Kehidupan berpoligami boleh menjadi harmoni ada kejujuran dan persefahaman yang tinggi daripada semua pihak. Ini kerana ia bukan sahaja berkongsi kasih malah turut berkongsi tanggungjawab pada pasangan.
“Mereka berdualah hidup dan mati saya,” kata Maaroof Noordin, 58, mengenai isteri pertamanya, Noraini Ishak, 42, dan isteri kedua, Effa Rizam Abd Ghafar, 42.
Berkongsi Kasih & Setia Jaga Suami
Noraini dan Effa Rizam bukan sahaja mampu berkongsi kasih, malah setia menjaga suami yang sakit dalam keadaan kehidupan keluarga dihimpit kesusahan selepas Maaroof kehilangan kaki kiri akibat penyakit kencing manis, kira-kira tiga bulan lalu.
“Hidup kami berubah selepas kaki kiri saya terpaksa dipotong Oktober lalu, sekali gus tak mampu lagi teruskan kerja sebagai tukang rumah. Kini isteri kedua terpaksa bekerja sebagai tukang kebun di sebuah kilang di Gebeng, dengan pendapatan RM1,500 sebulan.
“Isteri pertama pula menguruskan rumah, termasuk menjaga keperluan saya,” kata Maaroof ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherating Lama, di sini, hari ini.
Dia berkahwin dengan Noraini pada 2007 dan sudah hampir lima tahun berpoligami selepas mengahwini Effa Rizam pada 2018, namun tidak dikurniakan anak bersama kedua-dua isterinya itu.
Ads
Bahagikan Tanggungjawab
Sementara itu, Effa Rizam berkata, dia dan madunya sudah membahagikan tanggungjawab masing-masing selepas suami mereka kehilangan kaki kiri yang terpaksa dipotong.
“Namun dengan pendapatan sekarang memang tak cukup, sewa rumah dan bil api air juga sudah dua bulan tertunggak. Untuk kos rawatan suami termasuk barang keperluan dan belanja ulang alik ke hospital sahaja sudah cecah RM600 sebulan,” katanya.
Terdahulu, nasib keluarga terbabit mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO), Amal Team yang memberikan sumbangan berupa katil, kerusi roda serta barangan keperluan harian termasuk makanan.
Ads
Hidap Kencing Manis Tahap 4
Mengenai penyakitnya, Maaroof berkata, dia disahkan menghidap kencing manis pada 2021 dengan petanda awal apabila bahagian kaki sebelah kiri membengkak digigit semut, tetapi pulih tidak lama kemudian.
“Selepas itu, bahagian sama digigit nyamuk dan pemeriksaan lanjut mendapati saya menghidap penyakit kencing manis peringkat empat. Kemuncaknya pada Oktober lalu apabila doktor menasihatkan saya memotong kaki bagi mengelak masalah ke bahagian lain,” katanya.
Bagi membantu meringankan beban keluarga itu, Pemudah Cara Amal Team yang turut berperanan dalam Briged Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jamilah Salleh, berkata pihaknya sudah memanjangkan kes berkenaan kepada MUIP untuk bantuan selanjutnya.
“Daripada siasatan yang kami lakukan, keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf dan layak menerima bantuan berkaitan. Sekarang kami sedang mengusahakan bantuan ‘one-off’ untuk keluarga ini bagi menyelesaikan tunggakan sewa dan bil. Bantuan bulanan daripada MUIP masih dalam proses,” katanya.
Luah Achey, “Jika ada ruang yang kecil, mohon doakan mak saya, keadaan dia sangat tak baik. “ Achey mohon semua doakan ibunya yang kini dirawat di hospital setelah positif C0vid-19.
Ibunya antara tujuh orang ahli keluarga yang positif Covid-19 sejak beberapa hari lalu. Semoga ibunya kuat untuk melawan Covid-19.
Achey Mohon Doa Semua
Menerusi entrinya di akaun Instagram, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 34, memohon doa ramai untuk kesembuhan ibunya, Ngaisah Hassan yang kini dalam keadaan yang tidak baik akibat jangkitan Covid-19.
Tambah Achey, ibunya kini dirawat di Hospital Segamat, Johor.
Jika Ada Ruang Doakan Mak Saya
“Saya tahu doa anda sangat padat ketika ini, tetapi jika ada ruang kecil yang kosong dalam doa kalian, dapatlah kiranya ruang doa itu diisi untuk mak saya, Ngaisah Hassan.
“Buat masa ini, keadaan mak saya sangat-sangat tidak baik,” tulis Achey menerusi satu perkongsian yang dilakukan di laman Instagramnya pada awal pagi tadi.
Difahamkan ibunya yang positif Covid-19 tahap tiga mengalami masalah pernafasan sehingga perlu ditiarapkan untuk memudahkan proses pernafasannya.
Achey ketika ditemui selepas majlis bacaan Yasin dan Tahlil Allahyarham Siti Sarah yang diadakan secara maya pada Khamis turut berkongsi perkembangan terkini tujuh ahli keluarganya termasuk ibu, abang, kakak dan adiknya turut disahkan positif.
Menjadi Runner
“Buat masa sekarang saya dan isteri yang menjadi runner untuk memastikan segala barangan yang diperlukan keluarga yang positif, baik yang di hospital mahupun di rumah.
“Walaupun dalam keadaan tangan yang patah, saya terpaksa juga ulang-alik memandu ke hospital kerana hanya kami berdua sahaja yang boleh berbuat demikian demi membantu ahli keluarga lain yang sedang berjuang melawan Covid-19,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga Mak Achey, Ngaisah Hassan,dikurniakan kesembuhan dan sihat seperti sediakala. Amin.
Cukup menyayat hati, tiada siapa yang sangka percutian di sebuah hotel bertukar tragis apabila seorang ahli keluarga terjatuh dari tingkat hotel. Dugaan yang cukup hebat buat keluarga ini.
Kisah menyayat hati ini dilaporkan di media sosial apabila seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkap di tingkat 14 sebuah bangunan hotel
Terjatuh Dari Tingkat Hotel, Kanak-Kanak Lelaki Maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa berusia 12 tahun dikatakan terjatuh sehingga ke beranda tingkat empat bangunan berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.44 pagi melalui talian kecemasan 999.
Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh tiga kilometer dari BBP Kota Kinabalu.
“Kejadian berlaku di sebuah hotel di Kota Kinabalu membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari tingkap di tingkat 14 ke beranda tingkat empat hotel berkenaan.
“Pasukan Bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi turut ditamatkan pada jam 7.53 pagi,” katanya.
Mingguan Wanita : Moga ahli keluarga tabah hadapi dugaan ini. Salam takziah.
Pernahkah anda menikmati mee berwarna merah jambu? Jika tidak, inilah peluang untuk menikmati keunikan mee berona merah jambu yang mempunyai elemen Korea.
Mie Ayam Bakso Bogor, sebuah kiosk berkonsepkan makanan street food popular Indonesia kini menambahkan sentuhan K-Pop dalam menu mereka dengan memperkenalkan Set K-Pop yang baharu. Set ini bakal memikat para penggemar K-Pop serta pencinta makanan yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru dan segar.
Mie Ayam Bakso K-pop kini boleh didapati di semua empat cawangannya di sekitar Lembah Klang iaitu di Citta Mall, Aeon Mall Shah Alam, Aeon Mall Setia City Mall dan Aeon One Utama.
Dua Budaya Bergabung
Set K-Pop dari Mie Ayam Bakso Bogor mencakupi beberapa elemen yang diinspirasi oleh budaya pop Korea, yang menyatu harmoni dengan kekayaan rasa hidangan Indonesia. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan seperti kimchi, yang dikenal dengan rasa pedas dan asamnya, serta tambahan topping seperti hirisan daging serta perapan Korea yang istimewa.
Menurut pengasasnya, Datuk Abd Rahman Soltan menu istimewa itu didatangkan dengan mi berwarna merah jambu sebagai tarikan utama kepada pelanggan terutamanya peminat K Pop yang sentiasa mencari kelainan.
“Penggemar budaya K-pop ini sebenarnya terdiri dari pelbagai kriteria. Ia tidak terhad pada bidang muzik dan fesyen semata-mata, malah makanan turut tidak terkecuali. Terlibat dalam industri F&B, saya yakin kreativiti dan inovasi amat penting untuk menarik perhatian pelanggan. Jadi, saya rasa kehadiran mie berwarna merah jamu dalam menu K-pop ini memeriahkan lagi kepelbagai kulinari makanan di Malaysia.
ia bakal menjadi pilihan penggemar K-pop apabila melihat mi tersebut berwarna merah di samping menggabungkan keaslian rasa dalam makanan.
Sementelah bercerita mengenai inovasi terbaharu dalam hidangan yang ditampilkan, Datuk Abd Rahman berkata pihaknya masih mengekalkan ciri khas makanan sedia ada iaitu bahan yang digunakan dibuat sendiri di dapur utama serta melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam tempoh empat bulan sebelum diluncurkan khas buat para penggemar hidangan berasaskan mee ini.
Berkongsi lanjut, perniagaan yang dijalankan sejak dua tahun lalu, ia berkonsepkan kiosk yang mengetengahkan street food seperti berada di Indonesia. mengambil inspirasi dari pengembaraannya ke luar negara, Dato Abd Rahman berkongsi keunikan hidangan jalanan tersebut diterjemahkan untuk konsep Mie Ayam Bakso Bogor di Malaysia.
“Saya suka mengembara dan antara destinasi yang sering dikunjungi ialah Indonesoa. Di Indonesia, makanan mi ayam dan bakso ini kebanyakannya dijual di pinggir jalan. Ia memang popular dengan konsep perniagaan sebegitu. Jadi, apabila saya membuka perniagaan ini saya mahu mengekalkan ciri asal seperti street food,” katanya seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...