Merancang Keluarga Perlukan Kerjasama, Buka Buku “Pink” Bukan Salah Isteri Seorang

Share

Sesungguhnya merancang keluarga perlukan Kerjasama dan perbincangan hati ke hati dari pihak isteri dan juga suami. Malah, buka buku “pink” bukan salah isteri seorang.

Sedih kadang-kadang pabila isteri yang dipersalahkan apabila mengandung terlalu rapat, seolah-olah isteri yang bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

Buka Buku “Pink” Bukan Salah Isteri Seorang

Kongsi Intan Dzulkefli, hati saya sangat simpati pada wanita-wanita yang selalu diletakkan sepenuh kesalahan dan beban apabila kandungannya terlalu rapat.

“Tak kasihan ke dekat anak yang masih menyusu?”

“Tidak sayang pada badan ke?”

“Tak boleh ke tahan sikit gelojoh tu?”

Seolahnya, apabila naik dua garis pada kit ujian kehamilan itu adalah atas natijah perbuatan seorang wanita itu seorang diri. Dia yang gatal, dia yang tak sabar, dia yang tak sayang anak.

Kadang nampak ada ibu-ibu yang menangis pada hari membuka buku pink. Sungguh, Allah sahaja yang tahu apa yang dilalui dan dirasakan di dalam hati wanita-wanita tersebut.

Isteri Yang Buntu Fikirkan Perancangan Keluarga

Hati saya simpati lagi, apabila naik soalan-soalan berbaur ketakutan dalam kalangan ibu-ibu yang baru melahirkan tetapi risau mahu pakai perancang keluarga yang mana satu.

Para suami, maklumilah, bukan semua suntikan atau pil perancangan keluarga sesuai dengan tubuh isteri. Untuk suntikan implanon misalnya, kebanyakan doktor akan minta ibu-ibu untuk cuba suntikan depo terlebih dahulu bagi memastikan tiada ‘side effect’ yang teruk.

Kadang tu, dalam keadaan diri wanita yang masih lemah baru melahirkan, penuh luka-luka yang belum sembuh, sudah diberatkan dengan pelbagai persoalan dan tanggungjawab yang berat, soal perancangan keluarga. Seolah semua ini hanya beban di atas kepala dan bahunya seorang diri.

Baca Juga Di Sini:

Soal Zuriat BUKAN Bawah Kawalan Manusia, Suami, Isteri Merancang, Allah PENENTU

Belajar Kaedah Merancang Sendiri, Prof Dr Imelda Terangkan Caranya

Merancang Dan Menghad Bilangan Anak, Itu Sebenarnya Hak Isteri!

Di Mana Peranan Suami

Bukankah hadirnya anak itu dari ibu dan bapanya? Jadi di mana peranan seorang lelaki bergelar suami?

Saya teringat sedutan kata-kata Dr Harlina Siraj dan suaminya dalam satu talk bersama saudara Aiman Azlan yang membincangkan tentang merancang keluarga.

Kata Dr Harlina, ‘every pregnancy should be planned, intended and wanted.’

Sepatutnya tiada istilah ‘accident baby’ kerana sepatutnya setiap kehamilan itu perlulah diingini, dirancang dan dinantikan oleh kedua-dua belah pihak suami isteri.

Bagaimana nak tahu bahawa that pregnancy is planned, intended and wanted?

Apabila suami isteri mendapat khabar berita kehamilan itu, mereka sujud syukur. Tiada keluhan atau ‘bunyi cicak’ – ‘isk’ yang keluar dari mulut.

Merancang Keluarga Perlukan Kerjasama

Saya secara peribadi berpendapat, merancang keluarga memerlukan kerjasama, perbincangan hati ke hati dari pihak suami dan isteri. Kedua-dua pihak perlu memainkan peranan.

Berbincang ini bukan bermaksud, ‘awak pakai sajalah perancang yang nurse suruh. Yang penting, saya tak nak pakai kondom,’

Maklumilah, ini bukan perbincangan dua pihak. Ini ‘selfish’ syok sendiri.

Berbincang ini merangkumi banyak hal. Antaranya,

Kesediaan suami dan isteri untuk kehamilan seterusnya.

Kesesuaian tubuh badan isteri menggunakan kaedah perancang pil, suntikan dan implanon. Jika tak sesuai, guna IUCD. Jika membahayakan nyawa isteri untuk kehamilan seterusnya, doktor akan consider BTL.

Kesediaan suami untuk turut merancang mengelak pesetubuhan pada tarikh subur isteri, memakai kondom dan kaedah azal (melepas air mani di luar rahim isteri) sebagai ‘double protection’.

Sama-sama berbincang sekiranya memerlukan belanja tambahan untuk memakai kaedah perancangan tertentu di klinik swasta sekiranya tempoh menunggu giliran di klinik/hospital kerajaan adalah lama.

Percayalah, apabila suami turut sama-sama memainkan peranan dalam merancang keluarga, memahami kesakitan dan trauma isteri, amat meraikan pendapat dan suara isteri, ia juga salah satu cara menambah kasih sayang dan hormat seorang isteri kepada suaminya. InsyaAllah.

Talk to your spouse, and decide together.
.
#intandzulkefli
#randomthoughts

Mingguan Wanita : Masyarakat terlalu menghukum seorang wanita apabila sudah hamil, situasi ini sudah tentu membuatkan isteri terbeban. Kadang-kadang mereka juga buntu fikirkan yang terbaik untuk anak bakal lahir kerana anak yang lain juga masih kecil. Oleh itu jangan bebankan mereka dan cuba fahami mereka.

Sumber : Intan Dzulkefli

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran  //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

 

Published by
Nur Syazwani Mehat