“Merajuk Jangan Biar Lama-Lama, CEPAT LAH PELUK PASANGAN” 8 Tip Rumahtangga Kekal Harmoni Amalan Yana Samsudin

Share

“Merajuk jangan biar lama-lama, cepat lah peluk pasangan” 8 tip rumahtangga kekal harmoni amalan Yana Samsudin. Pelakon Yana Samsudin dan suami Fadzil Zahari sememangnya terkenal dengan pasangan yang cukup bahagia.

Baru-baru ini Yana telah berkongsi tip rumahtangga kekal harmoni sempena majlis perkahwinan adiknya. Nasihat dan panduan dari Yana itu cukup berharga bukan saja buat adik perempuannya malah buat pasangan yang baru berumahtangga di luar sana.

“Merajuk Jangan Biar Lama-Lama, CEPAT LAH PELUK PASANGAN”

Ikuti nasihat dari Yana yang juga mesra disapa Kak Yong. Menurut Yana tip yang diberikan adalah dari pengalaman diri sendiri, mak abah dan gabungan pakar pakar psikologi rumah tangga.

“Welcome to Samsudin family @frkhnsmsl !!! Dah beso dah adik aku si @cikmudawannyx ni! Tahniah buat pasangan merpati sejoli ni!! Ingat lagi ko kecik kecik, cenggeng! Now dah kawen jangan cenggey pulak tau! Selamat jadi orang Perak yop!

“Setelah lalui pelbagai episod sinetron ketika mencari pasangan yang boleh melindungi ko dik bimbing ko dik, kali ni Allah bagi perjalanan yang tersangat sangat mudah dan cepat dengan di jumpakan ko dengan Khan. Inilah namanya jodoh.. bila bersabar Allah datang kan kemanisan. Ahamdulillah kali ni tak nampak kesukaran , tak banyak episod sinetron dan Allah bagi lancar semuanya. Syukur…

“’Perjalanan perkenalan yang singkat, kami balik dari haji nak terima.

“Rombongan merisik tapi tetiba terus jadi tunang, pastu dalam masa 3 bulan je terus nikah. Subahanallah ! Cantik! ini adalah aturan paling cantik! Allah yang terbaik..

“Aku suka tengok kesabaran Khan tu… age is just a number , ianya tak boleh di ukur dengan meter kematangan. Tapi boleh di build up dengan surrounding yang matang dan background yang baik.InsyaAllah.

“Memang hidup rumah tangga ada graf naik turun, masing masing ada kelemahan dan kelebihan. Kelemahan kita tampung sama- sama, kelebihan kita nikmati sama-sama..

“Jangan jadikan kelemahan itu senjata pergaduhan tapi belajar melengkapi dan atasi kelemahan itu bersama. Dengan bermesyuarat! Sentiasa bermesyuarat! Jangan berhenti belajar dan upgrade menjadi yang terbaik setiap hari.

AKAK ADA 8 RESIPI KEHARMONIAN RUMAH TANGGA BUAT KO DIK.

Ini lah 8 resipi akak nak bagi ko dik. Malas nak cakap nanti ko lupa. Agak-agak nak lupa ko baca je post aku berkali kali nanti hahahah.

GUNA DIPLOMASI & DEMOKRASI DALAM MELAYARI RUMAH TANGGA DENGAN SEBAIKNYA.

1-Sentiasa solat berjemaah. Ko akan faham apa maksud aku ni. Lepas solat, kongsilah doa korang bersama. Jangan malu. Kalau suami segan jadi imam , belajar lah sama sama sempurnakan sehari demi sehari..

Cantum kan doa kalian supaya sehaluan matlamat dan apa yang korang minta pada Allah hal dunia & akhirat.

2-Syura – nak dapat kan persetujuan mesti ada syura /mesyurat. Di galakkan setiap malam seperti “pillow talk” atau paling kurang seminggu sekali. Hal hati ke hati, ekonomi ke, perjalanan esok hari ke atau hal anak2 & banyak lagi.

3- Tanggungjawab suami dan isteri .kena tahu tanggungjawab masing masing. Antaranya Hal Nafkah atau hal hal lain kena buat tanggungjawab masing masing.

4- Merajuk jangan lama lama. Jangan biar lama lama dan cepat lah peluk pasangan jika merajuk.. pastu tanya lah kenapa terasa. Tanya je pun bukan kena bayar pun…. haaa gitew..

Yang merajuk, bagitau je terus terang apa yang di rasa, simpan2 buat apa bukan kita boleh baca fikiran orang lain. Fikiran & perasaan sendiri pun kadang2 confuse lagi lah nak faham orang lain dalam

masa yang singkat. Takda makna nyaaa dik oiiiii..

Pastu bila dah bagitau merajuk pasal apa tu, kalau betul ada kekhilafan ambik luahan tu dan perbetul kan keadaan pastu jangan le buat lagi.. kalau berulang ulang benda sama , siapa pun akan menyirap.

5- sentiasa alert perubahan pasangan masing masing. Supaya senang kita nak kenal. Awal tu kena adapt sebab baru hidup bersama.

6- sentiasa tanam sifat nak bantu pasangan . Masing masing mesti ada perasaan ini. Jangn sebelah pihak je . Berebut lah nak hulurkan bantuan antara satu sama lain.

Nampak suami tercari cari tanya dan bantu cari. Kalau isteri nak angkat barang tu, suami ternampak cepat2 lah bantu angkat dulu.

7- Berlaku Adil pada tempatnya dan sepatutnya. Sama rata mesti di aplikasikan, isteri perlukan perhatian , kena bercakap lah. Tak kan nak dengar sebelah pihak je kan… mesyuarat nak dapat kan keputusan yang adil. Di persetujui 2 belah pihak.

8- kebebasan, jangan lah mengongkong sangat.

Suami nak tengok hp pun tak boleh, nak keluar pun tak boleh. Isteri nak ada “me time ” tidur siang sekejap pun tak boleh. Nak kentut sewenang wenangnya pun jadi masalah.. Eh semua tak boleh lah… jenuhhhh. Hahahaha,” kongsi Yana.

“Sukalah Kak Yana Ni Bagus” Netizen

Menerusi ruangan komen ramai yang memuji nasihat dari Yana.

Baca Disini : “Anak Abah Tak Kuat, Terlalu Sedih” Yana Mohon Doa Agar Diberikan Kesembuhan Kesihatan Ayahnya

“Syukur Terlalu Banyak Nikmat Allah Beri” Semoga Yana & Fadzil Mendapat Haji Yang Mabrur

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Mingguan Wanita : Terbaiklah tip dari Yana ni!

Sumber : Instagram Yana Samsudin

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Published by
Norhayati Suboh