‘Mereka Tidak Tahu Kisah Sebenarnya..’ Fizo Omar Luah Emosi

Share

Setelah berkongsi kisah rumah tangga yang diambang keretakan, akhirnya pelakon dan usahawan Fizo Omar buka cerita di instagram miliknya. Fizo juga berharap, dirinya diberi sedikit ruang untuk menyelesaikan isu rumah tangganya ini.

Beri Kami Ruang Selesaikan Isu Ini Sebaik Mungkin

Doakan yang terbaik untuk kami.

Sebelum tu saya ingin memohon maaf kepada semua rakan media, kawan-kawan, dan juga peminat yg prihatin dan bertanya khabar tentang cabaran yang dihadapi dalam rumah tangga saya dan Mawar.

Buat masa ini, saya tidak dapat nak menjawab segala persoalan rakan-rakan mahupun media yang bertalu-talu. Tidak dinafikan yang rumah tangga saya menghadapi sedikit cabaran seperti mana yang diketahui semua. Saya amat berharap terutama pihak media dan netizen dapat bersabar dan memahami situasi kami.

Sesiapa sahaja yang mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian utntuk hidup bahagia dan mempertahankan rumah tangga hingga ke jannah.

Tapi bila sampai waktunya kita dipilih oleh Allah untuk diuji bermaksud kita mampu untuk menghadapinya dan percaya lah Allah tidak pernah zalim kepada hambaNYA.

Mungkin setiap kejadian yang berlaku nampak buruk di mata manusia, tetapi tidak di sisi Allah, setiap apa yang berlaku mesti datangnya bersama hikmah. Dan hikmah bergantung kepada kita yang menerimanya. Sekiranya kita memandang ke arah positive maka hasilnya adalah positive, dan sebaliknya.

Mawar Tetap Ibu Kepada Anak Kami

Walau apa yang berlaku sekalipun, insyallah hubungan saya dan mawar akan terus baik demi membesarkan dan mendidik Wan Maryam zuriat dari Allah yang kami nantikan selama 4 tahun.

Apa jua yang terjadi, Mawar tetap ibu kepada anak kami, Wan Maryam. Semoga Allah memberkati Mawar dan saya sentiasa doakan yang terbaik untuk semua.

Apa-apa pun keputusan mahkamah nanti saya terima dan saya memohon maaf dan juga memaafkan semua pihak. Doa yang baik-baik daripada semua pihak diharap dapat menemui jalan yang terbaik antara saya dan Mawar. .

Tak kan berlaku sesuatu perkara tanpa izin Allah, dan sekira ianya berlaku dan itu adalah takdir Allah, saya percaya perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita sebagai hambaNYA.

Saya amat berharap, semua pihak dapat memberi ruang kepada kami untuk menyelesaikan isu ini sebaik mungkin.

Terima kasih sekali lagi, kepada semua yang memberikan kata-kata semangat, doa yang baik-baik, dan saya juga memaafkan segala komen-komen mahupun fitnah yang dilemparkan netizen, kerana mereka tidak tahu kisah sebenarnya.

Doakan.. Doakan.. Terima kasih

Sumber/Foto : Fizo Omar

Published by
webadmin