Ada penggemar paru goreng rempah? Selalu kalau mak-mak beli di kedai, jarang sangat nak jumpa yang lembut dan rangup. Kebanyakannya keras liat sampai rasa nak tercabut gigi memakannya.
Rupanya ada rahsia nak bagi paru goreng rempah tu tak liat dan keras. Ada 4 langkah yang mak-mak nak kena buat sebelum mulakan proses menggoreng paru.
Klik Link Untuk Video Lengkap Potong Paru, Rendam Limau Nipis Sampai Merebus
“Mula-mula mak-mak kenalah buang hanyir paru tu dulu. Iaitu rendamkan paru dengan limau nipis seketika.”
1. Masukkan air dan paru dalam periuk.
2. Masukkan pula garam, kunyit dan asam keping.
3. Masak bahan-bahan tersebut selama 20 minit
4. Selepas itu potonglah nipis-nipis.
1. Siapkan jintan manis, jintan putih dan ketumbar untuk di tumbuk. Setelah tu, digaul bersama paru.
2. Masukkan garam dan kunyit sekali tau.
3. Setelah minyak panas di kuali, masukkan paru.
4. Ni penting, masukkan ASAM KEPING di dalam kuali tu.
5. Ok, paru sedia di makan. Percaya lah memang ranggup dan lembut je paru goreng rempah ini.
Sumber/Foto : Azlin Safena Azihar