Menu Meratah ‘Kerabu Perut Muda Pucuk Paku Taugeh’, Sangat SEDAP Mudah Buat!

Share

Bagi peminat menu kerabu, Kerabu Perut Muda Pucuk Paku Taugeh ini wajib dicuba. Memang sangat sedap nak mudah dibuat. Ratah begitu sahaja pun boleh habis sepinggan. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Kebanyakkan biasa ada di dapur.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Ctie Zubaidah
ini sebagai panduan.

Menu meratah hari nie. Kerabu perut pucuk paku taugeh.

Bahan-Bahan:

Perut Muda (direbus)
Pucuk paku (dicelur)
Taugeh (dicelur)
Air limau
Bawang besar dihiris

Bahan Kisar:

10 biji cili padi
5 batang serai
2 biji bawang besar
1 inci halia
Lengkuas (saya tak letak)
Santan
Kerisik
Belacan
Garam
Perasa

Cara Membuat:

1. Kisar halus cili padi, serai, bawang besar, halia, lengkuas.
2. Masukkan santan, kerisik, belacan, garam dan perasa. Kacau sebati semuanya.
3. Kemudian, curahkan atas perut muda, pucuk paku, taugeh. Perahkan dengan air limau dan masukkan hirisan bawang merah.

4. Kacau rata, sedia untuk dimakan.

Siap! Selamat Mencuba.

Mesti Baca:KERABU Pucuk Paku Tauge Dengan Kerang, Ratah Saja Pun Boleh Habis Sebesen!
Baca Lagi Di Sini:KERABU KAKI AYAM Lebih Sedap, Kena Letak Gula Kabung Thailand!
Artikel Menarik:Rebus PERUT Campurkan Bahan Ni, Boleh Hilangkan Bau Hanyir!

Mingguan Wanita: Sedapnya kerabu perut pucuk paku taugeh ni. Ratah begitu sahaja pun dah sedap. Nak buat pun mudah. Boleh cuba nanti.

Sumber: Ctie Zubaidah

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab