Meninggal di panah petir, perjalanan seorang bapa keluar mencari rezeki buat keluarga berakhir tragedi. Tiada daya upaya kita sebagai hamba untuk menolak takdir ditetapkan Allah. Ajal maut jodoh ketentuan semuanya sudah ditetapkan sejak luh mahfuz lagi.
Perjalanan seorang pekerja kilang ke tempat kerja berakhir dengan tragedi menyayat hati apabila dipanah petir dalam kejadian di tepi jalan Kampung Seri Cheeding, Sungai Jarom di sini semalam.
Memetik laporan Kosmo Online, dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang tersebut, mangsa seorang lelaki berusia 50 tahun maut di lokasi kejadian akibat cedera di leher kanan serta lebam di bahagian perut dan peha akibat kesan panahan petir.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Bandar Mahkota Banting.
Katanya, mangsa yang melalui jambatan Rimbayu ke Ladang Seri Cheeding telah terkena panahan petir lalu jatuh kira-kira 50 meter dari motosikalnya.
“Mangsa yang tidak sedarkan diri diangkat dan diletakkan di tepi jalan oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut sebelum menghubungi ambulans. Terdapat dua lubang panahan petir di atas jalan raya tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Kesan Terbakar Di Tangan,” Murid Tahun 6 Maut Dipanah Petir Ketika Guna Telefon Bimbit!
Selepas Berteduh Di Tepi Pokok, Dua Sahabat Pergi Memancing Meninggal DiPanah Petir
2 Beradik Rentung Dalam Kebakaran, Cuba Lari Keluar Namun Terperangkap Di Sebalik Pintu Jerigi
Pergi Memancing, Tinggalkan Isteri Uruskan Anak-Anak Sendiri.” Seorang Wanita Nekad Lelong Suami
Tambah beliau, jarak antara lokasi kejadian dan tempat kerja mangsa adalah kira-kira 15 kilometer dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.