Baru-baru ini, ramai yang menyahut cabaran #10yearschallege di media sosial, baik di laman Instagram, Facebook, twitter dan sebagainya. Ramai yang teruja berkongsi gambar perubahan pada diri daripada segi saiz tubuh badan, bentuk raut wajah dalam tempoh 10 tahun.
Data Perisian Pengecaman Wajah
Sebenarnya, tujuan cabaran popular ‘10 Year Challenge’ dipercayai dicipta untuk mengumpulkan sejumlah besar data bagi perisian pengecaman wajah pada masa hadapan, demikian menurut seorang penulis teknologi seperti laporan portal berita CTV News kelmarin.
Ads
Cabaran tersebut melonjak popular dan menjadi trending tidak lama selepas 1 Januari lalu. Ia meminta pengguna media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter memuat naik gambar sebelah menyebelah, menunjukkan wajah mereka sekarang berbanding 10 tahun lalu.
Trend tersebut menjadi ikutan berjuta-juta orang termasuk selebriti Amerika Syarikat seperti Reese Witherspoon dan Jennifer Lopez. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut memuat naik gambarnya dan berseloroh bagaimana rambutnya makin beruban dalam tempoh 10 tahun.
Ads
Tidak Undang Bahaya
Walaupun cabaran itu kelihatan tidak mengundang bahaya, penulis teknologi dan penasihat Fortune 500, Kate O’Neill menyatakan dalam komennya di Twitter kelmarin bahawa 10 Year Challenge mungkin diwujudkan bagi melatih algoritma kecerdasan buatan (AI) mengecam wajah dan proses penuaan manusia.
“Anda mahukan pangkalan data yang luas dan menyeluruh serta sarat dengan gambar orang ramai. Ia juga banyak membantu jika imej tersebut adalah dalam selang masa tertentu seperti 10 tahun,”
Ads
“Tidak perlu panik atau bimbang. Ia cuma perlu lebih beringat dan berhati-hati bagaimana data berpontensi boleh digunakan,” katanya
Jelas Kate O’Neill lagi, data yang dikumpul boleh digunakan oleh perisian pengecaman wajah yang seringkali digunakan dalam industri pengiklanan.Dia turut menasihatkan agar lebih selektif dengan apa yang dikongsikan, tidak kiralah dalam apa juga media sosial.
MW: Mungkin juga alasan ini ada benarnya.Setiap satu cabaran yang dicipta pasti ada tujuan tertentu.Bukan saja-saja.Apa yang penting kita lebih bijak memilih, serta tidak membahayakan keselamatan diri dan sebagainya.
Allahuakbar! Mama minta maaf tak jaga Fayyad baik-baik.” Mamanya tidak sangka jumpa anak yang hilang sudah tak bernyawa.
Anak yang hilang kita sudah ditemui, namun anak istimewa ini sudah tidak bernyawa. Semoga ibunya dan keluarga tabah menghadapi kenyataan ini.
Tidak Sangka Jumpa Anak Sudah Tak Bernyawa
Ibu kepada Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid, kanak-kanak autisme yang ditemui lemas dalam sebuah lombong di sini pada Selasa tidak dapat menahan pilu dan meratap hiba di sisi jasad anaknya itu.
Nur Shamimi Abdul Malek 27, dilihat berulang kali meluahkan rasa tidak percaya anaknya itu sudah tiada sambil menzahirkan ucapan maaf.
Kawasan lombong, lokasi Fayyadh ditemui.
“Minta Maaf Tak Jaga Fayyadh Baik-Baik.”
“Mama minta maaf sebab tak jaga Fayyadh baik-baik,” katanya sambil mengusap jasad anaknya.
Ketika ditemui, Nur Shamimi berkata, mereka sekeluarga sama sekali tidak menyangka arwah akan mendekati lombong berkenaan kerana kawasan itu telah berpagar.
Katanya, pada kebiasaan, anak kedua daripada lima beradik itu hanya bermain di taman permainan yang terletak kira-kira 80 meter dari rumah mereka di Taman Kinta Baru, Gopeng, sambil ditemani adik-beradik yang lain.
“Kalau keluar je dari pagar rumah ini, memang ke taman permainanlah dia akan pergi, melompat sambil bermain papan gelongsor.
“Walaupun lombong berada dekat dengan taman permainan ini, dia dan anak-anak saya yang lain tak pernah pergi atau merayau di situ.
“Saya sama sekali tak menjangka dia akan ditemui di situ dalam keadaan tidak bernyawa kerana firasat saya mengatakan anak saya hanya ke taman permainan sahaja,” katanya.
Malah menurut Nur Shamimi lagi, kehilangan Muhammad Fayyadh disedari sekitar jam 6.30 petang ketika dia selesai mandi dan melihat pintu serta pagar rumah yang dibiarkan dalam keadaan tidak bertutup.
Katanya, anaknya yang mempunyai masalah hyper aktif, kurang pendengaran dan tidak boleh bercakap, memang pantang jika pintu atau pagar tidak berkunci kerana akan berlari keluar rumah.
“Bila saya nampak pintu terbuka dan Fayyadh tiada di ruang tamu, saya cepat-cepat minta anak sulung berusia 7 tahun cari di taman permainan itu, tetapi dia tiada di situ.
“Kami mencarinya sehingga jam 4.30 pagi termasuklah di kawasan lombong itu, tetapi tidak menemui apa-apa petunjuk sehinggalah pagi ini dimaklumkan anak saya sudah ditemui, tetapi dalam keadaan tidak lagi bernyawa,” katanya pilu.
Nur Shamimi tidak mampu menahan perasaan pilu kala anaknya telah ditemui.
Anak Yang Paling Manja
Nur Shamimi berkata, dirinya reda dengan pemergian arwah dan mengakui akan merindui keletah manja anaknya itu nanti.
“Memang dialah yang paling manja, bila nak tidur dia akan cari dan pegang kaki saya, baru dia akan tidur. Samalah keadaannya setiap kali bangun tidur, dia akan cari dan peluk saya dulu, baru buat benda lain,” katanya.
Jasad Muhammad Fayyadh yang dilaporkan hilang dari rumah sejak petang Isnin ditemui dalam keadaan terapung di tepi sebuah lombong milik persendirian oleh pasukan operasi mencari dari Balai Polis Gopeng pada jam 9.45 pagi
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim mengesahkan tiada tanda berlakunya unsur jenayah ketika pemeriksaan awal pada fizikal mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mingguan Wanita : Kehilangan anak bukan sesuatu yang mudah untuk ditelan, apatah lagi dia pergi secara tiba-tiba begini. Semoga ibunya terus kuat untuk meneruskan hidup. Al-Fatihah.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Kanak-kanak 5 tahun tertinggal dalam kereta, ibu terlupa selepas ambil anak dari taska. Sudah tertulis takdir anak syurga ini, tidak lambat sesaat, tidak juga cepat seminit.
Seorang kanak-kanak perempuan, berusia 5 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kenderaan di kawasan parking pintu belakang Hospital Shah Alam semalam.
Kanak-Kanak 5 Tahun Tertinggal Dalam Kereta
Hasil siasatan polis mendapati mangsa telah ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja didalam kenderaan jenis Axia selepas ibunya mengambil mangsa dari sebuah taska yang berdekatan dengan tempat kejadian. Semasa ditinggalkan mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan.
Setelah dihubungi oleh suaminya barulah ibu mangsa menyedari kejadian tersebut. Mangsa kemudian telah dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dijalankan.
Ibu Terlupa Selepas Ambil Anak Dari Taska
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian ini pada 30 Januari 2024 jam 8.01 malam daripada seorang lelaki india yang bekerja sebagai seorang Pegawai Perubatan Hospital Shah Alam Selangor.
“Post-mortem telah dijalankan pada 31 Januari 2024 jam 2.00 petang berkeputusan pending laboratory investigations. Pemeriksaan keatas mangsa juga dapati tiada mempunyai sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman.
“Siasatan dijalankan dibawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan jika disabitkan kesalahan boleh di denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
Dalam pada itu, ACP Mohd Iqbal turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa mengambil anak-anak semasa pulang dari sekolah atau taska terutamanya yang masih kecil supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Jelasnya lagi, mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini bolehlah menghubungi Insp Syer Aidid di talian 013-6544996.
Suka Dengar Nasihat Mak Jenny Ni! Jangan Lupa Solat & Buat & Buat Baiklah Dengan Mak Ayah
Allahu suka dengar nasihat Mak Jenny! Memang sangat bermakna buat anak-anak di luar sana. Jangan lupa solat dan ingatlah berbuat baiklah pada ibu bapa insyaAllah hidup akan diberkati Allah SWT.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menguatkan lagi dirinya tidak lagi mengenakan hijab, pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal tampil dengan gaya tidak memakai hijab ketika muncul dalam program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022.
Memetik laporan Berita Harian Online, Elyana akui dirinya lebih selesa tidak mengulas soal hijab.
“Saya mengambil keputusan tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka tak menginginkan penjelasan.
“Bila saya menjelaskannya, macam-macam versi cerita tidak masuk akal akan keluar.
“Demi menjaga jiwa dan persekitaran, saya ambil keputusan tidak menerangkan apa-apa kepada mereka yang tidak mahu memahami saya.
“Ini adalah proses kehidupan. Cuma, apa yang saya boleh katakan, saya impikan kehidupan lebih baik, setiap hari,” ungkapnya.
“Baik Buruk Biarlah Saya Sendiri Yang Menanggungnya”
Elyana juga berkata, dia tidak menghiraukan pandangan dan pendapat orang ramai kerana apa yang dilakukan biarlah dirinya yang menanggung sendiri.
“Dahulu, saya sangat mementingkan jiwa dan hati orang. Sekarang, saya akan melakukan apa yang saya rasa terfikir nak buat. Baik buruk biarlah saya sendiri yang menanggungnya.
“Jika boleh terima, Alhamdulillah. Kalau tak boleh terima, tak mengapa kerana saya tidak ada apa-apa masalah, tetapi, inilah diri saya,” sambung Elyana yang turut berterima kasih untuk mereka yang mendoakannya selama ini.
Mingguan Wanita: Semoga semuanya baik-baik saja dalam kehidupan Elyana sekeluarga.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...