Penyanyi jelita yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama suami baharunya, Shaik Rizal Shaik Sulaiman pada 13 Oktober lalu akui dia tidak pernah merahsiakan usia sebenar.
Pada November lalu, Noryn Aziz telah menginjak usia usia 44 tahun. Seperti yang kita sedia maklum memasuki alam 40an antara perkara paling digeruni bagi sesetengah wanita. Namun begitu, Noryn pula sebaliknya.
Penyanyi yang juga ibu kepada seorang cahaya mata ini tidak pernah berniat merahsiakan usia sebenar, malah masih ligat beraksi di atas pentas dan aktif melakukan pelbagai senaman kecerdasan.
Usia 40an, Noryn Aziz Pilih Kekal Cergas & Bertenaga
Seperti mana yang dikongsikan rutin pilihan untuk kekal cergas dan bertenaga tatkala meniti usia 40 tahun, Noryn tidak pernah malu dengan peningkatan usia. Malah dia sentiasa menghadapi fasa tersebut dengan tenang dan positif.
“Berbicara mengenai soal ini, saya mengakui kehidupan pada umur 40-an lebih gembira, produktif dan ‘sempurna’ meliputi pelbagai aspek.
“Apabila mencapai umur sebegini, banyak perkara yang saya pelajari tentang diri sendiri. Pendek kata, kini bertatih menyayangi diri, menjaga minda, tubuh dan jiwa.
“Tiga elemen ini sangat penting kerana bertitik tolak daripada itu, saya juga belajar keperluan untuk mengutamakan diri sendiri sebelum mendahulukan orang lain.
‘’Pada zaman muda misalnya, dari segi kesihatan mental, saya sentiasa berusaha melebihkan dan menyenangkan hati insan sekeliling kerana mahukan mereka menyayangi diri ini,” kongsinya.
Wanita ini juga menyifatkan memasuki usia 40 tahun dirinya mula bertatih menyayangi diri, menjaga minda, tubuh dan jiwa. Setiap elemen perlu seimbang.
“Namun begitu, apabila berada pada peringkat umur hari ini, situasi berbeza kerana saya menyedari dalam kehidupan, kita wajar memupuk keseimbangan dari pelbagai segi.
“Selain emosi dan mental, sebelum mencapai usia 40 tahun, saya juga sering bersikap sambil lewa terhadap rejim kecantikan kulit wajah, senaman dan pengambilan makanan tambahan (suplemen) seperti multivitamin dan vitamin C. Akibatnya, tubuh badan mudah letih dan kondisi kulit wajah pula kurang sihat.
Ads
“Jika situasi itu tidak diatasi segera, bimbang ia memudaratkan kesihatan saya kelak. Justeru, menginjak usia 40 tahun, saya mengambil inisiatif mengubah corak kehidupan ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
Aktif Menari, Berzumba, Yoga
“Selain mengeluarkan peluh dengan senaman ringan pada setiap hari, saya juga aktif menari, berzumba, yoga dan melakukan aktiviti kardio sama ada secara solo atau bersama kawan-kawan.
“Apabila tubuh badan sentiasa bergerak secara konsisten, maka secara tidak langsung dapat membantu mengatasi masalah lesu, cepat penat dan hilang fokus ketika saya melakukan aktiviti memerlukan tenaga yang banyak,” sambung Noryn.
Tidak Amal Diet Ketat
Noryn juga menerangkan dia tidak mengamalkan diet yang ketat.
“Saya juga menitikberatkan aspek pemakanan, tetapi tidak mengamalkan diet ketat yang boleh memberikan tekanan pada emosi dan fizikal.
“Paling utama, biarlah pilihan makanan itu seimbang dan dinikmati secara sederhana. Bagaimanapun, dari dulu hingga kini hari saya tidak lengkap tanpa secawan kopi. Tidak mengapa, kerana kopi membuatkan saya gembira.
Ads
“Dalam pada itu, kepada para wanita yang memasuki usia 40 tahun saranan saya berjumpa doktor untuk melakukan ujian hormon.
“Langkah ini penting memandangkan pada umur seumpama ini paras kolagen semakin menurun dan konsultasi bersama doktor membantu kita berdepan pramonapaus dengan minda positif,” akhirnya.
Bersama suami yang cukup penyayang.Bersama putera kesayangan.
Sumber: SinarPlus
Sumber Foto : Instagram Jasmin Hamid & Instagram Hairul Ejay
Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang bangsa dan agama. Keharmonian diantara kaum juga masih dipelihara demi kestabilan dan perpaduan negara.
Terharu melihat perkongsian video ringkas dari Tiktok divyasree0605ini.Video tersebut menunjukkan keharmonian dan perpaduan kaum tanpa mengira agama dan bangsa.
Berbeza Bangsa, Ikhlas Suap Makanan
Seorang wanita berbangsa India kelihatan cukup ikhlas dalam membantu dan menyuap makanan dan memberi minuman kepada pesakit wanita Melayu yang tidak dapat melihat akibat kegagalan buah pinggang di atas katil di sebuah hospital.
Menurut perkongsian anaknya, ibunya bukan sahaja menjaga anak sendiri malah memang turut membantu para pesakit yang lain di wad tersebut, terutamanya menyuapkan makanan dan minuman.
Sememangnya sikap yang terpuji, membantu tanpa membezakan warna kulit, agama dan bangsa. Semoga menjadi inspirasi dan contoh buat kita juga supaya tinggal harmoni di Malaysia ini.
Begitulah hebatnya kuasa pujian suami pada seorang isteri. Walaupun cuma beritahu suka tengok penampilan isteri, hati isteri boleh berbunga-bunga sepanjang hari.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh pelakon terkenal Elfira Loy, 27 ini, bila mana suaminya Muhammad Faris Khairul Anuar, 30 teruja lihat solekan isteri yang nampak berbeza daripada biasa.
Sehingga menyangka Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri menggunakan khidmat jurusolek untuk menata rias wajah isterinya itu. Sedangkan Elfira menata rias sendiri wajahnya untuk sesi merakam gambar keluarga.
Suami Puji, Elfira Loy ‘Berbunga’ Sepanjang Hari
Kongsi Elfira,
Masa El turun bawah nak tangkap gambar, suami tegur, “wow.. wow.. wow, panggil makeup artist ke?”
Terus senyum tersipu malu sambil jawab, “makeup sendirilah.” Pastu Faris cakap, “aah.. saya suka macam ni.”
So, I pun tanya, “kenapa? Ada beza ke?”
Faris, “Ada, selalu nampak pucat sebab pakai lipstik cair-cair.” Hahahaha.. cair cair. @jujuezainal lepas ni makeup lipstik jangan cair okay.
“But yah because of that comment I was smiling confidently the whole day #pujiharihariokay “
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun.
Suami Kenalah Luah, Puji Isteri Depan-depan
Haa.. nampak tak betapa hebatnya kuasa pujian suami itu. Sebab itulah, suami ini kalau nak memuji isteri, jangan sekadar simpan dalam hati.
Kenalah luahkan. Barulah isteri tahu apa yang suami rasa. Dan isteri akan rasa bahagia begitu juga suami. Kerana, suami kena faham bahagia seorang isteri akan beri kebahagiaan pada suami juga nanti.
Tergoda sungguh melihat resepi Sosej Cheese Crispy yang dikongsikan oleh Hanafi Abdul Hayy ini. Menurut beliau yang kini berada di Mesir melanjutkan pelajaran, Sosej Cheese Crispy ini dibuat untuk minum petang.Rahsianya ia perlu digoreng menggunakan api yang perlahan, barulah lapisan kulitnya menjadi rangup dan kejunya pun tak cair.Hebat kan air tangan anak bujang diperantauan ini.
Jadi mak-mak yang sesekali nak tukar selera untuk keluarga bolehlah cedok idea resipi Sosej Cheese Crispy yang dikongsikan ini. Cara nak buatnya pun mudah je, anak-anak mesti suka.
Bahan-Bahannya (Adunan):
3 gelas Tepung gandum
1sudu besar Tepung Jagung
3biji Telur
1sudu teh Serbuk lada hitam
Garam secubit
Gaul sebati
Kepingan Keju secukupnya
Lidi sate secukupnya
Sosej
Serbuk roti
Cara Membuat:
1. Satukan tepung gandum, telur yang telah dipukul, tepung jagung, serbuk lada hitam dan garam, kacau hingga sebati.
2. Kemudian, masukkan pula 3 atau 4 keping keju yang telah dicairkan kedalam adunan tersebut.Kacau sebati. (Langkah ini pilihan, tak nak campur keju dalam adunan pun boleh)
3. Cucuk batang lidi dalam sosej dan gulungkan dengan kepingan keju seperi dalam gambar.
4. Setelah siap masukkan dalam peti sejuk seketika, dalam 15 minit untuk biarkan keju benar-benar melekat dengan sosej tadi.
5. Setelah 15 minit, celupkan sosej tadi kedalam adunan tepung tadi dan celupkan pula ke dalam serbuk roti.
6. Goreng dalam kuali dengan api yang perlahan sehingga kuning keemasan.