Mengaku jadi kekasih Aliff Aziz, peguam ulas “penyondol hanya dapat sisa bini dia saja, jangan bangga sangat…”. Hari ini kecoh dengan pendedahan Sarah Yasmin yang mengaku dirinya adalah kekasih kepada Aliff Aziz.
Dalam pendedahan di insta storiesnya, Sarah mengaku dirinya berkenalan dengan Aliff bermula Januari 2024. Malah ketika Aliff ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies, Sarah mendakwa Aliff ada menghubunginya malah mengakui masih lagi mempercayai Aliff ketika itu. Hinggalah dirinya seakan tersakiti bila dirinya melihat chat antara Aliff dan Ruhainies.
Pengakuannya membuatkan ramai yang terkasima seolah-olah dirinya adalah insan tersakiti sedangkan isteri sah Aliff, Bella Astillah masih belum bercerai lagi.
Mingguan Wanita mendapatkan pandangan dari perunding psikologi keluarga dan guaman syarie, Suzana Ghazali berkaitan isu ini.
Jelasnya, jika dahulu, penyondol lebih banyak mendiamkan dirinya kerana mungkin malu meruntuhkan rumahtangga wanita lain tetapi hari ini ia dilakukan secara terbuka.
Malah seolah hilang segan dan tidak menjaga aib di mana dari orang tidak mengetahui siapa penyondol, akhirnya ia terbuka kepada umum.
Meminta agar penyondol menjaga diri dan maruah sebagai seorang wanita, Suzana Ghazali yang banyak menyediakan rundingan untuk wanita-wanita bermasalah dalam rumahtangga meminta agar penyondol tidak bangga kerana HANYA MENDAPAT SISA SAHAJA.
“Jangan bangga, awak hanya dapat sisa sahaja, kisahkan akan harga diri. Jangan nak bangga jadi perebut. Jangan nak bangga, kemudian bergaduh sesama penyondol, wanita ini hanya dapat sisa saja dari bini dia.
“Poligami memang dibenarkan dalam islam tapi adab kena jaga. Jaga adab dan maruah sebagai wanita. Jangan letak diri di tempat orang boleh menghina diri kita,” katanya yang menasihati wanita.
Apa pun, jagalah maruah seorang wanita itu. Jangan diletakkkan seperti di zaman jahilliah.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Bella Dedah Aliff Curang 11 Kali, Paling Terluka Suami Turut Mencuranginya Dengan Adik Kandung Bella Sendiri
Ibu Aliff Aziz Luah Rasa Sedih, Serahkan Semua Ujiannya Kepada Allah
Mahu Diceraikan Aliff, Bella Terpaksa Lalui Hidup Tanpa Semangat