Menjelang Ramadan, Kosong Lapangkan Rumah, Fokus Pada BARANG Perlu Saja

Share

Esok, insyaAllah Ramadan akan bermula. Sebelum bermulanya berpuasa wajib bagi umat Islam ini, apa kata mak ayah semak dahulu 5 perkara ini menjelang Ramadan. Salah satunya, lapangkan rumah, sisih barang tak perlu. Fokus pada barang perlu saja.

Sebagaimana yang dikongsikan Masayu Ahmad, kadangkala agak mustahil untuk mak ayah kawal apa yang berlaku di luar lingkungan diri, tetapi diri sendiri boleh kawal kemahuan dan kehendak diri itu sendiri. Jom, setkan semoga Ramadan ini jadi yang terbaik untuk diri anda dan juga keluarga.

5 Senarai Semak Menjelang Ramadan

Seiring meningkat usia, kita mahu kawal apa yang boleh. Perkara luar kawal kita tutup pintu rapat rapat.

Fokus Pada Barang Perlu Saja

1. Tetamu sudah diambang pintu kita usahakan kosong dan lapangkan rumah. Susun dan sisih barang barang yang tidak lagi diperlukan. Barang yang masih elok, baru tetapi tidak digunakan sedekahkan semula.

2. Gaya hidup minimalis. Kita mulai kurangkan ‘trend gaya hidup’ fokus pada barang yang perlu sahaja. Pertambahan usia, boleh buang cara beli barang cara hutang. Beli tunai. Lihat senarai semak, masih ada tak barang yang berhutang. Hanya tunai. Kalau tak mampu maksudnya belajar beli ikut kemampuan. Bukan beli kerana ikut ikutan.

Orang lama cara hidup mereka tidak ada hutang. Rumah kosong kecil, tak apa tidak berhutang.

Tetapi ramai isi rumah hari ini berada dan terperangkap dengan sistem hutang. Rumah hutang, belajar hutang, kahwin hutang, bisnes hutang. Mulai keluar dari perangkap sistem. Perlahan-lahan, langkah demi langkah.

Mulai dengan azam tidak ada lagi hutang baru. Hutang kecil atau hutang besar. Hanya tunai.

Barang Tak Banyak, Mudah Nak Urus

Kredit foto : fabelio.com

3. Minimalis membantu kita, mudah mengurus masa, mudah mengurus kerana barang tidak banyak. Jenguk balik ke dapur, jika ada 6 orang ahli keluarga hanya 6 biji gelas sahaja. Tidak perlu tambah.

Melainkan jika ada tetamu boleh keluarkan. Jika ada 10 periuk yang ada di raka, kurangkan 3 atau ikut keperluan. Kadangkala penuh di kabinet, kita guna hanya 2 sahaja. Jadi yang lebih simpan. Dapur lebih kosong.

4. Sama juga memasak, cuba kalau kita makan di luar kita order hanya menu kita makan dan habiskan. Licin semua senang mahu kemas.

Sama juga konsep di rumah, masak sekadar kita boleh habiskan. Saya pun mengalami isu yang sama, rasa macam tidak cukup sebab ramai. Rupanya berlebihan sehingga membazir.

Itu sebab orang dulu dulu hidupnya berkat, makanan berbaki diolah lagi. Nasi lebih diolah menjadi empeng kering. Makanan berbaki diberikan ternakan haiwan belakang rumah. Berkongsi rezeki, jadi tidak ada istilah membazir.

Masak, habiskan, mudah dibersihkan dan tidak berbaki.

Namun kini sudah ramai yang jadikan bahan buangan dapur dijadikan baja kompos. Minyak terpakai dijadikan sabun.

5. Fokus yang baik baik.

Kalau kita masih lagi aktif di media sosial usia 40, 50, 60. Ada orang sudah mulai tutup Facebook. Ada juga masih kekal, kerana masih ada ilmu ilmu kehidupan dan inspirasi yang boleh diikuti.

Jika ada sahabat setiap hari menulis perihal menyindir, mengritik, mengumpat, baiklah kita abaikan dan unfriend sahaja. Kekal pada lingkungan yang kita mahu dan mempunyai tujuan yang sama. Tidak ada salahpun.

Menjelang Ramadhan bukan rumah sahaja bersih, kita mengalu alukan lingkungan yang baik baik sahaja.

#hidupminimalis

MW : Benar, tak mudah untuk memulakan, namun tak rugi untuk mencuba gaya hidup minimalis ini.

Sumber/Foto : Masayu Ahmad www.masayuahmad.com

Dari tempat simpan barang, cantiknya jadi ruang cuci baju dalam rumah.

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup

Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-kira-kira-dan-urus-kewangan-silap-urus-bisnes-lingkup/

Bisnes Kencang Di Shopee Bersama Coach Zul Dan Master Noorul

Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/bisnes-kencang-di-shopee-bersama-coach-zul-dan-master-noorul/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita

Published by
Netty Ah Hiyer