“Menjadi Seorang Ibu Bukan Mudah..” Pertama Kali Lipat Baju, Saharul Ridzwan Hargai Pengorbanan Isteri

Share

Menjadi seorang isteri dan ibu bukan tugas yang mudah. Pelbagai tanggungjawab dan tugasan rumahtangga perlu diuruskan dengan baik agar segalanya teratur sempurna.Pengorbanan buat seorang ibu dan isteri ini turut diakui oleh pelakon lelaki Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 29, yang berkahwin dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 30.

Baru-baru ini ayah kepada Muhammad Luth Ali,1 ada berkongsi gambar dirinya sedang melipat baju-baju milik anaknya. Menurutnya itu merupakan kali pertama pelakon drama Hati Perempuan ini menolong isteri melipat baju yang telah dibasuh, serta terasa kepayahan dalam melakukan tugasan tersebut.

Saharul Ridzwan juga berterima kasih atas pengorbanan isterinya serta meminta maaf jika kekurangan pada dirinya yang bergelar suami.

Berikut antara perkongsian tersebut;

“Menjadi seorang Ibu bukan mudah. Nak melayan karenah anak, sediakan makanan untuk keluarga dan mengemaskan rumah dalam satu masa, bukannya mudah. Kalau saya letih bekerja diluar, Isteri saya pun letih di rumah.”

“Sejujurnya ini kali pertama saya tolong lipatkan baju yang dah dibasuh, kat depan ni baru baju Ali. Penat. Sakit pinggang duduk lama-lama macam ni.”

“Kami tiada maid, semuanya handle sendiri. Ali tengah tak berapa sihat, Mummy dia yang kena dodoikan semua. Besarnya jasa seorang Ibu. Terima kasih Umi, Terima kasih Isteriku. Maafkan saya kalau ada yang terkurang sebagai suami.”

Perkongsian ini mendapat pujian daripada para pengikut instagramnya dan menganggap pelakon ini seorang suami yang memahami tugasan dan pengorbanan seorang isteri. Tidak kurang ramai yang mendoakan kebahagiaan saharul ridzwan sekeluarga.

rama_rahmah Untung dapat suami yang memahami macam nie.

_kamariah.kassim Alhamdulillah…sebagai suami yang faham, punya hati nurani yang sempurna, berat sama dipikul, ringan sama dijanjing, terbaik.In shaa Allah semuga berkekalan hingga ke Jannah dan bahagiaaa, aamiinnn.

biskutrayagebus Baguihlah..ikut sunnah nabi ni..tahniah sebeb memahami peranan sebenar seorang Suami dik..tahniah..

wm_adamifzal09 Susah nak cari suami rajin tolong lipat kain.. Bertuah sape dapat laki macam ni..

nadiatul_akma_mat_nuar  Dapat suami yang memahami alhamdulillah dah, memahami dan tolong samalah.

faziyana Tahniah.. Semoga sentiasa istiqomah dalam menghargai pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan ibu yang sentiasa super busy.

Alhamdulillah tahniah buat Saharul Ridzwan kerana memahami dan menghargai tugasan serta pengorbanan seorang isteri. Memang bertuah bagi seorang isteri bila memiliki suami yang turut tolong menyelesaikan kerja-kerja rumah bersama-sama.

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan

Published by
Suhaidah Abd Wahab