Sesungguhnya merancang keluarga perlukan Kerjasama dan perbincangan hati ke hati dari pihak isteri dan juga suami. Malah, buka buku “pink” bukan salah isteri seorang.
Sedih kadang-kadang pabila isteri yang dipersalahkan apabila mengandung terlalu rapat, seolah-olah isteri yang bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.
Buka Buku “Pink” Bukan Salah Isteri Seorang
Kongsi Intan Dzulkefli, hati saya sangat simpati pada wanita-wanita yang selalu diletakkan sepenuh kesalahan dan beban apabila kandungannya terlalu rapat.
“Tak kasihan ke dekat anak yang masih menyusu?”
“Tidak sayang pada badan ke?”
“Tak boleh ke tahan sikit gelojoh tu?”
Seolahnya, apabila naik dua garis pada kit ujian kehamilan itu adalah atas natijah perbuatan seorang wanita itu seorang diri. Dia yang gatal, dia yang tak sabar, dia yang tak sayang anak.
Kadang nampak ada ibu-ibu yang menangis pada hari membuka buku pink. Sungguh, Allah sahaja yang tahu apa yang dilalui dan dirasakan di dalam hati wanita-wanita tersebut.
Isteri Yang Buntu Fikirkan Perancangan Keluarga
Hati saya simpati lagi, apabila naik soalan-soalan berbaur ketakutan dalam kalangan ibu-ibu yang baru melahirkan tetapi risau mahu pakai perancang keluarga yang mana satu.
Para suami, maklumilah, bukan semua suntikan atau pil perancangan keluarga sesuai dengan tubuh isteri. Untuk suntikan implanon misalnya, kebanyakan doktor akan minta ibu-ibu untuk cuba suntikan depo terlebih dahulu bagi memastikan tiada ‘side effect’ yang teruk.
Kadang tu, dalam keadaan diri wanita yang masih lemah baru melahirkan, penuh luka-luka yang belum sembuh, sudah diberatkan dengan pelbagai persoalan dan tanggungjawab yang berat, soal perancangan keluarga. Seolah semua ini hanya beban di atas kepala dan bahunya seorang diri.
Bukankah hadirnya anak itu dari ibu dan bapanya? Jadi di mana peranan seorang lelaki bergelar suami?
Saya teringat sedutan kata-kata Dr Harlina Siraj dan suaminya dalam satu talk bersama saudara Aiman Azlan yang membincangkan tentang merancang keluarga.
Kata Dr Harlina, ‘every pregnancy should be planned, intended and wanted.’
Sepatutnya tiada istilah ‘accident baby’ kerana sepatutnya setiap kehamilan itu perlulah diingini, dirancang dan dinantikan oleh kedua-dua belah pihak suami isteri.
Bagaimana nak tahu bahawa that pregnancy is planned, intended and wanted?
Apabila suami isteri mendapat khabar berita kehamilan itu, mereka sujud syukur. Tiada keluhan atau ‘bunyi cicak’ – ‘isk’ yang keluar dari mulut.
Ads
Merancang Keluarga Perlukan Kerjasama
Saya secara peribadi berpendapat, merancang keluarga memerlukan kerjasama, perbincangan hati ke hati dari pihak suami dan isteri. Kedua-dua pihak perlu memainkan peranan.
Berbincang ini bukan bermaksud, ‘awak pakai sajalah perancang yang nurse suruh. Yang penting, saya tak nak pakai kondom,’
Maklumilah, ini bukan perbincangan dua pihak. Ini ‘selfish’ syok sendiri.
Berbincang ini merangkumi banyak hal. Antaranya,
Kesediaan suami dan isteri untuk kehamilan seterusnya.
Kesesuaian tubuh badan isteri menggunakan kaedah perancang pil, suntikan dan implanon. Jika tak sesuai, guna IUCD. Jika membahayakan nyawa isteri untuk kehamilan seterusnya, doktor akan consider BTL.
Kesediaan suami untuk turut merancang mengelak pesetubuhan pada tarikh subur isteri, memakai kondom dan kaedah azal (melepas air mani di luar rahim isteri) sebagai ‘double protection’.
Sama-sama berbincang sekiranya memerlukan belanja tambahan untuk memakai kaedah perancangan tertentu di klinik swasta sekiranya tempoh menunggu giliran di klinik/hospital kerajaan adalah lama.
Percayalah, apabila suami turut sama-sama memainkan peranan dalam merancang keluarga, memahami kesakitan dan trauma isteri, amat meraikan pendapat dan suara isteri, ia juga salah satu cara menambah kasih sayang dan hormat seorang isteri kepada suaminya. InsyaAllah.
Mingguan Wanita : Masyarakat terlalu menghukum seorang wanita apabila sudah hamil, situasi ini sudah tentu membuatkan isteri terbeban. Kadang-kadang mereka juga buntu fikirkan yang terbaik untuk anak bakal lahir kerana anak yang lain juga masih kecil. Oleh itu jangan bebankan mereka dan cuba fahami mereka.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Anak nombor 2 paling banyak buat mak, ayah mengucap! Tapi kalau tiada jadi bosan. Begitulah ragam anak nombor dua yang dikatakan lain daripada yang lain.
Kehadiran anak nombor memang sangat menguji rata-rata mak ayah. Ada saja ragam pelik dan unik mereka lakukan hingga membuatkan anak nombor dua sering diingati dalam membesarkan anak-anak.
Anak Nombor 2
Kongsi Mohd Fhais Salim, anak nombor dua paling banyak buat kita mengucap!
Anak paling kuat melasak, paling kuat memanjat, paling kuat terjah badan kita dan paling kuat keras kepalanya.
Kita marah ke, garang ke, dia tak hairan pun. Muka selamba tak tahu takut orang.
Kredit Foto : Mohd Fhais Salim.
Paling Banyak Buat Mak, Ayah Mengucap!
Memang, biasanya anak nombor 2 inilah yang paling lasak, malah paling gasak dan juga paling tak makan saman.
Anak-anak lain pun ada saja, tapi yang nombor 2 paling selalu buat kita mengucap.
Astaghfirullahalazim…
Cuma satulah, kadang bila sudah terlalu lasak dan gasak ini kadang dia boleh lampaui batas juga.
Tapi Kalau Tiada Jadi Bosan
Sayang-sayang juga tapi soal adab kita kena juga titik beratkan tau.
Terutama adab terhadap ibu dan ayahnya. Mana-mana tingkah laku yang huduh sangat itu terus instant remove, jangan tangguh-tangguh.
Kalau nampak dia buat begini pada ibu dan ayahnya : – cepat memukul – suka tinggi suara – selalu marah-marah – menyampuk ketika bercakap – melawan cakap
Cepat-cepat larang dan lentur sebelum menjadi parah. Umur 0-3 tahun ni fasa paling senang nak lentur, menjelang 4 tahun payah sikit dah sebab anak dah pandai fikir sikit-sikit.
Anak nombor 2 paling banyak buat kita mengucap tapi kalau dia tidur atau pergi sekolah kita pula yang rasa bosan. Huh!
Mingguan Wanita : Dalam membesarkan anak-anak sudah pasti mak ayah melalui pelbagai pengalaman. Namun percayalah memori dan kenangan ini akan membuatkan mak, ayah rindu bila anak-anak telah meningkat usia.
Cabaran mendidik anak-anak pada zaman sekarang teramat besar. Lebih-lebih lagi dengan teknologi yang serba canggih ini.
Jangan ingat, dengan mengawal anak-anak untuk berada di rumah sepanjang masa, mereka ‘terselamat’ daripada segala perkara negatif yang kita rasa hanya berada di luar rumah saja.
Gadjet
Mak ayah zaman sekarang kena tahu, di dalam bilik pun macam hal boleh jadi selagi di tangan ada telefon bimbit atau gajet yang membolehkan mereka melayari internet! Kalau tak, takkan terjadi kes anak lari dari rumah ikut teman lelaki yang dikenali di laman sembang online sedangkan sepanjang masa berkurung dalam bilik!
Tanyakan kepada mak ayah, pasti rata-rata bersetuju, terlalu sukar untuk mendidik anak-anak zaman sekarang. Sebab itu, ada masanya perlu bersikap tegas dan garang dengan anak-anak. Tak bermakna kalau kita garang, kita tak sayang anak.
Tapi ini semua dilakukan demi untuk mendidik dan membimbing anak-anak di landasan yang betul. Pukul anak, bukan nak menyakiti, tapi untuk bagi pengajaran. Marah anak bukan benci, tapi nak menasihati!
Siapa Lebih Garang?
Siapa lebih garang dalam mendidik anak-anak? Selalunya orang cakap, ayah yang lebih garang. Kalau depan ayah, anak tak berani nak membantah. Baru berdehem, anak dah kecut. Berbeza kalau dengan mak. 10 kali suruh solat pun belum tentu angkat punggung! Namun ada juga si ibu yang lebih garang dalam mendidik berbanding si ayah yang lebih ‘cool’ dan tenang.
Walau bagaimana pun, ada juga ibu bapa yang tidak bersetuju mendidik anak dengan sifat garang kerana kata mereka zaman sudah berubah. Nak didik anak-anak perlu gunakan pendekatan psikologi, lebih berkesan kata mereka. Dah tak relevan corak corak didikan garang dan tegas dengan anak-anak sekarang. Betul ke?
Ikuti kupasan lanjut berkenaan topik “Ibu Atau Ayah, Siapa Yang Garang” di dalam Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 esok, jam 11 pagi hingga 12 tengah hari bersama hos Siti Elizad, Erra Fazira dan Norman Hakim, serta tetamu-tetamu istimewa yang akan diundang ke studio.
Sekiranya ingin berkongsi pengalaman, pendapat atau persoalan berhubung topik ini, bolehlah menghubungi talian Teman Wanita Anda di 03 89389647 atau komen terus di ruangan komen yang disediakan. Jangan lupa temu janji kita esok ye!
Pemakanan Si Manja tak boleh dipandang ringan. Apatah lagi tumbesaran kanak-kanak berkait rapat dengan pengambilan makanan seimbang bersesuaian dengan setiap peringkat usia.
Justeru, mak ayah perlu bijak memilih makanan tepat untuk membantu tumbesaran Si Manja dengan sihat dan selamat. Sebaik usia Si Manja mencecah 6 bulan, ibu boleh memperkenalkan makanan pejal misalnya bubur nasi kosong atau puri sayur-sayuran.
Menurut pakar, pada usia ini juga, penyimpanan semulajadi zat besi Si Manja mulai berkurang. Sebab itulah digalakkan memberi makanan kaya dengan zat besi seperti bijirin bayi yang diperkaya dengan zat besi sebagai makanan pertama Si Manja.
Saranan Pemakanan Berkhasiat Yang Sesuai Untuk Si Manja Anda Di Rumah
Berikan Si Manja anda makanan yang lembut teksturnya, malah dikisar lumat. Agar Si Manja menikmati pengalaman makan kali pertamanya.
Misalnya, buah yang dilumat dan dilembutkan, sayuran yang dimasak, ditapis, dikisar halus. Boleh juga berikan makanan kaya protein seperti ikan yang dilumat halus.
Mak boleh menambah variasi pada diet Si Manja seperti daging dan ayam yang dicincang halus bila kebolehan menggigit dan mengunyahnya semakin meningkat.
Penting untuk mak ayah mengambil perhatian pada diet harian Si Manja.
Pilihlah makanan semula jadi yang dapat merangsang kecerdasan otak Si Manja sebaik mereka diperkenalkan dengan makanan pejal. Antaranya,
Ikan : Saranan pakar mak pilihlah ikan mengandungi asid lemak bermanfaat seperti salmon. Ia sumber baik DHA.
Telur : Murah dan senang didapati, malah berkhasiat. Ianya sumber protein. Kuning telur mengandungi kolina yang berkhasiat membantu perkembangan otak. Boleh jadikan rutin sarapan dan makan malam.
Sayuran berwarna : Tomato, bayam dan labu antara makanan kaya antipengoksidanya. Semakin segar dan cerah warna sayuran, semakin tinggi kandungan antipengoksidanya.
Pisang : Pilihan makanan popular bayi ini mempunyai vitamin A, C dan folat. Mineral yang terkandung di dalamnya adalah kalium, selenium, magnesium dan kalsium.
Seperti yang lain, bayi yang berusia 6 bulan juga memerlukan nutrisi protein, lemak, karbohidrat malah vitamin A,D,E,K,B dan C serta mineral dalam tumbesaran mereka.
Ini yang mak ayah kena tahu. Semasa membeli makanan di pasaran, lihat pada bungkusan atau bekas makanan bayi yang dilabelkan mengikut tahap pertumbuhan anak anda.
Jika mencari makanan pertama, carilah makanan pejal Si Manja ikut peringkat usia yang tertera pada produk. Misalnya, untuk Si Manja 6 bulan ke atas, 8 bulan ke atas dan 12 bulan ke atas, dimana kandungan makanan bijirin ini sesuai bagi usia mereka.
Ketika memilih bijirin bayi yang bagus dan berkualiti tinggi, mak ayah perlu lihat akan hal ini. Pilihlah bijirin bayi yang dirumus khas dengan nutrien penting yang diperlukan oleh Si Manja anda. Tekstur bijirin bayi pula perlu lebih halus untuk memudahkan penghadaman perut Si Manja setiap kali menikmati hidangan.
Bijirin bayi CERELAC bukan saja berkhasiat malah mengandungi bahan-bahan yang mematuhi garis panduan Gred Bayi Nestlé.
Jadi, jika mak ayah nak cari makanan pejal pertama yang boleh dipercayai dan sesuai untuk bayi anda, cubalah CERELAC hari ini!.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...