Meraung kuat selepas terjatuh dari motosikal mainan, asbab adik Fadzly ke syurga Allah. Tiada apa lagi saat menyedihkan tatkala diuji dengan kehilangan anak kesayangan. Apatah lagi ia anak yang ditunggu sejak di awal perkahwinan namun Allah mentakdirkan dirinya tumbuh dalam rahim di tahun ke tujuh perkahwinan.
Namun belum sempat melihatnya membesar, Allah menjemputnya sebagai anak syurga. Asbab kematian hanya sedikit iaitu terjatuh dari motosikal mainannya dan kepalanya terhantuk. Kemudian raunganya kedengaran sebelum mula terdiam. Sang ibu ingatkan anak kecilnya sudah berhenti menangis, rupanya ia petanda anak kecilnya sudah dijemput Allah.
Dikongsi dari fb Mr Wan Cai Official pengendali jenazah percuma, dirinya berkongsi perjalanan akhir adik Fadzly, anak syurga berusia 3 tahun setengah yang meninggal dua hari lalu, 16 Ogos.
Ini perkongsiannya:-
7 tahun menunggu cahaya mata. Anak tunggal pergi menghadap Maha Pencipta. Sayang tidak semestinya memiliki. Redha walau tersakiti.
Jatuh airmata bila seorang ayah menunaikan bakti terakhir buat anaknya. Sebak melihat kasihnya ibu membawa ke syurga. Bayangkan kesedihan yang dilalui. 10 tahun melayari bahtera perkahwinan. Dikurniakan cahaya mata selepas 7 tahun menanti. Namun kebahagiaan yang hadir terhenti di tengah jalan. Dipanggil pulang setelah 3 tahun 6 bulan dipinjamkan.
Allahuakbar!
Jasad terbujur kaku ini dikenali dengan dengan nama panggilan adik Fadzly. Baru berusia 3 tahun 6 bulan dan anak tunggal dalam keluarganya. Punca kematiannya asbab terjatuh sewaktu sedang bermain motosikal mainan bateri.
Berkemungkinan kepalanya mengalami kecederaan dalaman akibat hentakan kuat ketika terjatuh. Kejadian malang yang menimpa adik Fadzly berlaku pada 16 ogos sekitar 08.00 pagi.
Ketika itu adik fadzly sedang bermain motosika mainan tersebut dengan ditemani oleh ibunya di hadapan rumah. Adik Fazly dikatakan terjatuh ke belakang dari motosikal menyebabkan kepalanya terhantuk di lantai simen.
Selepas terjatuh adik Fadzly berteriak menangis seperti menahan kesakitan yang amat sangat. Si ibu yang panik terus mendapatkan adik Fadzly untuk melihat kesan kecederaan yang dialami oleh anaknya.
Si ibu mendapati tiada sebarang kesan kecederaan yang ada di kepala adik Fadzly. Namun adik Fadzly dikatakan tiba-tiba berhenti dari menangis dan tidak sedarkan diri. Si ibu yang panik cuba memanggil nama anak kesayangannya itu sambil mengoyangkan tubuh badannya. Tetapi adik Fadzly tidak menunjukkan sebarang tindak balas walaupun si ibu memanggil namanya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN DI SINI :– Penjaga Cuai Akan Didenda. “Sesaat Hilang Dari Pandangan Ibu, Anak Meninggal Terjerut Tali.’
Hajat Tak Kesampaian, Anak Meninggal Kemalangan Dalam Perjalanan Ziarah Jenazah Ibu
Si ibu yang ketakutan telah menghubungi suaminya yang ketika itu sedang berkerja. Si suami yang pulang kerumah menjadi semakin panik bila melihat keadaan anaknya.
Adik Fadzly terus dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang setelah si bapa tiba di rumah.
Dalam perjalanan ke hospital pasangan suami isteri ini tidak putus-putus berdoa. Mereka berharap adik Fadzly dapat diselamatkan. Mereka mahu melihat adik Fadzly membesar seperti kanak-kanak yang lain. Kerana bagi mereka adik Fadzly adalah kunci kebahagiaan dalam keluarganya.
Si bapa yang membawa adik Fadzly tiba di bahagian kecemasan hospital sekitar pukul 10.00 pagi. Adik Fadzly bergegas dibawa masuk kedalam wad kecemasan untuk dirawat. Namun pasangan suami isteri ini menerima perkhabaran duka.
Anak kesayangan mereka tidak dapat diselamatkan. Jantung adik Fadzly terhenti setelah 20 minit menerima rawatan. Waktu kematiannya dicatit pukul 10.20 pagi bertarikh 16 ogos 2022.
Si ibu dan si bapa tidak dapat menahan sebak. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah tiada. Jasad adik Fadzly telah dibawa ke unit forensik untuk diambil ujian saringan covid-19 sebelum dibedah siasat. Punca kepada kematian adik Fadzly masih lagi dalam siasatan.
Ibu bapa adik Fadzly telah dimaklumkan oleh pihak doktor forensik. Ujian makmal akan mengambil masa sebelum punca sebenar kematian adik Fadzly diketahui. Lalu ibu bapa adik fadzly telah menghubungi talian hotline kami.
Mereka mahu mendapatkan bantuan pengurusan untuk jenazah anaknya. Kami menyatakan kesediaan untuk membantu. Sudah semestinya kami tidak akan menolak.
Membantu pengurusan terakhir untuk adik Fadzly adalah tanggungjawab kami.
Adik Fadzly adalah satu amanah kiriman Allah. Jadi kami harus tunaikan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Dan Alhamdulillah adik Fadzly telah kami uruskan cara yang paling sempurna.
Jasadnya selamat disemadikan ditanah perkuburan Islam Selat Klang. Ketika video ini dimuat naik yakini adik Fadzly sedang leka bermain bersama rakan-rakan yang lain.
Semoga adik Fadzly bergembira di dunia barunya. Buat ibu dan bapa adik Fadzly.
Banyakkan bersabar. Redhakan pemergian anak tunggal mu itu. Allah memilih adik Fadzly kerana Allah sayang.
Ada hikmah di setiap ketentuan yang berlaku. Salam takziah dari kami unit khas van jenazah. Al-Fatihah buat adik fadzly!
Yang sudah bergelar ayah dan ibu mohon share video ini. Sumber : Fb Mr Wan Cai Official
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.