Siapa tak sayang bini ooii? Soalan yang mudah, namun jawapannya tepuk hati tanyalah cinta. Sayang ke aku dengan isteri aku dan sejauh mana dalamnya cintaku kepadanya?
Ingatkah lagi masa waktu bercinta, semuanya indah, sanggup tunggu berjam-jam lamanya pun masih lagi boleh sengeh-sengeh. Tetapi, bagaimana pula selepas berkahwin. Masihkah isteri ini seksi di mata si suami atau sudah mulai seksa? Masihkah cinta diangkat tinggi mengunung ataupun dipandang sepi tidak bertepi? Masihkah ada belaian manja ala si tuan puteri diterima oleh isteri atau sudah mula pandai mengeluh?
Ini persoalannya yang menjadi tunggak kebahagiaan rumah tangga, sejauh mana cinta ini mekar selepas berkahwin? Kupasan lebih lanjut bersama Mohd Shariman Che Deris, Professional Learning Fasilitator (mastery) @ Ketua Pembelajaran Excite Learning Consultancy tentang topik ini.
Cinta ini disemai dengan rasa dan keinginan, emosi dan perasaan. Sebaliknya, cinta selepas berkahwin tidak cukup dengan hanya rasa dan perasaan, emosi dan keinginan sahaja kerana perlua ada nilai tanggungjawab dan komitmen, ada nilai iman dan kesungguhan, ada matlamat dan pencapaian, ada nafkah zahir dan batin. Sebab itulah, cinta selepas berkahwin ada kalanya mula pudar ditelan kesibukan menguruskan rumah tangga, tidak ada lagi ruang untuk membelai cinta.
Walau bagaimanapun, apabila cinta itu tidak dihadirkan dalam rumah tangga, akhirnya ada perkahwinan yang berkubur sebelum sempat menikmati keindahannya.
Cinta selepas berkahwin, nikmatnya jauh lebih terasa dan kekal dalam ingatan. Itu pun hanya jika si suami pandai mengoda isterinya. Bayangkanbila isteri memasak di dapur, si suami muncul dan ikut sama pegang pisau dan bantu kerja dapur. Apatah lagi jika isteri mula nak melipat baju, si suami langsung saja duduk bersama dan ikut sama melipat baju. Sudah tentu hati isteri cair dan bercahaya mata cinta isteri.
Ambil sahaja perkara yang paling mudah, iaitu suami meletakkan gambar berdua di telefon bimbit. Tentu hati isteri berbunga-bunga, tergoda dengan si suami, akan yakin dalam dirinya bahawa dia sentiasa bersama suaminya.
Persoalan yang paling utamanya adakah, si suami ini buat atau tidak usaha-usaha mengoda dan mengurat isterinya selepas berkahwin? Apabila sebut goda, ramai yang berfikir tentang hubungan intim semata-mata.
Bezanya antara dua kefahaman istilah goda ini tentulah bergantung kepada niat. Goda isteri untuk hubungan intim tentu saja tidak sama dengan goda isteri untuk memikat hatinya. Namun yang pasti, hubungan intim akan jauh lebih bermakna, bila disemarakan dengan rasa cinta tidak hanya nafsu semata-mata.
Lihat sahaja sesetengah kes yang biar pun usia telah menjangkau 80an namun tetap romantik, sarat dengan kasih sayang, jalan berpegangan tangan makan pun siap bersuap lagi, walhal bukannya akan berlaku lagi hubungan intim. Betul? Inilah kekuatan nilai cinta yang disemarakkan secara berterusan melalui goda dan ngurat isteri.
Perkara ini lebih konflik lagi jika suami tidak pandai untuk memujuk atau lebih parah lagi kalau suami tidak perasan si isteri sedang merajuk. Sebenarnya, suami perlu ada kemahiran ini, jika tidak pandai perlulah belajar dan berguru, perlu kenal dan tahu merajuknya si isteri dan belajarlah juga cara memujuk.
Berikan telinga, berikan hati dan perhatian, dengar apa cerita rajuknya, fahami rasa hatinya dan minta maaf jika salahnya di pihak suami. Tidak jatuh maruah suami yang minta maaf, tidak hilang kejantanan suami yang mengakui kesilapan, perbetulkan. Rajuk isteri akan reda, dan inilah caranya si suami kembalikan hati isteri kepadanya, goda dia kembali.
Ada banyak lagi perkara yang boleh si suami lakukan untuk mengoda dan mengurat isterinya, tidak hanya di awal perkahwinan malah lebih perlu lagi di sepanjang usia perkahwinan. Antara yang boleh si suami lakukan adalah:-