Menitis Air Mata Ibu Ini Lihat Anaknya Jalan Kaki Berseorangan Menyeberangi Tambak Johor

Share

Dek kerana Pendamik Covid-19 macam-macam perkara yang berlaku di serata dunia termasuklah di Malaysia sendiri.

Malah baru-baru ini seorang rakan Facebook yang dikenali sebagai Puan Zaiton Abd Rahman menerusi akaunnya Zaiton Abd Rahman telah berkongsi kisah sedih tentang anaknya lelakinya Syazrin Zulfakar yang sanggup berjalan kaki menyeberangi Tambak Johor.

Puan Zaiton berkongsi tentang kisah anaknya.

Tolong Jangan Sakit Dalam Tempoh PKP.. Musim Covid-19 Ini

Air Mata Mengalir

Malah dia juga menyatakan air matanya mengalir

apabila melihat video rakaman yang dikongsi anaknya ketika merentasi Tambak Johor dari Woodlands menuju ke Johor Bahru.

Seperti yang dikongsi di status Facebooknya Zaiton Abd Rahman meluahkan;

“Menitik air mata hakak bila tengok video anak hakak gigih berjalan kaki sorang-sorang menyeberang Tambak Johor yang lengang dari Woodlands menuju ke Johor Bahru sejauh hampir 1.5 Km.

“Belas sungguh rasa hati hakak mengenang nasib dia. Kena deferred, kena tahan kat office kastam Singapore sebab berani mati sangat buat perangai macam tu. Nasib baik mereka lepaskan setelah dia buat rayuan.

Dihantar Ke Pusat Kuaranti Selama 14 Hari

“Masuk sempadan Malaysia kena tahan lagi untuk dihantar ke pusat kuarantin selama 

14 hari. Masih tak boleh balik jumpa anak dan isteri. Lebih dua bulan mereka terpisah.

Ya, Allah, tolong jagakan anakku ini. Selamatkanlah dia dari segala mara bahaya, pertemukanlah dia dengan anak dan isterinya serta mama dan ayah serta ahli keluarganya yang lain.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri Johor yang menyediakan tempat kuarantin yang selesa. Terima kasih PM dan seluruh Frontliner warga kerja KKM, PDRM dan ATM atas segala perancangan dan bantuan yang diberi demi kebaikan rakyat Malaysia.

“Mama Doakan Yang Baik-Baik Saja”

“Semoga wabak CV19 dapat dibenteras dan berlalu pergi sempena Ramadan yang bakal menjelma. Mama doakan yang baik-baik saja untuk anakku Syazrin Zulfakar

.

#StayAtHome
#kitajagakita

Kami di MW juga mendoakan anak kepada Puan Zaiton berada dalam keadaan yang baik dan bakal bertemu dengan anak, isterinya dan ahli keluarga tercinta selepas tempoh kuarantin dan PKP.

PESALAH PKP Jangan Sampai “Masuk Dalam”, NANTI Menyesal, GELAP Masa Depan

Published by
Norhayati Suboh