Setiap anak lain perangai dan ragamnya. Bila baik, sejuk hati mak ayah, tapi bila hari anak buat hal, mulalah rasa nak merotan dan membebel. Kononnya, inilah cara nak didik anak nakal supaya dengar kata dan jangan uji kesabaran mak-mak.
Selalunya, mak ayah akan lepaskan emosi geram dengan merotan untuk didik anak nakal. Lepas berbirat dan kesan bekas rotan, mulalah rasa bersalah dan insaf. Dalam hati terus tak nak buat lagi pada anak.
Tapi insaf mak, kejap saja, begitu juga anak, mereka hanya diam beberapa minit saja. Lepas tu mula buat perangai balik. Mahunya mak ayah tak naik angin.
Sebenarnya, nak didik anak nakal bukan dengan melepaskan geram dengan merotan, marah dan sebagainya. Kadang-kadang, kita sebagai mak ayah kena fikir, kenapa anak buat perangai demikian? Mesti ada sebabnya.
Perkongsian daripada Wawa Shauqi ini cukup menyentuh ahti mak ayah. Betul apa yang dikatakan. Anak nakal sebab dia nak meraih doa dari mak ayah yang baik-baik untuknya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Ayah Nak DIDIK Anak Bukan MARAH Tunjuk Depan Orang, Jaga Air Mukanya!
Didik Anak Perempuan Ikutlah Sunnah Nabi, Bukan Ikut Trend, Barulah Hidup Berkat
Info Lebih Menarik DI SINI
Teringat pesan ustazah, nak merotan anak, paras lutut sampai kaki je. Itu pun tak boleh sampai berbirat. Dan tak boleh dihayun waktu emosi.
Kalau tak, hukuman tak jadi mendidik. Tapi lebih kepada nak lepas geram.
Bila kita hukum anak sebab nak lepas geram, dia pun akan jadi manusia yang mudah melepas geram.
Dan merotan tu pun bukan semua orang layak nak hayun. Kalau anak tak pernah dididik dan diperingat berulang kali, eloklah simpan dulu rotan tu.
Aduh insaf.
Saat pegang tangan si sulung ni, teringat waktu-waktu yang saya geram sangat dengan pemiliknya.
Bukan sekali dua tangan ini kena jentik. Selalu. Kadang-kadang dikombokan sekali dengan bebelan.
Mana idaknya.
Tangan si sulung ni laju. Kadang time seronok bermain, bercalar balar muka si adik.
Minggu lepas, pipi adik ada sebaris lebam. Tersepit di sliding door waktu main kejar-kejar. Tukang sepitnya abang.
Nak tergelak pun ada. Biasa scene macam ni ada dalam cerita Mr Bean. Tapi bila tengok kesan biru di pipi, hati seorang mak jadi geram.
Si abang bukan sengaja pun. Tapi dah tangannya jenis pantas. Tangkas. Cepat. Kadang terhayun sikit tangan tu ke perut mak pun dah rasa senak.
Waktu geram itulah tangan si sulung dijentik. Kadang tak puas jentik, saya tampar-tampar tangannya.
Beberapa saat lepas tu, bila hati mak insaf, tangan si sulung diurut-urut kembali.
Sambil mulut berkhutbah,
“Ya Allah. Tangkasnya ya Allah tangan ni. Jadikanlah tangan ini tangkas juga buat kebaikan.
Jadikanlah tangan ini banyak sampaikan sedekah.
Jadikanlah tangan ini memakmurkan bumi.
Pemilik tangan ni nak masuk syurgaMu ya Allah.”
Langsung muncul balik ketawa di muka pemilik tangan yang tadi nak menjebik.
Entah-entah kan, anak yang nakal ni sebenarnya dia meraih doa dari mulut mak ayah.
Tingkah laku mencabar tu rupanya sebagai ingatan pada kita untuk kita minta yang baik-baik pada Allah.
P/s : Hadiahkan anak-anak didikan yang terbaik sepanjang usia mereka.
Mingguan Wanita : Perkongsian yang boleh menyentap hati mak ayah. Mulalah teringat kat anak-anak kan!
Sumber: Wawa Shauqi
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita