Menyesal rampas suami orang, rupa-rupanya semua kekayaan isteri pertama yang punya. Kononnya nak hidup senang, menumpang kekayaan suami tapi sebaliknya yang berlaku. Nak menyesal sudah tak berguna lagi.
Memang ramai wanita tertipu dengan janji manis si lelaki mata keranjang. Janji bulan, bintang, sampai si wanita sangguplah nikah di sempadan. Langsung tidak fikir panjang dan soal masa depan.
Berikut perkongsian daripada Fahmi Ramli yang merupakan Peguam Syarie Perundangan Islam di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, KL, Selangor)
Menyesal Rampas Suami Orang, Rupa-rupanya Semua Kekayaan Isteri Pertama Yang Punya
Kalau cerita bab ini, saya percaya ramai wanita akan cakap padan muka. Tapi, ingat, ketika cerita ini dikongsi, niatnya adalah untuk beri peringatan baik kepada wanita-wanita yang ada niat untuk menjadi isteri kepada seseorang lelaki yang telah berkahwin.
Ada satu kisah dimana seorang isteri ini datang mengadu kepada saya untuk membuat permohonan fasakh iaitu membubarkan perkahwinannya dengan suami. Wanita ini masih muda. Bawah 25, elok rupanya.
Bila ditanya, berapa lama telah kahwin, katanya dalam setahun lebih. Rupanya berkahwin secara senyap di Sempadan Thailand sebab suaminya adalah ‘Suami Orang’.
Saya cakap, “Puan kena buat Pengesahan Nikah Poligami di Mahkamah Tinggi Syariah dulu, baru boleh buat fasakh sebab sijil nikah siam puan tak terpakai di Mahkamah Malaysia ini”.
Ads
Saya tanya, kenapa pilih untuk kahwin di Siam? Suami saya tak mahu isteri pertama tahu. Lagi pula, mereka dah berhubungan sulit selama beberapa tahun.
Wanita tersebut pada awalnya percaya bahawa lelaki tersebut adalah seorang yang berharta. Ada kereta besar. Kiranya sebelum ini, pernah senyap-senyap keluar date dengan kereta tersebut. Pernah dibelikan hadiah Iphone 11.
Dia pula ketika itu seorang pelajar universiti sahaja. Tak ada pendapatan. Bila dia dapat lelaki yang kononnya kaya itu, dia rasakan ada orang yang boleh tanggung dirinya.
Bila sudah berkahwin baru tahu, rupanya lelaki tersebut tidak ada pekerjaan tetap, sebaliknya isterinya yang memiliki harta-harta termasuk kereta mewah sebelum ini.
Isteri pertama pun sudah dapat tahu tentang perbuatan curang suaminya serta tahu tentang pernikahan ini. Dan isteri tersebut telah memfailkan perceraian.
Patutlah bila lepas kahwin, dia tak mahu sahkan di Mahkamah, rupanya baru tahu, suaminya itu tidak mampu. Nafkah untuk dirinya pun terabai. Sampaikan dia terpaksa pula kini, menanggung kandungan anak yang bakal dilahirkan tanpa nafkah yang cukup.
Ads
Rumah pun hanya duduk di rumah ibu bapa sendiri sahaja. Baru tahu juga, rupanya suaminya seorang panas baran. Tak cukup dengan itu, dari sehari ke sehari, datang saman baru kepada suaminya dimana bekas isteri menuntut nafkah anak, nafkah eddah, nafkah tertunggak dan mutaah.
Dia akhirnya tak tahan. Rupanya, kemewahan tersebut hanya wayang dan tumpangan milik orang lain. Bukan pula harta sepencarian, sebab bekas isteri yang telah beli segalanya.
Akhirnya, wanita ini menyesal dan minta kisah ini disampaikan kepada wanita-wanita lain agar menjadi pedoman kepada mereka. Jangan kahwin semata-mata janji manis dan muka hensem sahaja.
Selidik betul-betul latar belakang bakal pasangan. Kalau sanggup bermadu sekalipun, buat cara yang betul. Ramai lagi lelaki ‘single’ di luar sana.
Sumber: Fahmi Ramli (Peguam Syarie Perundangan Islam di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, KL, Selangor)
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lepas bersalin, jangan terlalu taksub untuk berdiet. Sanggup tidak ambil makanan yang betul, sedangkan anda menyusu badan. Jangan terlalu memikirkan diri sendiri, sedangkan bayi anda memerlukan makanan yang berkhasiat daripada susu ibu untuk dia membesar.
Kenapa perlu takut, bila berat badan tidak turun semasa dalam pantang. Sebenarnya, boleh sahaja anda berdiet tetapi kenalah dengan cara yang betul. Beberapa saranan yang diberikan oleh Alina Ita Azhar, Pakar Pemakanan untuk anda yang baru melahirkan anda dan ingin berdiet.
Diet Untuk Ibu Baru Bersalin, Sesuai Tak?
Memulakan diet atau ‘makan bersukat’ terlalu cepat selepas bersalin tidak digalakkan kerana ia boleh melambatkan pemulihan dan menyebabkan badan terasa lebih letih. Lagi pun, ibu menyusu, berdiet akan menjejaskan bekalan dan kualiti susu dari segi kandungan zat.
Perlu tahu, berat badan ibu sudah pun berkurangan apabila kelahiran bayi, termasuk berat bayi, uri atau plasenta serta kehilangan cecair amnion dan darah. Dalam jangka masa seminggu selepas bersalin atau pospartum, badan akan kehilangan cecair yang ada dalam badan.
Cara Betul Untuk Diet
Elakkan berdiet terlalu drastik. Fokus kepada makanan berserat tinggi yang boleh membekalkan vitamin, garam galian dan memberi kekenyangan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh. Keperluan kalori ibu menyusu lebih tinggi kerana lebih kurang 500 kalori digunakan untuk menghasilkan susu (Recommended Nutrient Intakes of Malaysia 2005). Oleh itu, makan hidangan yang kecil tetapi secara kerap dan makan snek yang sihat antara waktu makan utama.
Pilih makanan yang padat-nutrien (nutrient-dense) seperti susu dan produk tenusu, daging ayam dan ikan dan kekacang.
Minum segelas air setiap kali menyusukan bayi. Ini kerana, keperluan cecair dalam badan bertambah apabila menyusu. Oleh itu, minum air secukupnya sebanyak 8 hingga 10 gelas sehari.
Bila Boleh Diet Selepas Bersalin
Pada tempoh 6 bulan pertama, seseorang ibu dinasihatkan supaya tidak mengurangkan berat badan secara mendadak kerana tempoh ini penting untuk menggalakkan menyusu secara eksklusif.
Elakkan Perkara Ini Semasa Berdiet
Jangan melangkau waktu makan dan tidak menepati masa. Ini menggalakkan pengambilan makanan secara berlebihan pada waktu makan seterusnya dan menambahkan rasa lapar dan penat.
Hadkan pengambilan makanan yang tiada nilai zat.
Makanan yang padat-kalori (calorie-dense) secara lazimnya mengandungi gula dan lemak tepu yang tinggi. Pilih makanan yang rendah lemak dan tanpa gula tambahan serta buah-buahan segar dan makanan tinggi serat sebagai snek.
Kawal minuman berkafein kerana ia boleh beralih ke dalam susu ibu dari salur darah dan seterusnya ke bayi dan menyebabkan bayi resah dan tidur terganggu, Hadkan sebanyak dua hingga tiga cawan sehari adalah selamat tanpa menyebabkan perubahan kelakuan bayi.
Elak ambil suplemen herba dan tradisional seperti ginseng, teh herba atau ‘pelangsing’ dalam tempoh menyusu.
Tip Untuk Mulakan Diet
Menyusu, menyusu, dan menyusu
Menyusu memudahkan proses penurunan berat badan disebabkan penggunaan kalori sewaktu aktiviti menyusu itu sendiri.
Jenis makanan yang dipilih dapat membantu dan mendorong pengurangan berat badan secara berkesan.
Mulakan penurunan berat badan secara aktif selepas tamat tempoh menyusu. Gabungkan senaman aerobik yang ringan seperti berjalan, berbasikal statik atau berenang dan senaman Kegels untuk mengembalikan ketegangan otot dasar pelvik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Telur Mata Cili Padi Menyentap lauk ringkas sahaja tapi boleh membuatkan makan nasi bertambah tau! Ditambah pula sewaktu berbuka makan dengan nasi panas, fuhh memang sedap sampai menjilat jari.
Keenakan menu ini ditambah dengan proses penyediaan yang mudah kerja mak-mak jadi senang. Balik saja kerja letak beg dah boleh terus masuk dapur, asalkan air tangan mak-mak walau ringkas tapi berebut anak-anak makan.
Telur Mata Cili Padi Menyentap
Mari cuba memasak Telur Mata Cili Padi menggunakan resipi yang Mak Empal Masak Apa Hari Ini? kongsikan.
Bahan-Bahan :
5 biji telur
10 biji cili padi
5 biji cili merah
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
Daun limau
1 biji tomato
Cara Memasak :
1.Telur digoreng terlebih dahulu.
Kisar kasar cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
Selepas cili garing masukkan serai yang telah diketuk bersama daun limau.
Biarkan sambal menjadi garing kemudian letakkan telur mata ke dalam kuali gaulkan. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
Hidangkan di atas pinggan bersama tomato yang telah dihiris. Sedia untuk dimaju buat keluarga tersayang.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seronoknya bila tengok ada perempuan yang bergelar isteri hamil. Terus rasa diri pun ingin mengandung juga. Tapi bila memikirkan tempoh mengandung dan ibu bersalin itu sangat memeritkan, terus niat itu terbatal.
Begitulah, setiap wanita yang mengandungi tidak semua sama. Ada yang sepanjang tempoh mengandung langsung tidak mengalami alahan. Tapi bila ibu bersalin, dugaannya lain pula. Ada juga yang masa mengandung alami alahan yang macam-macam tapi senang pula bersalin.
Cuma apa yang boleh dikatakan, setiap ibu bersalin ada ujian dan cabaran masing-masing. Mungkin ada yang senang dan ada susah. Namun, sepanjang tempoh berpantang itu, mesti ada cabaran yang dilalui oleh setiap ibu.
Inilah yang dikongsikan oleh Insyirah Soleha tentang cabaran yang dilalui oleh seorang isteri semasa berpantang. Setiap isteri yang bersalin ada cabaran tersendiri.
Berpantang adalah PROSES PENYEMBUHAN selepas 9 bulan mengandung. Tempoh inilah isteri kena berpantang dalam keadaan selesa.
Selesa di sini bukan bermaksud mewah tapi fizikal dan emosi terjaga lebih lagi kalau anak sulung banyak perkara baru yang nak kena hadapi.
Cabaran ibu lepas bersalin:
1. Baby kuning, ibu restless ulang alik ke klinik untuk ambil darah baby. PERLU SUPPORT SYSTEM.
2. Bayi berjaga malam, kebiasaannya bayi berjaga malam dan tidur siang. Jadi waktu siang ibu kena tidur bila bayi tidur tapi kalau bayi tidur, ibu nak kena masak, nak kena urus diri sendiri, ibu makin penat dan stres. PERLU SUPPORT SYSTEM.
3. Bengkak susu, ada ibu yang sehingga demam kalau tidak dijaga dengan baik. Ada yang cukup dengan makan panadol untuk melegakan sakit, petua tuam dengan tuala suam – ais untuk redakan bengkak, ada yang berurut dan sebagainya. PERLU SUPPORT SYSTEM.
4. Sakit badan, selepas 9 bulan hamil dengan sakit betis, sakit belakang, sakit segenap inci tubuh, melalui proses bersalin. Wahnan ala wahnin, kelemahan demi kelemahan. Kesusahan demi kesusahan, maka selepas bersalin perlu waktu untuk sembuh. PERLU SUPPORT SYSTEM.
5. Rengat, rahim mengecut semasa bayi menyusu. Setiap kali bayi menyusu, semakin rasa sakit kerana rahim sedang mengecut. Ada ibu sampai menangis kerana tak tahan sakit, bahkan makan ubat tahan sakit tak mengurangkan rasa sakit. PERLU SUPPORT SYSTEM.
6. Ngempeng. Bayi suka melekat dengan ibu dan selesa bila ngempeng.
7. Ada anak lain, sangat perlu untuk menenangkan ibu yang baru bersalin. Selain menjaga emosi ibu, emosi anak yang baru mendapat adik juga terganggu. Cakaplah yang baik dan elakkan mengusik dengan perkataan yang melukakan, mereka kecil tapi ada perasaan.
Hebatnya Allah
1. Cipta para ibu, selepas melihat bayi terus merasa jatuh cinta! Subhanallah.
2. Rahim mengecut bila bayi minum susu ibu.
3. Nngempeng tu proses merangsang penghasilan susu ibu.
Makin lama ibu bonding dengan bayi, ibu akan jadi tenang dan memudahkan kelangsungan proses penyusuan. Kesemua proses ini sangat memerlukan SUPPORT SYSTEM dari sekeliling, tak kisahlah pasangan atau confinement lady atau ibu yang menemani.
Asal sahaja seorang ibu yang baru melahirkan selesa, dibantu untuk mengurus diri dan bayi, ia mengurangkan ibu menghadapi postpartum depression atau meroyan.
Tolong.
Elak membandingkan kondisi ibu lain yang ‘gagah’ berdikari tanpa bantuan dengan isteri yang mohon pertolongan dari pasangan atau orang yang mampu membantu mengharungi proses penyembuhan selepas melalui fasa kehamilan dan bersalin, setiap individu sangat berbeza ujian dan cabarannya.
Rancang kehidupan untuk ambil peperiksaan juga kita bersiap bertahun untuk score dan buat yang terbaik.
Maka, persiapan menyambut anak juga perlu dirancang; fizikal, emosi dan juga kewangan.
“Usah beritahu seorang ibu bahawa dia penat, kerana dia sudah tahu. Beritahu bahawa dia hebat, kerana tak semua ibu merasa dirinya hebat.”
MW: Tahniah buat mak-mak yang hebat. Sakit macam mana sekali pun tak pernah serik.