satu perkara. Kalau dia jenis pengemas, maka senyum dan bertabahlah.
Jangan terlalu mengharap yang dia akan mengekalkan kekemasan rumah yang baru anda kemaskan. Dia ada banyak idea untuk mengalih barang yang baru anda kemas itu.
Jika anda marah-marah pun tidak banyak yang akan berubah. Bersabar dan berdoalah banyak-banyak supaya anda boleh terus bersabar.
Ketiga, Cari Jalan Untuk Menyerap Sikapnya
Sikap dan perangai penghidap ADHD pasti sangat mencabar kepada sesiapa yang mahu hidup dengan mereka.
Sekiranya anda menyayangi suami yang ada ADHD maka carilah jalan untuk menyerap sikapnya itu.
Contoh jika dia selalu tidak ingat apa yang anda minta dia beli di kedai maka buatkan senarai.
Jika anda tidak mahu dia ada idea untuk ke tempat lain, maka telefon dia supaya pulang segera kerana anda perlu apa yang baru dibeli itu.
Keempat, Anggaplah Geram Itu Medan Tambah Pahala
Dalam keadaan ini perasaan geram dan marah pasti akan mencabar tahap kesabaran anda.
Jangan jadikan itu sebagai sesuatu yang anda tidak boleh lalui. Lihat itu sebagai peluang baik untuk anda membuat pahala.
Ingat, bahawa suami anda itu bukan curang seperti yang anda takut selama ini.
Dia bukan sakit terlantar yang memerlukan perhatian anda 25 jam sehari 8 hari seminggu! Dia hanya ada ADHD. Itu sahaja.
Tidak ada masalah dalam dunia ini yang tidak boleh diselesaikan melalui perbincangan.
Anda mungkin geram dengan suami kerana kesan ADHD itu tetapi bayangkan betapa dia keliru dan marah pada diri sendiri kerana menyusahkan anda.
Oleh itu adalah sangat penting anda duduk berbincang dengan suami tentang perkara itu.
Kelima, Beritahu Suami.. Kerana Dia Takkan Tahu Apa Anda Rasa
Jangan buat andaian sendiri tentang dirinya atau mengharapkan yang dia tahu sendiri apa yang anda rasa.
Beritahu dia tentang apa yang anda lalui. Dengar juga apa yang dia mahu anda faham tentang dirinya.
Perbincangan hati ke hati akan mencerahkan kefahaman tentang had dan keupayaan toleransi anda. Sudah tentu sebagai manusia biasa anda mempunyai had tolak-ansur sendiri.
Namun dalam kebanyakan masa anda tidak perlu berfikir sejauh itu.
Keenam, Latih Diri Jadi Positif
Latih fikiran supaya sentiasa positif. Dia hanya ada ADHD. Dia bukan curang kerana perempuan lain. Setiap malam dia pasti balik ke rumah. Tidak ada masalah bukan?
Jadi, apa yang kecoh sangat?
Penulis : Dr Syed Yusaini Yahya, Relationship Coach, Promind Training And Consultation. Beliau juga merupakan kolumnis ruangan Nota Untuk Isteri di majalah Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap daripada kita mempunyai jalan cerita yang berbeza. Semuanya telah ditentukan olehNya. Ada yang bahagia, ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang kaya dan ada yang miskin. Semua itu telah diatur olehnya sebaik mungkin.
Inilah yang dikatakan ujian hidup. Namun, jangan sesekali menyesali apa yang telah berlaku. Ada kemanisan yang menanti bagi kita yang sabar. Mungkin cepat atau lambat sahaja.
Ujian hidup yang ditarrifkan oleh Isma Addi Jumbri dalam perkongsiannya.
1. Ada yang diuji dengan pasangan, hingga tak mahu lagi teruskan hubungan.
2. Ada yang diuji dengan kesihatan, hingga tak sanggup lagi rasai kesakitan.
3. Ada yang diuji dengan kematian, hingga kini tak hilang kerinduan.
4. Ada yang diuji dengan beban kewangan, hingga terasa beban uruskan tanggungan.
5. Ada yang diuji dengan kesusahan, hingga putus harap pada Tuhan.
6. Ada yang diuji hilang punca pendapatan, hingga tak sanggup hadapi kesempitan.
7. Ada yang diuji dengan perasaan, hingga tak sedar hadapi tekanan.
8. Ada yang diuji dengan kewangan, hingga tidur malam diselimuti kerunsingan.
9. Ada yang diuji dengan kesenangan, hingga terasa perit segala kenangan.
10. Ada yang diuji dengan kehidupan, hingga tak fikirkan lagi masa hadapan.
11. Wahai kawan setiap orang hadapi pelbagai ujian dan rintangan, putus harap pada Tuhan sesekali jangan.
12. Berat dan susah mana kita ditimpa dugaan, percayalah masih ramai lagi hadapi beratnya ujian.
Apa pun yang berlaku, jangan sesekali kita pernah tinggalkan perkara ini iaitu sedekah walau sempit, senyum walau sedih dan sentiasalah bersangka baik pada Allah walau dalam kesulitan.
MW: Kita didatangkan hujan lebat dan ribut petir kerana Dia ingin memberikan pelangi untuk kita. Jadi, jangan bersedih, terimalah dengan penuh kekuatan dan keredaan.
Sebaiknya suami jangan benci bila isteri emosi berlebihan marahkan anak, sudah pasti ada puncanya isteri bertindak sedemikian rupa. Perkara ini sesuatu tindakan di luar kawalan isteri.
Sesungguhnya seorang mak tidak tergamak marah atau memukul anaknya secara berlebihan jika dirinya dalam keadaan normal.
Ikuti perkongsian Puan Intan Dzulkefli ini dan hadam baik-baik mengapa seorang ibu sanggup bertindak sedemikian rupa.
Suami Jangan Benci
Semalam saya terbaca satu post tentang satu survey – ‘sikap-sikap isteri yang dibenci oleh suami’. Banyak responden dari pihak suami menjawab survey tersebut. Saya tertarik kepada satu jawapan.
Suami tersebut membenci sikap isterinya yang emosi berlebihan dan memukul anak.
Saya masih stick dengan pendapat asal saya, yang saya tinggalkan di ruangan komen post asal. Ada saya edit dan tambah sedikit untuk elak mengundang salah faham.
Point saya, tak ada ibu yang normal akan sengaja suka-suka untuk memukul anak. Maksud saya, pukul bantai. Bukannya pukul mendidik ya.
Bila Isteri Emosi Berlebihan Marahkan Anak!
Tak ada ibu yang bahagia bila memukul anak, tak ada. Cukuplah faham yang ini. Kalau ada, mesti ada something wrong dengan ibu tersebut.
Mesti ada punca kenapa isteri memukul anak-anak, ini yang suami kena cari puncanya. Kenal pasti sama ada stres isteri itu berpunca dari tempat kerja, sikap suami itu sendiri, atau terlalu penat dengan urusan kerja dan rumah tangga?
Boleh jadi juga bukan hanya stres biasa tetapi masalah yang lebih serius iaitu kerana depression. Ada banyak sangat kes, isteri memukul anak dalam keadaan dia tidak sedar pun.
Pasti Ada Puncanya Bila Isteri Marah
Jadi, suami perlu siasat puncanya dan berusaha untuk merawat, jika hal itu benar.
Whatever the reason is, the wife should stop beating the kids.
Bimbang kesan yang sangat buruk kepada anak-anak. Takut anak-anak akan trauma hingga dewasa. Bagaimana jika anak-anak pula akan ulang cycle yang sama dalam rumah tangga mereka pula kelak?
Tak dinafikan, memang ada sesetengah wanita bergelar isteri dan ibu yang sanggup menjadikan anak sebagai tempat menghambur segala kemarahan atau stres.
Ada kes, isteri itu marah suami, lalu dia melepaskan kemarahannya kepada anak-anak, pukul anak-anak. Sebab dia tahu, anak-anak kecil takkan melawan.
Allahu.. Sangat menyedihkan. Gagal dalam merawat punca masalah menjadikan semakin banyak pihak yang terluka dan menderita.
Peranan Suami
Suami adalah ketua keluarga. Dalam Al-Quran banyak sangat ayat yang menyatakan hal ini. Dalam surah At-Tahrim misalnya, Allah SWT menegaskan, tugas utama suami adalah benteng keluarganya (isteri dan anak-anak) dari menjadi bahan bakar api neraka.
Lihat, betapa besar peranan suami kepada ahli keluarganya.
Arrijalu qowwamuna ‘alannisa’. Lelaki sebagai suami kena jadi pelindung, pembimbing, sahabat kepada isteri.
Tanyalah pihak isteri apa yang tidak kena. Apa masalah isteri. Adalah menjadi kelebihan bagi kebanyakan lelaki, mereka lebih tenang dan sabar dalam menangani emosi. Sebab itu, penting untuk mereka memainkan peranan untuk memperbaiki keadaan.
Ambil Tahu Keadaan Isteri
Oleh itu, try to slow talk dengan isteri, siasat sebelum keadaan semakin teruk. Fikirkan anak-anak. Bukan masanya lagi untuk cari salah siapa. Kesian anak-anak menjadi mangsa.
Walau bagaimanapun, katakanlah diskusi dan sesi meluah perasaan tidak berjaya, iaitu memerlukan bantuan pakar, katakanlah isteri ada masalah psikologi (depression/bipolar dan sebagainya) silalah bawa isteri dapatkan bantuan psychological dengan segera.
Mingguan Wanita : Jika ayah-ayah nampak isteri beremosi berlebihan cuba selidik, pasti ada sebabnya. Kadang-kadang peranan suami membuatkan isteri berasa lebih tenang dan disayangi.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Baru terima tawaran kursus doktor di Mesir, Adik Hartini diuji kehilangan ibu tersayang.Dua hari lalu, nama adik Hartini menyentuh hati ramai orang.
Anak kampung dari...