“Mengaku cacat, cari rezeki dengan mengemis.” Wanita ini malu rahsia sebenar terbongkar. Tangan yang dikatakan cacat rupanya berfungsi dengan baik.
Dia hanya berpura-pura cacat bagi mencari jalan mudah bagi meraih rezeki dan simpati orang ramai agar bersedekah setiap hari.
Wanita Ini Malu Rahsia Terbongkar
Seorang wanita di Jakarta, Indonesia, yang berpura-pura cacat dan mencari nafkah dengan menjadi pengemis tular di media sosial selepas penipuannya itu terbongkar, lapor laman berita Suara.com.
Kejadian itu dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok dengan nama @me9541 dan sehingga kini telah ditonton lebih 460,000 kali dengan 20,000 tanda suka.
“Malu kerana terbongkar pura-pura cacat,” demikian keterangan ditulis bersama video tersebut.
Mengaku Cacat, Cari Rezeki Dengan Mengemis
Dalam video tersebut, seorang wanita dilihat sedang mengemis di hadapan sebuah warung menjual makanan dengan tangannya diikat dan disembunyikan di sebalik sehelai selendang.
Dia mengaku dirinya cacat dan akan mencari rezeki dengan meminta sedekah. Namun, seorang lelaki berjaya membongkar penipuan itu ketika wanita tersebut meminta sedekah kepadanya.
Lelaki itu yang curiga melihat tangan wanita itu dibalut selendang kemudiannya meminta untuk melihat keadaan tangannya, namun dia enggan berbuat demikian.
Lelaki tersebut kemudiannya melihat tangan wanita itu dan mendapati bahawa ia tidak cacat dan berfungsi dengan baik.
Mengaku Berpura-Pura Cacat
Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia telah menipu dan berdosa kerana telah berbohong.
Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.
Ads
“Saya juga berasa malu apabila melihatnya (wanita itu),” komen seorang netizen.
“Lakonan yang hebat,” komen seorang netizen lain. – AGENSI
Mingguan Wanita : Dalam kesempitan hidup, ramai yang sanggup bertindak di luar kewarasan untuk mencari sesuap nasi. Namun niat tidak menghalalkan cara, apatah lagi dia menipu orang ramai agar bersimpati dengannya.
Inilah hebatnya Tun Tengku Maimun yang menerima perlantikan itu berkuat kuasa 2 Mei 2019 selaras dengan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini berusia 60 tahun pada Julai 2019. Sekali gus menjadikannya Ketua Hakim Negara termuda dalam sejarah lantikan.
Ini Hebatnya Tun Tengku Maimun
Ujarnya kepada pemberita, “Ini bukan suatu jawatan dipohon, tetapi rezeki Allah dan saya percaya walaupun saya junior, senior yang saya ‘langkau’ tidak mempunyai perasaan kurang senang terutama sebagai Muslim, kita percaya sesuatu itu ketentuan Allah.”
Beliau berkelulusan dari Universiti Malaya. Karier Tengku Maimun bermula :
1982 – sebagai pegawai undang-undang di Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan (Kesedar). 1984 – menjadi pegawai undang-undang di Majlis Perbandaran Seremban selama 2 tahun. Kemudian sertai Jabatan Peguam Negara di Bahagian Gubalan. 2005 – dilantik sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. 2006 – menjadi pesuruhjaya kehakiman. 2007 – menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. 2013 – dinaikkan pangkat menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.
November 2018 – dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan.
Jawatan Ketua Hakim Negara Bukan Satu Tekanan
Hebatnya wanita ini, tak menganggap jawatan yang disandang ini sebagai satu tekanan sebaliknya tanggungjawab yang akan digalas dan dilaksanakan dengan sebaiknya.
Baginya tiada isu jantina. Sama ada lelaki atau wanita, tanggungjawab sama harus dilaksanakan sebaik mungkin..
“Semuanya berbalik kepada rezeki dan saya bersyukur. Dilantik sebagai Ketua Hakim Negara wanita pertama bukan satu isu. Tapi saya menganggap ia sebagai rezeki.”
Suami Dan Anak Jadi Pembakar Semangat
Bagaimana kerjaya dan keluarga boleh dibahagikan dengan seimbang. Beliau yang berkahwin dengan peguam, Datuk Zamani Ibrahim dikurniakan 4 orang cahayamata.
“Saya bersyukur kerana beliau (suami) dan anak menjadi pembakar semangat. Terutama suami yang sering mengingatkan untuk menjadi seorang hakim, legasinya adalah penghakiman yang dibuat.”
Bantuan seorang sepupu yang tinggal bersamanya selama 30 tahun, memudahkan urusannya membahagi waktu antara kerja dan kerja rumah. Itu antara penyumbang untuknya fokus pada kerjaya.
Tidak Ada Masa Tonton TV
Masa beliau banyak difokuskan untuk bekerja. Tidak punya masa untuk menonton. “Kita sebagai hakim tidak punya masa untuk menonton televisyen. Tidak banyak masa untuk buat apa pun. Kita bekerja hingga lewat malam, awal pagi dan seterusnya.”
7 Mei 2019, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun.
Pelantikan beliau menggantikan bekas ketuanya, Tan Sri Richard Malanjum.
Sumber/Foto : Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bersalin dalam koma ketika lawan COVID-19. Akhirnya pegang anak buat pertama kali. Kisah ibu kepada dua orang anak ini pasti beri inspirasi kepada semua.
Angela Primachenko, 27, telah melahirkan anak perempuannya Ava pada 1 April 2020 ketika dirinya dikomakan secara perubatan dan bergantung pada alat bantuan pernafasan. Pada masa yang sama wanita ini perlu berjuang untuk melawan coronavirus.
Primachencko tidak ada memori indah saat dia melahirkan Ava. Tetapi ibu ini akan sentiasa ingat hari dia akhirnya dapat memegang bayi perempuannya buat pertama kalinya.
Dalam temubualnya dengan Today.com, ahli terapi dari Vancouver, Washington ini menggelarkan dirinya sebagai ‘ a walking miracle ’ selepas keluar dari hospital, apabila dirinya disahkan bebas daripada coronavirus.
Primachenko telah menjalani dua ujian berturut-turut yang mengesahkan dirinya negatif Covid-19 sebelum doktor membenarkan dia bertemu dengan anak perempuannya Ava, yang berada di unit penjagaan rapi neonatal (NICU) di Legacy Salmon Creek Medical Center.
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila pada 16 April 2020, Primachenko dapat memegang dan memeluk Ava buat pertama kalinya. Dia memakai topeng penutup mulut sewaktu memangku anak keduanya itu.
Tulisnya dalam akaun Instagram @angela_primo, dia perlu memakai topeng penutup mulut kerana semua orang perlu memakainya ketika melawat NICU. Dia juga gembira kerana perkembangan bayi perempuannya itu agak baik.
Malah setiap hari berat badan Ava juga turut bertambah. Dalam masa seminggu dua dia mungkin boleh membawa anaknya pulang ke rumah.
David suami kepada Angela, dan Emily anak sulung mereka yang berusia 11 bulan telah melakukan ujian dan tidak positif COVID-19, jadi David boleh memegang anak kedua mereka di NICU sebelum Angela boleh melihatnya.
Boleh Tulis Novel
Primachenko berada pada minggu ke 33 kehamilannya apabila dia mengalami demam dan gejala-gejala lain apabila diuji untuk COVID-19 pada 24 Mac 2020 lalu.
Lapan hari kemudian, dia perlu menggunakan alat bantuan pernafasan apabila dikomakan secara perubatan.
Akhirnya, dia berjaya melalui kesukaran tersebut. Dia tidak lagi dalam koma. Alat bantuan pernafasannya juga dibuka pada 6 April 2020.
Setelah sedar daripada koma, barulah Primachenko menyedari bahawa dirinya tidak lagi hamil.
Primachenko berharap ceritanya ini boleh memberikan harapan semasa pandemik COVID-19.
“Beberapa minggu ini telah dipenuhi dengan banyak perubahan yang tidak dijangkakan dalam hidup…dan saya rasa seperti saya boleh menulis novel…tetapi untuk malam ini saya hanya mahu tulis yang hidup ini amat baik dan mari cuba cari kebaikan di dalamnya setiap hari,” tulis Angela Primachenko di Instagram.
Puteri Sarah tak rasa menyesal. Seperti yang diketahui umum, Puteri Sarah Liyana berhadapan dengan masalah rumah tangga. Ibu kepada dua cahaya mata yang cukup lantang ini begitu tabah harungi segala dugaan yang melanda keluarganya.
Rumah tangga yang dibina bersama pelakon dan pengarah filem terkenal Syamsul Yusof berhadapan dengan kemelut malah kehidupan pasangan ini juga didakwa berantakan kerana kehadiran orang ketiga dan atas sebab itu, mereka turut dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung lagi.
Puteri Sarah Tak Rasa Menyesal
Malah pelakon yang juga ibu kepada dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3 telah nekad memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap seorang wanita dikenali Ira Kazar.
Ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Rizman Ruzaini RR Cruise 22/23 di RR Flagship Store di Shoppes Four Season Place Puteri Sarah memilih untuk mengunci mulut mengenai status rumah tangganya.
Malah dia juga masih tidak boleh menjangka apa yang bakal berlaku, namun berharap ada perkara terbaik untuk dia dan anak-anak.
“Nak kata berlaku perubahan besar tunggulah nanti, tapi saya tetap mengharapkan sesuatu yang positif bakal berlaku. Doakan benda yang terbaik untuk saya dan anak-anak.
“Orang boleh bercakap apa saja suruh buat itu dan ini. InsyaAllah apa yang saya nak itu anda akan tahu nanti,” ungkapnya.
Saya Dah Lama Reda
Kongsi Puteri Sarah lagi, dia enggan menjawab pertanyaan adakah dirinya bakal berpisah dengan Syamsul.
“Saya tak tahu, Allah yang tentukan. Saya dah lama reda sebaik saya buat pendedahan dan apa yang terjadi. Saya tak ada rasa nak toleh belakang atau rasa menyesal.
“Jadi azam tahun depan semoga saya mendapat sinar kebahagiaan walau apa keputusan yang saya pilih selepas in. Saya berharap doa orang ramai.
Tak Sangka Ramai Sokong
“Saya tak sangka apabila saya dedahkan perkara ini ramai rupanya yang menyokong, tidak kurang juga yang marah dengan pendedahan ini.
“Kepada ada yang mengalami sama seperti saya jangan takut untuk bertindak. Jangan menzalimi diri anda dan silalah keluar daripada perhubungan toksik,” sambungnya.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...