Meriah ‘Parti Tupperware’ Dulu-Dulu, Ini Rupanya Sejarah Asal & Tujuan Dianjurkan

Share

Meriah ‘Parti Tupperware’ Dulu-Dulu, Ini Rupanya Sejarah Asal & Tujuan Dianjurkan.Jika dahulu, apabila mendapat jemputan untuk hadiri parti tupperware ini memang cukup seronok dan meriah. Macam-macam koleksi baru dan eksklusif diperkenalkan daripada jenama yang berasal dari Amerika ini.

Setelah beberapa dekad berada di pasaran, jenama bekas makanan kedap udara ‘Tupperware’ ini cukup terkenal di seluruh dunia kerana kualitinya dan merupakan antara ‘harta kesayangan’ buat mak-mak.

Rupanya ada kisah tersendiri mengenai tupperware dan tujuan asal parti tupperware diadakan.Baca perkongsian santai daripada Puan Anis Ayuni

ini sebagai rujukan.

Tupperware, siapa tak kenal kan dengan jenama yang boleh menyebabkan seseorang kena marah teruk kalau tertinggal atau hilang. Tupperware ni merupakan sebuah syarikat yang berasal dari negara Amerika.

Dicipta oleh seorang lelaki yang bernama Earl Tupper pada tahun 1938 di Leomister Massachusetts apabila dia bekerja di sebuah syarikat plastik, dari situ dia mula membeli mesin acuan plastik dan terciptanya Tupperware.

Earl Tupper, Pengasas Jenama Tupperware

Setiap bekas Tupperware memiliki penutup kedap udara untuk memastikan makanan yang diletakkan dalam Tupperware kekal segar. Penutup ni dikenali dengan nama jolokan ‘Burp seal’ disebabkan oleh bunyi yang dihasilkan seakan sendawa.

Parti Tupperware

Tapi pengguna ketika itu tak faham cara nak guna produk ni, jadi seorang wanita yang bernama Brownie Wise telah bertemu dengan Tupper dan memberi cadangan yang kreatif untuk mengadakan ‘Parti Tupperware’, matlamat sebenar ialah menerangkan kepada bakal pengguna bagaimana cara untuk menggunakan produk ini.

Maka dari situ bermulalah parti Tupperware yang pertama pada 1949 di Detroit, Amerika. Dengan adanya parti tersebut, produk Tupperware telah diterima ramai oleh pengguna dan dijual secara eksklusif pada parti tersebut.

Parti tersebut dibuat dalam komuniti perumahan, pejabat atau tempat kerja untuk menjual produk jenama Tupperware. Dari sini lah orang kita kenal parti Tupperware yang sememangnya mendapat perhatian ramai terutamanya kaum wanita.

Tupper yang terpegun dengan parti yang dianjurkan oleh Brown wise tadi telah mengambil keputusan untuk menjadikan brown wise sebagai timbalan pengarah syarikat Tupperware.

Huruf Braille Pada Produk

Bekas makanan kedap udara ini juga merupakan pengeluar bekas makanan yang pertama meletakkan huruf Braille pada bahagian bawah produk mereka.


Buku Guinness world record meletakkan Tupperware sebagai antara inovasi terbaik pada abad ke 20. Sehingga kini jenama Tupperware terkenal dengan kualiti yang dihasilkan.

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:DIY Rak Tupperware Isteri,Kombinasi Besi & Kayu Buat Untuk Rumah Sendiri!
Baca Lagi Di Sini:Jangan Main-main Dengan Botol ‘Tupperware’ Isteri, Kalau Tertinggal ‘Boleh Hilang Nyawa’
Artikel Menarik:Mak-Mak Sayang Nak Buang, Dalam Rumah Mesti Jumpa Barang-Barang Ni!

Mingguan Wanita: Memang meriah dan popular parti tupperware ni dulu-dulu dan eksklusif sangat bila mak-mak dapat jemputan untuk lihat dan kumpul koleksi terbaru.

Sumber:Anis Ayuni

Published by
Suhaidah Abd Wahab