Kesedihan terasa dan cukup menyayat hati ketika keranda merah jambu dan putih dihiasi dengan emas yang membawa mayat 22 kanak-kanak tidak berdosa yang terkorban dalam insiden tembakan di bandar Uthai Sawan di wilayah timur laut Thailand, kelmarin.
Serangan itu berlaku di luar bandar Uthai Sawan di wilayah timur laut Thailand, Nongbua Lamphu, salah satu wilayah termiskin di negara itu.
Timbalan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, menggenggam tangan dan menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat ketika trak diikuti ambulans yang membawa mayat mangsa lain melalui bandar Na Klang.
Semua rakyat Thailand dan masyarakat seluruh dunia mengetahui mengenai perkara ini serta berasa sangat sedih,” katanya.
Pembunuhan Beramai-Ramai
Menurut polis, berbekalkan senapang patah, pistol dan pisau, suspek dikenali sebagai Panya Khamrab,34 menceroboh masuk dan melepaskan tembakan ke arah pusat jagaan kanak-kanak di timur laut wilayah Nong Bua Lam Phu kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Bekas leftenan kolonel polis berusia 34 tahun itu telah dipecat daripada pasukan tahun lalu kerana menggunakan dadah, tambah Vijitraithaya.
Kanak-kanak yang terkorban berusia seawal usia 2 tahun, dibunuh pada Khamis oleh bekas anggota polis, yang menurut saksi menceroboh masuk ke taska kemudian menembak serta menetak mereka yang berada di dalam.
Kanak-kanak itu dipercayai sedang tidur ketika kejadian.Gambar diambil oleh saksi pertama menunjukkan lantai sekolah dipenuhi dengan mayat kanak-kanak yang berselimut di tempat tidur mereka.
Imej itu menunjukkan tetakan di muka mangsa dan tembakan di kepala hingga berlumuran darah.
Ads
Gagal Kesan Anak Punca Serangan
Jurucakap polis, Paisan Luesomboon berkata, Panya memulakan serangan selepas gagal mengesan anaknya di pusat itu dan ia disahkan saksi kejadian.
Secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 38 individu dibunuh oleh Panya, yang menurut polis diberhentikan daripada tugas tahun lalu kerana menggunakan dadah dan sudah menghadiri perbicaraan mahkamah atas tuduhan narkotik sebelum melakukan serangan itu.
Sekurang-kurangnya 10 orang cedera dan ada mangsa yang parah.
Selepas pulang ke rumah, polis memaklumkan Panya membunuh isteri dan anaknya sebelum menembak dirinya sendiri.
Anggota penyelamat sebelum itu membawa mayat mangsa ke balai polis tempatan dan meletakkannya ke dalam keranda ketika kakitangan perubatan berdiri dan saudara-mara mangsa berkumpul, dengan ada yang mengesat air mata.
Mingguan Wanita: Semoga ahli keluarga yang terlibat diberi kekuatan dan ketabahan di atas kehilangan insan tersayang dalam insiden tragis yang cukup menyayat hati ini. Semoga bersemadi dengan tenang.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya ramai yang berdepan dengan masalah ini susah jumpa urat apabila perlu diambil darah. Sudahlah tak sihat, urat pula tak jumpa-jumpa sebab halus sangat. Kalau tak halus, lelemak pula banyak hingga tak tahu letaknya urat.
Golongan ini sudah tentu trauma setiap kali perlu ke klinik atau hospital dan mereka perlu melalui prosedur mengambil darah. Orang lain sekali jalan dah jumpa urat, kita pula berkali-kali cucuk, tak jumpa-jumpa. Memang traumalah. Dr Khairul Faizie ini berkongsi tip bagaimana mengatasi masalah ini.
Jenuh la jugak nak mencari saluran darah Sipayung ni tadi.
Sipayung datang utk pemeriksaan pekerja asing, Fomema.
Cucuk sekali, gagal.
Sipayung dah menggetap bibir menahan sakit + perasaan takut.
Cucuk kali kedua, Alhamdullilah.
Meluncur laju darah disedut masuk menerusi jarum.
Aku minta maaf pada Sipayung sebab kena cucuk dia 2 kali. Tangan perempuan, biasalah. Lainlah pekerja asing lelaki. Saluran darah kat lengan macam akar kayu melintang. Tutup mata pun boleh sedut darah. Ok aku tipu, belum pernah cuba ambik darah blindfolded
Usai proses ambik darah, Sipayung cakap : " Fuhhh…lega doctor. Dua kali aja. Tahun lepas saya dicucuk 5 kali di sini (tunjuk lengan kanan) dan 5 kali di sini ( tunjuk lengan kiri ). Baru dapat diambil darahnya ".
Tip Supaya Sejarah Tak Berulang
Ini tip untuk korang yang salur darah halus, banyak lelemak di lengan atau ada history payah nak diambil darah:
1. Relaks Ini paling penting. Jangan gelabah tak tentu hala. Perasaan tak relaks atau gelabah anda akan mengecutkan lagi saluran darah. Dah la susah nak cari salur darah, korang pula bergoyang goyang, segala doa jampi serapah baca kuat-kuat. Doktor atau nurse yang mencucuk pun boleh stres tau . Bila stres, faham2 je la… makin susah nak perform.
2. Minum air secukupnya Dehydrated boleh menyukarkan proses ambik darah. Saluran darah akan lebih relax / mudah mengembang jika cukup air.
3. Panaskan badan Jalan-jalan laju / lompat katak or whatever short exercise, before prosedur ambik darah untuk panaskan suhu badan. Bila body panas, aliran darah bertambah & saluran darah akan mengembang. Ini memudahkan proses cari saluran darah. Ataupun tip termudah ialah golekkan botol panas / kain panas dekat lengan ( area nak ambik darah ).
4. Gunakan kuasa graviti Baring dan juntaikan lengan yg nak diambik darah. Buat senaman genggam tangan, buka tangan berulang ulang untuk "pam" darah ke kawasan lengan yang terjuntai tu.
Ataupun, korang putar / pusingkan lengan buat putaran 360 darjah, secara berulang ulang utk memaksa darah masuk ke lengan dan mengembangkan saluran darah di situ.
MW: Semoga perkongsian ini dapat mengatasi masalah anda yang buatkan anda trauma selama ini untuk diambil darah. Apatah lagi mak-mak yang mengandung, hampir setiap bulan diambil darah sepanjang mengandung, mesti trauma kan???
Emosi ibu dalam tempoh berpantang selalu tidak menentu.Rasa lelah ketika melahirkan anak masih terasa keletihannya.Ditambah berhadapan situasi baru untuk menyesuaikan diri menjaga anak yang baru lahir. Emosi yang masih tidak stabil ini pastinya boleh terganggu lebih-lebih lagi jika ada perkara yang menggugat jiwa.
Ramai mengetahui pelakon drama bersiri ‘Hati Perempuan’, Mia Ahmad baru sahaja melahirkan bayi lelaki,Sayf Issa pada 28 September lalu serta masih dalam tempoh berpantang. Namun ada desas desus mengatakan rumahtangga isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi,27 sedang bergolak.
Kongsi Entri Terbaru
Plot cerita ‘drama’ dalam rumah tangga Mia Ahmad dan pemain bola sepak, Mohd Izham Tarmizi Roslan makin hangat apabila pelakon itu berkongsi entri terbaru di Insta Story Instagramnya yang menyentuh mengenai akibat perbuatan berbohong.
Status berbunyi ‘A lie may take care of the present, but it has no future’ (penipuan mungkin boleh menyelamatkan situasi sekarang, namun tiada jaminan masa depan) pantas mencetuskan spekulasi berhubung rumah tangga Mia dan Izham yang sebelum ini dilaporkan ‘diganggu’ pihak ketiga.
Memetik laporan daripada BH Online yang cuba mendapatkan reaksi pelakon Hati Perempuan itu,namun Mia hanya mengulas:
“Apa terjadi selepas ini, saya reda…. Saya tak mampu menjangka lebih jauh.”
Kelmarin, Mia ada berkongsi entri di laman sosial yang antara lain membawa maksud “Allah meletakkan seseorang dalam hidup ini bersebab dan menyingkirkannya untuk alasan yang lebih baik” menyebabkan nama Mia dan hubungan perkahwinannya hangat diperkatakan.
Tidak cukup itu, tindakan Mia memadamkan semua foto suami tersayang yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) memberi bayangan seolah-olah rumah tangga mereka bagaikan ‘telur di hujung tanduk’.
Masih Berpantang & Emosi Jadi Tidak Stabil
Mengulas perkara itu, Mia dilaporkan berkata, tindakannya itu berlandaskan alasan kukuh.
“Saya buat ini semua bukan kerana mahu meraih perhatian. Saya buat kerana tercabar dengan suami dan orang di sekeliling.
“Ditambah dengan keadaan saya yang masih berpantang, emosi saya jadi tak stabil. Jadi, orang luar nak hukum itu atau ini… Terpulanglah.
“Selama ini, saya terbuka berkongsi hal peribadi termasuk kehidupan. Tak semua indah, pasti ada turun naik. Mungkin juga semua ini bahagian dan ujian dalam hidup saya,” katanya.
Cubaan Memporak Peranda Rumahtangga
Sementara itu, Izham dilaporkan mendakwa apa yang berlaku ada kaitan dengan cubaan sepasang kekasih yang dikatakan mahu memporak-perandakan rumah tangga mereka.
“Perkara ini terjadi sejak tiga minggu lalu. Saya kurang pasti apa motif mereka. Malah, lelaki terbabit seolah-olah mahu cakap saya ada hubungan dengan kekasihnya.
“Malah lelaki berkenaan menghubungi Mia memaklumkan saya ada hubungan dengan teman wanitanya,” dakwanya yang tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap pasangan itu.
Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi,30 dan Izham, 27, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak, selepas setahun berkenalan.
Mingguan Wanita mendoakan yang terbaik buat rumahtangga pasangan ini.Semoga perkahwinan ini masih dapat diselamatkan dan menemui jalan penyelesaiannya. Emosi ibu yang dalam berpantang selalunya masih dalam tidak stabil, sokongan suami dan orang sekeliling amatlah penting sepanjang tempoh ini.
Tahniah diberi penghormatan, wajah berhijab Siti Nurhaliza di papan iklan digital New York Times Square. Tahniah sekali lagi diucapkan buat penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila diberi penghargaan apabila wajahnya dipaparkan di papan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.
Untuk pengetahuan Siti Nurhaliza menjadi warga Malaysia kelima menghiasi papan iklan digital di Times Square selepas Yuna, Layla Sania, kumpulan DOLLA dan Iman Troye.
Tahniah Diberi Penghormatan
Menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagramnya, Siti meluahkan rasa gembira dan bersyukur. Penampilannya mewakili negara sejajar bersempena kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.
Penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis itu menyertai arena muzik pada 1995, malah namanya bukan sahaja sudah dikenali di tanah airnya sendiri tetapi juga di negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan beberapa bahagian lain di dunia.
“Bersyukur saya dapat berita hari ini kerana diberi penghormatan apabila wajah saya dipaparkan di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.
“Penampilan saya mewakili negara Malaysia pada papan iklan ini adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.
“EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia,” katanya.
Tambah Siti, terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara. Siti juga turut wakili lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.
Selayaknya Mendapat Penghormatan
Ibu kepada dua cahaya mata itu sudah meraih ratusan anugerah tempatan dan antarabangsa, aneka konsert mega termasuk persembahan gah di Royal Albert Hall di London, Siti Nurhaliza sememangnya layak menerima penghormatan itu.
Malah hingga kini namanya masih gah dan dihormati peminat di Malaysia dan negara jiran.
“Alhamdulillah, Anugerah Terindah” Netizen
Menerusi perkongsian di ruangan komen, warganet ucapkan kesyukuran dan tahniah buat Siti Nurhaliza.