Ibu ini berkongsi menu berpantang bersalin yang buatkannya berjaya turun berat sehingga 11 kg dalam tempoh 40 hari selepas melahirkan. Dan dia tak ambil pun pil jamu sepanjang tempoh itu.
Kongsi ibu anak lima, Maryam Salleh ini, dua minggu selepas bersalin dua cuma makan hidangan yang dibakar dan jenis sup. Selepas tempoh itulah baru dia makan, makanan yang bergoreng.
Mak-mak bersalin yang sedang cari inspirasi langsing itu, boleh cuba tengok contoh hidangan yang dimakan dalam tempoh berpantang ibu ini.
Hari ini genaplah 40 hari bersalin. Masa memang cepat berlalu tanpa kita sedar. Masih teringat masak bubur kacang hijo yang tak sempat makan tuari gara-gara turun lendir darah terus pegi spital.
“Sepanjang tempoh berpantang sempatlah juga saya snap gambar makanan sekeping dua sebelom makan.”
Dua minggu lepas bersalin hari-hari makan ikan/daging/ayam yang di bakar atau di buat sup. Masuk minggu ketiga dah mula jamah ayam goreng.
Bahan asas masakan pantang cuma :
– bawang putih
– garam
– kunyit
– lada hitam
– halia
IKAN yang di makan ialah:
– ikan Selar
– ikan cencaru
– ikan Salmon
– ikan tenggiri
– ikan kering ( sekali dua sahaja)
DAGING pula di masak secara bakar, sup dan goreng.
MENU AYAM pula di masak secara bakar/grill cuma perapan sahaja berbeza contohnya perapan:
– cajun
– paprika
– teriyaki
– kunyit
– black pepper
BUAH yang di makan:
– anggur
– oren
– Epal
SAYUR pula :
– sawi
– carrot
– brokoli
– salad
MINUMAN pula yang di minum:
– milo ‘o’panas
– susu kambing
– air sepang kederang + manjakani
– air akar kayu ( Ubat periuk)
– air masak
BISKUT yang di makan ialah cream cracker.
KUDAPAN pula cuma kurma & kismis.
Setakat ini berat badan turun dalam 11kg selepas bersalin. Alhamdulillah, tiada sebarang pil jamu di ambil dalam tempoh berpantang ini.
Portion makan #sukusukuseparuh ini akan di teruskan demi kesihatan diri sendiri. InsyAllah.
Sumber/Foto : Maryam Salleh, semoga ini adalah pantang bersalin yang terakhir.