Penyanyi jelita yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama suami baharunya, Shaik Rizal Shaik Sulaiman pada 13 Oktober lalu akui dia tidak pernah merahsiakan usia sebenar.
Pada November lalu, Noryn Aziz telah menginjak usia usia 44 tahun. Seperti yang kita sedia maklum memasuki alam 40an antara perkara paling digeruni bagi sesetengah wanita. Namun begitu, Noryn pula sebaliknya.
Penyanyi yang juga ibu kepada seorang cahaya mata ini tidak pernah berniat merahsiakan usia sebenar, malah masih ligat beraksi di atas pentas dan aktif melakukan pelbagai senaman kecerdasan.
Seperti mana yang dikongsikan rutin pilihan untuk kekal cergas dan bertenaga tatkala meniti usia 40 tahun, Noryn tidak pernah malu dengan peningkatan usia. Malah dia sentiasa menghadapi fasa tersebut dengan tenang dan positif.
“Berbicara mengenai soal ini, saya mengakui kehidupan pada umur 40-an lebih gembira, produktif dan ‘sempurna’ meliputi pelbagai aspek.
“Apabila mencapai umur sebegini, banyak perkara yang saya pelajari tentang diri sendiri. Pendek kata, kini bertatih menyayangi diri, menjaga minda, tubuh dan jiwa.
“Tiga elemen ini sangat penting kerana bertitik tolak daripada itu, saya juga belajar keperluan untuk mengutamakan diri sendiri sebelum mendahulukan orang lain.
‘’Pada zaman muda misalnya, dari segi kesihatan mental, saya sentiasa berusaha melebihkan dan menyenangkan hati insan sekeliling kerana mahukan mereka menyayangi diri ini,” kongsinya.
Baca Disini Juga”:
“Rizal Amat Menyenangkan.Keperibadiannya Memikat Saya” Noryn Aziz Bersyukur Akad Nikah Dipermudahkan
Suara Hati 3 Diva, Misha Omar, Siti Sarah Raissuddin & Noryn Aziz
Wanita ini juga menyifatkan memasuki usia 40 tahun dirinya mula bertatih menyayangi diri, menjaga minda, tubuh dan jiwa. Setiap elemen perlu seimbang.
“Namun begitu, apabila berada pada peringkat umur hari ini, situasi berbeza kerana saya menyedari dalam kehidupan, kita wajar memupuk keseimbangan dari pelbagai segi.
“Selain emosi dan mental, sebelum mencapai usia 40 tahun, saya juga sering bersikap sambil lewa terhadap rejim kecantikan kulit wajah, senaman dan pengambilan makanan tambahan (suplemen) seperti multivitamin dan vitamin C. Akibatnya, tubuh badan mudah letih dan kondisi kulit wajah pula kurang sihat.
“Jika situasi itu tidak diatasi segera, bimbang ia memudaratkan kesihatan saya kelak. Justeru, menginjak usia 40 tahun, saya mengambil inisiatif mengubah corak kehidupan ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
“Selain mengeluarkan peluh dengan senaman ringan pada setiap hari, saya juga aktif menari, berzumba, yoga dan melakukan aktiviti kardio sama ada secara solo atau bersama kawan-kawan.
“Apabila tubuh badan sentiasa bergerak secara konsisten, maka secara tidak langsung dapat membantu mengatasi masalah lesu, cepat penat dan hilang fokus ketika saya melakukan aktiviti memerlukan tenaga yang banyak,” sambung Noryn.
Noryn juga menerangkan dia tidak mengamalkan diet yang ketat.
“Saya juga menitikberatkan aspek pemakanan, tetapi tidak mengamalkan diet ketat yang boleh memberikan tekanan pada emosi dan fizikal.
“Paling utama, biarlah pilihan makanan itu seimbang dan dinikmati secara sederhana. Bagaimanapun, dari dulu hingga kini hari saya tidak lengkap tanpa secawan kopi. Tidak mengapa, kerana kopi membuatkan saya gembira.
“Dalam pada itu, kepada para wanita yang memasuki usia 40 tahun saranan saya berjumpa doktor untuk melakukan ujian hormon.
“Langkah ini penting memandangkan pada umur seumpama ini paras kolagen semakin menurun dan konsultasi bersama doktor membantu kita berdepan pramonapaus dengan minda positif,” akhirnya.
Sumber: SinarPlus
Sumber Foto : Instagram Jasmin Hamid & Instagram Hairul Ejay
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita