Hujung minggu ni ada yang rancang nak buat majlis makan-makan, sempena sanak saudara berkumpul. Empat resipi ini pastinya menjadi penyelamat untuk anda sediakan. Enak, lazat dan lain dari lain. Jangan lupa cuba ya.Terima kasih Chef Zainal Abd Rahman dari Restoran Tanjung Puteri, Sri Hartamas atas perkongsian resipi menyelerakan ini.Menu Minum Petang Johor Style
MEE ROJAK TANJUNG PUTERI
Bahan-bahan :
• Sekilo mee kuning dicelur dengan air panas
• 5 biji telur rebus
• Sedikit kacang kisar
Bahan cucur :
• Secawan tepung gandum
• Sedikit taugeh
• Sebiji bawang merah dihiris
• Sedikit garam
• 2 cawan air
Bahan kuah rojak :
• 2 gelas kicap manis
• 5 senduk cili kisar
• 50gm belacan dikisar bersama air
• 500 gm gula merah
• 1kg gula pasir
• 100 gm tepung jagung larutkan dengan sedikit air
• Sedikit garam
• 500cc air
Cara Membuat Kuah Rojak :
1. Masak kicap bersama gula merah, cili kisar, belacan dan garam hingga mendidih.
2. Masukkan bancuhan tepung jagung, masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan gula, kacau seketika adunan. Pastikan api sederhana. Setelah kuah masak sempurna, tutup api.
Cara Membuat Cucur :
Campurkan kesemua adunan seperti di atas. Panaskan minyak di dalam kuali, sudukan bancuhan tadi ke dalam kuali. Ulang langkah sama sehingga bancuhan cucur tadi habis. Goreng dengan api sederhana. Angkat cucur dan ketepikan.
Cara Menghidangkan :
1. Celurkan mee hingga lembut,angkat dan toskan. Sebaik ia sejuk letakkan ke dalam pinggan bersesuaian.
2. Potong cucur kepada saiz kecil.Tuangkan kuah rojak ke atasnya.
3. Taburkan kacang kisar bersama taugeh dan timun yang telah disagat. Bagi menambahkan lagi keenakan mee rojak, jangan lupa tambah hirisan telur rebus.

Menu Minum Petang Johor Style

LAKSA JOHOR

Bahan-bahan utama :
• Sebungkus spaghetti direbus dan ditoskan
• Ulam-ulaman :
1. Timun *dihiris
2. daun kesum *dihiris
3. daun selaseh *dihiris
4. lobak masin *dicincang halus
5. limau kasturi *dipotong dua
6. sambal belacan
Bahan-bahan kuah :
• 150 gm ikan tenggeri
• 150 gm ikan parang
• 150 gm ikan mata besar *Rebuskan ikan-ikan ini kemudian dikisar dengan menggunakan air rebusan yang sama.
• 2 sudu rempah laksa
• 2 sudu cili kisar
• 2inci halia *dikisar
• 2inci lengkuas *dikisar
• 6 batang serai *dikisar
• Sesenduk bawang merah *dikisar
• 1/2 senduk bawang putih *dikisar
• 1 liter santan
• 100gm kerisik
• Minyak untuk menumis

Cara Membuat :
1. Panaskan minyak di dalam kemudian, seterusnya tumis rempah dan semua bahan kisar. Setelah garing masukkan isi ikan dikisar serta santan. Biar kuah mendidih.
2. Langkah berikutnya, masukkan santan, garam dan kerisik didih hingga kuah masak.
Cara Hidangkan :
Masukkan spaghetti berserta kuah dan juga sambal belacan dan ulam-ulaman ke dalam mangkuk bersesuaian. Jangan lupa tambahkan hirisan limau kasturi, hirisan lobak masin bagi melengkapkan laksa johor anda.

Ads

Menu Minum Petang Johor Style
MURTABAK JOHOR (MURTABAK DAGING)

Bahan-bahan utama :
• 5 biji telur
• 500gm bawang cincang

Bahan doh :
• 500 gm tepung gandum
• 50 gm margerin
• 300 cc air
• Sedikit garam
*Uli semua bahan hingga menjadi doh kecil 60gm

Ads

Bahan inti :
• 500 gm daging kisar
• 2 sudu rempah kari
• Sedikit bawang merah, bawang putih dan dikisar halus
• Garam secukup rasa
• Minyak untuk menumis

Cara Membuat Inti :
Panaskan minyak, tumis rempah kari dan bawang putih dan bawang merah yang dikisar. Kemudian masukkan daging serta garam dan goreng hingga kering.

Ads

Cara menyediakan kulit murtabak :
1. Tebar doh hingga nipis dan bentukkan empat segi (10 inci X 10 inci) dan canaikan sebagai tulang tengah murtabak.
2. Ambil satu lagi doh tebar dan taburkan bawang cincang serta daging dan dua biji telur yang dipecahkan.
3. Lapiskan tulang murtabak diulangi lapis dengan bawang, daging dan telur dan bungkus doh dgn rapi.
4. Masak murtabak di atas kuali leper dengan sedikit minyak dan api sederhana. Siap untuk dinikmati.

Menu Minum Petang Johor Style
MURTABAK UDANG KERING

Bahan-bahan utama :
• 5 biji telur
• 500gm bawang cincang
• 100 gm udang kering kisar
Bahan doh :
• 500 gm tepung gandum
• 50 gm margerin
• 300 cc air
• Sedikit garam *Uli semua bahan hingga menjadi doh kecil 60gm.

Cara Membuat :
1. Tebar doh hingga nipis dan bentukkan empat segi (10 inci X 10 inci) dan canaikan sebagai tulang tengah murtabak.
2. Ambil satu lagi doh tebar dan taburkan bawang cincang serta udang kering dan dua biji telur yang dipecahkan.
3. Lapiskan tulang murtabak diulangi lapis dengan bawang, daging dan telur dan bungkus doh dgn rapi.
4. Masak murtabak di atas kuali leper dengan sedikit minyak dan api sederhana. Siap untuk dinikmati.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI