Setiap menantu tentunya mahukan mentua yang baik dan memahami, bukannya dicemuh. Ada juga mentua mulut laser dan tak jaga mulut. Segala yang menantu buat tak betul di matanya.
Bila rasa diri menantu tak betul, mulalah jaja aib dan bandingkan dengan anak menantu yang lain. Susah juga kalau mentua mulut laser dan mulut jahat. Inilah yang boleh buat menantu benci.
Walau bagaimana pun tak semua mentua bersikap demikian. Ada juga mentua yang memihak pada menantu. Janganlah diusik menantu sebab dia tahu perangai anak lelakinya.
Sedihnya, kalau mentua mulut laser, suami langsung tidak memahami, malah nak menangkan maknya. Inilah buat menantu makan hati.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mentua, Hargailah Menantu, Hanya Dia Tahu Kekurangan & Kelebihan Suaminya!
Mentua Tinggal Dengan Menantu Perempuan, MULUT KENA JAGA, Barulah Menantu Tak Benci, Marah
Info Lebih Menarik DI SINI
Aku baca ni macam speechless
kalau lah mak mentua aku macam tu
tak tau lah nak react macam mana
Aku ada 2 mak mertua
mak papajul , mak paez
special kan ?
Tu lah mak mentua aku dua-dua baik
Jenis menangkan menantu
Kalau mengadu pun senang
“Makkkkk tengok paez mak dia nk beli kereta baru “
“Makkk tengok paez dia nak berhenti kerja“
Terus mak paez berleter sampai lusa…
HAHAHAHA makkkkk paez kaler rambut !
Paez : You nak mak botak kepala I ke?
HAHAHAHA lawak laaa bila ingat balik
Wlaupun aku menantu hantu, mak baik saja.
Jadi, aku tak tahu la nk hadap macam msns kalau mentua aku jenis laser, jenis mulut berapi.
Itu tak kena, ini tak kena
Syukur lah , mentua baik pun rezeki
Tapi aku fikir secara logik
KALAU PUN
mak mentua berapi cili
tapi, kalau suami sentiasa ada pada side kita
Insya Allah ok kot kan ?
Ada tempat untuk kita luah dan sabar.
Kalau jenis suami menangkan si mak
Entahlah, mungkin lagi susah.
Luah mati mak, telan mati pak
Tapi kan..
Mak, dia memang anak mak tapi dia suami saya.
Nafkah dan kebajikan saya sebagai isteri nombor 1
Mingguan Wanita : Mak mentua pun macam mak sendiri juga.
Sumber: Nurul Diana
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita