Menitis Air Mata Kak Long Ganti Mak Sarung Cincin Tunang Bakal Adik Ipar

Share

Menitis air mata kak long ganti mak sarung cincin tunang bakal adik ipar. Allahu hidup ini perlu diteruskan walaupun sudah tiada ibu dan ayah disisi. Apatah lagi sebagai anak sulung tanggungjawab sangat besar dan ibarat pengganti orang tua.

Adik-adik perlu dijaga walau diri sendiri sebak namun semuanya perlu diharungi dengan tabah.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Menitis Air Mata Kak Long Ganti Mak

Luahan dari Nuraqila Syamila Ismail, 28 menerusi video yang dikongsikan menerusi aplikasi Tik Tok menusuk kalbu dan mendapat perhatian warganet.

“Impian setiap seorang anak mahukan Ayah & Ibunya ada disisi untuk hari yang penting dalam hidup mereka. Siapa anak sulung & anak pertama sila angkat tangan.”

Akui Aqila niatnya hanya mahu berkongsi kenangan namun tidak menyangka ramai yang bersimpati.

“Niat saya cuma mahu berkongsi kenangan dan tak sangka ramai yang balas dengan sokongan, malah ada juga yang berkongsi cerita mereka.

“Sekarang hanya tinggal kami tiga beradik tetapi saya akan cuba memberikan majlis yang terbaik untuk adik nanti dengan bantuan ahli keluarga lain,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.

Terkenangkan Arwah Ibu

Jauh di sudut hati, anak sulung ini terpaksa mengambil tugas arwah ibunya untuk menyarung cincin pertunangan buat satu-satunya adik lelaki. Sememangnya dia terkenangkan Allahyarham ibunya, Khalidah Za’aba ketika menyarung cincin di jari tunang adik lelakinya, Muhammad Azhad, 25.

Selepas arwah ibu meninggal dunia kerana tekanan darah rendah pada 2014.  Ayahnya Allahyarham Ismail Abd Mutalib pula meninggal dunia kerana serangan jantung, April tahun lalu.

“Saya sebak sangat apabila adik lelaki mesej adik bongsu (Nuralya Syamila, 23) beritahu dia sedih kerana ayah dan umi tiada bersama ketika dalam perjalanan ke rumah tunangnya.

“Kami menangis mengenangkan ‘syurga’ kami tiada pada majlis itu terutama arwah ayah yang pernah cakap sebelum ini mahu (melihat) adik lelaki berkahwin.

“Malah, ayah juga sudah mengenali tunang adik sebelum ini tetapi ketika itu mereka hanya rakan sekelas sahaja,” kata Aqila yang turut memberitahu majlis pertunangan adik keduanya itu dijalankan serentak dengan majlis merisik di rumah tunangan  adiknya di Bachang, Melaka pada 29 Oktober lalu.

Rombongan meminang diketuai bapa saudara bersama ahli keluarga lain dan cincin merisik disarungkan ibu saudara mereka.

“Jujur, Hati Kakak Jadi Tisu, Sebak” Netizen

Menerusi ruangan komen, ramai yang berasa sebak dengan situasi yang dilalui Aqila.

Mingguan Wanita : Allahu sayunya, memang terasa bila di hari bahagia orang tersayang sudah tidak ada. 

Sumber : Harian Metro

Sumber Foto : Tik Tok Aqila Syamila

 RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Published by
Norhayati Suboh