Meriah Buat Majlis Kahwin Dekat Zoo Waktu Malam, Siap Boleh Bergambar Dengan Haiwan!

Share

Majlis perkahwinan merupakan hari bahagia yang pastinya akan dikenang oleh pengantin dan juga para tetamu yang hadir. Selalunya majlis perkahwinan diadakan di dalam dewan mahupun konsep dalam taman, namun pengalaman berbeza apabila hari bahagia ini diraikan di Zoo.

Sebuah majlis perkahwinan viral di media sosial Indonesia kerana diadakan di sebuah zoo di Gembira Loka, Yogyakarta, lapor laman berita Liputan6 semalam.

Video memaparkan majlis perkahwinan serba mewah dan bertemakan adat tradisional Jawa itu diadakan pada waktu malam. Rakamannya dimuat naik dalam akaun TikTok @wahyuadhicandra.

Kahwin Anak Pemilik Zoo

Pengantin perempuan dikenali sebagai Nana berkahwin dengan pilihan hatinya, Niko yang merupakan anak pemilik zoo tersebut.

Tetamu yang menghadiri majlis tersebut dijemput di pintu hadapan zoo dengan menaiki ‘buggy’ khas. Mereka diberi peta lokasi yang menunjukkan keberadaan haiwan di zoo tersebut.

Terdapat pelbagai gerai makanan yang disediakan di tepi tasik. Acara itu dimeriahkan dengan persembahan tarian api oleh kakitangan zoo.

Majlis perkahwinan itu membawa tema moden dan tradisional. Hiasan cukup unik dan indah seakan hutan hujan tropika menjadikan suasana majlis lebih diingati.

Tetamu dibenarkan berinteraksi dengan haiwan dengan pihak pengurusan telah menyediakan sayuran dan buah percuma untuk memberi haiwan makan.

Tetamu juga dibenarkan bergambar dengan haiwan di zoo tersebut.

@wahyuadhicandra♬ Something Just Like This (Remix)

Mesti Baca:Majlis Kahwin Meriah Jadi ‘Pasar Tani’, Tetamu Boleh Bawa Balik Sayur Buah
Baca Lagi Di Sini:KECEWA Rakan Sekerja Tak Datang Majlis Kahwin, Wanita Nekad Letak Jawatan!
Artikel Menarik:Punyalah Nak Kelainan Majlis Kahwin, Pengantin Jatuh Terduduk Dari Jengkaut!

Mingguan Wanita: Memang unik sungguh konsep majlis perkahwinan dalam zoo ini. Memang lain daripada yang lain dan pastinya pengalaman manis diiingati tetamu yang hadir sampai bila-bila.

Sumber: Kosmo

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab