Menu Nak Kurus Untuk Tempoh Lima Hari Sebelum Raya. Boleh Cuba!

Share

Menu nak kurus, maklum sahaja nak pakai baju cantik-cantik hari rayakan. Walaupun beraya dalam PKPB dan tak dapat nak balik kampung, sekurang-kurangnya dapatlah bergaya dengan anak beranak.

Menu nie termasuk sahur, berbuka dan moreh sekali. Masih berbaki dalam tiga empat hari nie, apa kata try menu ini. Manalah tahu boleh bantu untuk kuruskan.

SELASA

Sahur
6 sudu besar oat (150kcal) + 1 sudu besar kismis (60kcal) + kacang badam (20kcal) + 2 sudu besar susu rendah lemak (65kcal) – dicampur menjadi muesli
1 biji pisang (80kcal)

Berbuka
1 ketul tepung pelita (101kcal)
1 gelas air buah epal (120kcal)

Makan Selepas Maghrib
1 hidangan spaghetti alio olio + ikan salmon grill + salad (350kcal)
2 gelas air perahan lemon kurang gula (60kcal)

Moreh
2 keping tauhu sumbat + sos (110kcal)
Cappuccino panas dengan 2 sudu besar susu rendah lemak (63kcal) tanpa gula

RABU

Sahur
1 cawan nasi beras perang (140kcal) + ikan selar masak pindang + bendi + tomato (150 kcal)
1 gelas air pink guava (100kcal)
1 gelas air kosong

Berbuka
1 gelas air buah oren (120kcal) + 1 ketul popia basah (74 kcal)
Atau 1 ketul popia goreng (114kcal)

Makan Selepas Maghrib
Kue tiaw sup daging ala cina (300kcal) + 2 ketul wantan goreng (100kcal)
1 gelas air barli tanpa gula ( 30kcal)
1 gelas air kosong

Moreh
2 keping roti jala (40kcal) + kuah kari (70kcal)
Minuman coklat panas (250kcal)

KHAMIS
Sahur
1 cawan nasi goreng cina + 2 biji kurma (60kcal)
2 gelas air kosong

Berbuka
1 gelas air buah mangga (130kcal)
1 biji kuih koci (100kcal)

Makan Selepas Maghrib
1 cawan nasi beras putih (150kcal) + ikan siakap stim halia (150kcal) + kailan goring (120kcal)
1 gelas air limau nipis tanpa gula
1 gelas air kosong

Moreh
3 keping biskut oat (105kcal)
Susu rendah lemak (125kcal)

JUMAAT
Sahur
1 gelas susu rendah lemak (125kcal) + 60g bijirin sarapan pagi (75kcal)
1 buah pir hijau (70kcal)
1 gelas air kosong

Berbuka
½ mangkuk lai chee kang (150kcal)
2 biji kuih cara berlauk (80kcal)

Makan Selepas Maghrib
Nasi ayam penyet (400kcal) + kangkung bercili (110kcal)
1 gelas air teh bunga tanpa gula
1 gelas air kosong

Moreh
Sandwich tuna
2 keping roti gandum penuh + tuna + marjerin nipis + salad/tomato/timun (280kcal)
Air teh hijau tanpa gula

SABTU
Sahur
1 cawan nasi putih (155kcal) + 1 ketul ayam goreng (200kcal) + sup sayur campur (50kcal)
1 biji buah lai kuning (60kcal)
2 gelas air kosong

Berbuka
1 gelas air belimbing (120kcal)
½ mangkuk bubur kacang hijau (150kcal)

Makan Selepas Maghrib
Laksa Penang
1 cawan laksa (130kcal) , 1 biji telur rebus (65kcal), salad dan timun hiris (10kcal), kuah laksa (100kcal)
1 gelas air cincau (120kcal)
1 gelas air kosong

Moreh
1 senduk mee goring + timun (150kcal)
Kopi panas + 1 sudu teh gula. (30kcal)

Info:
Jangan lupa banyakkan ambil air sekurang-kurangnya 2 gelas air (500ml) untuk setiap waktu makan.
Berbuka dengan 2 biji kurma akan membekalkan tenaga yang cepat. Buah atau air buah segar membantu memberi vitamin dan mineral. Berhati-hati bagi pesakit diabetes.
Pilihan kuih apam, cara berlauk, pulut panggang dan popia basah adalah lebih sihat. Namun, sekiranya masih teringin untuk mengambil kuih-muih, kawal kuantiti atau kongsi dengan keluarga.

Pakar Dietetik: SITI NURHAYATI ALI, pakar pemakanan di sebuah hospital swasta.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Nora