Menjaga Anak Perempuan Lebih Sukar, Mana Dia Pergi Bawa Maruah Keluarga

Share

Sungguhkan bagai dikata, menjaga anak perempuan itu lebih sukar. Ibu ini, Ustazah Rohamiah Muda berasa gusar dan bimbang bila mana anak perempuannya meminta izin mahu bercuti dengan kawan-kawan.

Biar pun anak perempuan sudah besar, hati ibu tetap bimbang. Kerana, apabila jauh dari pandangan, ibu tak dapat lagi menjaga. Cuma nasihat jadi pegangan, selebihnya Allah jua lah yang memelihara anak perempuannya itu.

Anak Perempuan Minta Izin Mahu Ke Desaru

Mama, saya nak ikut kawan pergi Desaru,” kata Kakak Izzati beberapa hari lepas.
Buat apa?” tanya saya.
Saja. Kawan ajak.”

Sambil berfikir dan mencari alasan, saya menjawab, “Mama tanya papa dulu ya

.”
Ala …” jawab Kakak seperti ada nada kecewa.

Dalam hati sebenarnya saya tidak izinkan dia pergi. Bimbang tanpa pantauan.
Mak kawan saya pun ikut juga. Dia yang pandu kereta. Ada seorang lagi kawan saya ikut,” Kakak Izzati terus merayu.

Selepas berfikir, saya menjawab, “Boleh dengan syarat. Pakai baju sopan, jangan leka dan jaga adab.”

Okey!” jawab kakak ceria.

Saya melihat ada sinar di matanya. Seronok!

Ibu Terfikir Mahu Menarik Semula Keizinan

Mama …” ucap kakak dengan memandang saya sambil senyum.
Nak apa lagi?”
Nanti nak duit sikit, sebab nak kena bayar.”
Ya lah.”

Beberapa hari kemudian, kakak bersuara, “Mama, nak beli baju.”
Nak buat apa?”
Pergi Desaru nanti nak mandi. Nak kena pakai baju ‘jesy’,” kata Kakak Izzati.
Nak mandi? Tempat terbuka ke tak?”
Tak tahu.”

Ketika ini saya mula terfikir untuk menarik semula keizinan. Tapi, saya sudah beri keizinan, saya tetap membuat syarat.

Ada ke baju ‘jesy’ yang labuh?” tanya saya.
Ada.”

Hati seorang ibu, tetap tidak tenang dengan permintaan anak.

Pergi dengan kawan, bimbang tindak tanduknya tidak terkawal.

‘Ya Allah, jika perkara ini tidak baik bagi anakku, Engkau jadikan sebab untuk batalkan program ini,’ doa saya dari hati yang paling dalam.

Baca sini : Ketika isteri penat sangat, suami cuci pinggan, kosongkan sinki sebelum tidur

Menjaga Anak Perempuan Lebih Sukar

Selepas sediakan keperluan Kakak Izzati untuk ke Desaru, saya serahkan urusan ini kepada Allah.

Tiba-tiba semalam, Kakak Izzati berkata, “Mama, kawan saya beritahu, dia tak jadi nak ke Desaru sebab mak dia nak pergi ke K.L.”

Oh, ya?”

Dalam hati, saya ucapkan alhamdulillah.

Saya ceritakan kepada Kakak Izzati tentang doa saya. Dia ketawa. Sebab dia tahu saya agak susah untuk lepaskan dia keluar bermusafir bersama kawannya.

Subhanallah.

Hati saya sangat lapang selepas Kakak Izzati maklumkan berita itu.
Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Sungguh. Menjaga anak perempuan lebih sukar. Ke mana dia pergi, dia membawa maruah diri dan keluarga.

Moga Allah terus pelihara anak remaja kita. Semoga mereka teguh dalam beragama. Amin

Mingguan Wanita : Doa seorang ibu itu tiada hijab. Sesungguhnya berat hati ibu nak melepaskan anak-anaknya keluar dari rumah, lagi-lagi anak perempuan.

Sumber/Foto : Rohamiah Muda

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Netty Ah Hiyer