Meriah Berkumpul Hari Raya, REZEKI Atuk Nenek Miliki Keturunan 10 Cucu, Cicit KEMBAR! Hari Raya merupaka waktu kebanyakan seluruh ahli keluarga berkumpul meraikan hari raya. Lebih meriah apabila dalam keturunan mempunyai pasangan kembar.
Sepasang suami isteri warga emas di Batu Bara, wilayah Sumatera Utara menjadi perhatian ramai kerana memiliki 10 pasangan kembar cucu dan cicit, lapor laman berita Detik semalam.
Sudio, 98, dan isterinya Welas, 86, memiliki 10 orang anak, namun tiada seorang pun daripada anak mereka dilahirkan kembar.
“Anak-anak pasangan ini tiada kembar. Namun, keturunan mereka yang lain iaitu cucu dan cicit dilahirkan dengan 10 pasangan kembar.
“Pasangan kembar paling tua adalah cucu mereka yang berusia 35 tahun serta telah pun mempunyai anak,” kata salah seorang cucu, Santi.
Tambahnya, seluruh ahli keluarga yang melebihi 100 orang itu akan berkumpul setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri di rumah Sugio dan Welas di Batu Bara.
Mereka turut mengadakan acara tradisi unik iaitu mengarak pasangan suami isteri itu menggunakan beca motosikal.
Keluarga besar itu memiliki 10 orang anak dan menantu, 58 cucu serta 30 cicit.
Baca Lagi Di Sini:“Tak Sanggup Jaga Terlalu Ramai” Hamil Pasangan Kembar Kelima, Wanita Ditinggal Suami!
Artikel Menarik:Kembar 9 Membesar Dengan Sihat, Sambut Ulang Tahun Kelahiran Pertama!
Mingguan Wanita: Wah seronok dapat keturunan kembar. Memang bertambah meriah apabila berkumpul seluruh ahli keluarga.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.