Niat tidak menghalalkan cara. Walaupun niatnya baik iaitu mendermakan spermanya untuk membantu pasangan lain tetapi perkara ini menyalahi undang-undang.
Pada awalnya, lelaki Vietnam ini menderma spermanya untuk bantu pasangan yang inginkan cahaya mata, akhirnya setahun dia bergelar bapa kepada 23 anak.
Jadi Bapa Segera Kepada 23 Anak
Seorang lelaki Vietnam di Sdyney, Australia yang menjadi ‘bapa segera’ kepada 23 anak dalam tempoh setahun selepas mendermakan spermanya, kini disiasat pihak berkuasa.
Ini berikutan garis panduan agensi kerajaan di Victoria, sebuah negeri di negara itu, hanya membenarkan sperma seorang penderma digunakan untuk membantu 10 wanita sahaja.
Menderma Secara Sukarela
Alan Phan, 40-an, yang sudah berkahwin, sebelum ini mendermakan spermanya secara sukarela kepada wanita dan juga melalui beberapa klinik di Queensland dan Victoria.
Tetapi selepas mempunyai 23 anak dalam satu tahun, ada pihak membuat laporan terhadap lelaki itu kepada Lembaga Bantuan Kesuburan Victoria (VARTA) iaitu agensi kerajaan khusus bagi menyelaraskan penderma sperma.
Ketua Pegawai Eksekutif VARTA, Louise Johnson berkata, embrio lain yang terbentuk daripada sperma lelaki berkenaan yang masih dalam simpanan tidak lagi boleh digunakan.
Ads
“Selepas klinik rawatan mengetahui lebih daripada 10 bayi dilahirkan melalui sumbangan seorang penderma, mereka tidak boleh menggunakan sperma daripada penderma sama,” katanya.
Beliau berkata, VARTA perlu memastikan tidak ada lagi bayi yang lahir menggunakan sperma didermakan oleh Alan.
Bantu Pasangan Yang Inginkan Cahaya Mata
Dalam satu temu bual sebelum ini, Alan berkata, dia mendermakan spermanya bagi membantu individu atau pasangan yang mahu mempunyai anak.
“Saya tahu sperma saya sudah menyumbang kepada sembilan kelahiran. Kemudian, saya menerima mesej daripada seorang wanita mengatakan sperma ke-10 saya berjaya menghasilkan anak,” katanya.
Ads
Alan mendakwa menjadi orang Vietnam pertama menderma di kumpulan Facebook, Sperm Donation Australia dan ramai penerima mahukan benihnya kerana peratusan kadar kehamilan yang tinggi.
Alan sebelum ini menyifatkan sumbangannya sebagai hobi dan mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil makanan tambahan bagi memastikan ‘benihnya’ berkualiti.
Setiap negeri di Australia mempunyai undang-undang, peraturan dan garis panduan berbeza berhubung bantuan kesuburan membabitkan sperma didermakan daripada seorang penderma.
MW: Langkah ini perlu diambil, bayangkan jika terlalu ramai anak bakal lahir daripada benih tentu akan mengundang pelbagai kesan pada anak nanti. Tindakan yang diambil kerajaan Australia harus dipuji dalam membendung isu ini.
Manisnya bila melihat momen tatkala Datin Alyah memberikan kejutan bersempena ulang tahun kelahiran suaminya yang tercinta Datuk Ramli MS atau lebih mesra disapa dengan panggilan Tok Ram.
Alyah Ucap Selamat Hari Jadi
Menerusi perkongsian sebuah video di akaun Instagram Alyah dilihat membawa sebiji kek sambil menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi oleh beberapa rakan terdekat.
‘Bersemut’ momen manis itu, penyanyi ini juga merakamkan ucapan buat suami tercinta menerusi entri akaun Instagramnya.
“Happy birthday @tokram_ramlims”
Alyah “Berebut Pula Nak Tiup Lilin”
Bukan itu sahaja malah isteri Tok Ram ini juga sempat mengusik suaminya dengan memuat naik video yang berserta kapsyen lucu di akaun Instagramnya.
“Bagi laaaa lilin tu lama skit…si aqil plak merajuk dlm diam dah haaa. Berebut pulak nak tiup lilin dgn aqil haaa…Mcm mcm hal uncle dgn aqil ni haaa….
“Selamat ulang tahun @tokram_ramlims”
Untuk pengetahuan, Aqil merupakan anak saudara kepada pasangan ini.
Selain itu Tok Ram juga turut berkongsi video yang sama di entri akaun Instagramnya.
Peminat Doakan Semoga Tok Ram Panjang Umur
Sementara itu, peminat dan pengikut di Instagram juga tidak lepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir buat Tok Ram.
“SANAH HELWA.. semoga Allah permudahkan sgala urusan ,diberi kesihatan, dipanjangkan umur, rezki yg meluas . dirahmati Allah..kekal bahgia bsma family tercinta hingga ke JANNAH.. Aamiin YRA” – alainataufiq
Rakan Artis Turut Beri Ucapan
Tidak kurang juga rakan artis turut memberikan ucapan buat penggiat seni tanahair terkenal ini.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Alyah & Instagram Datuk Ramli MS Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Zizi akui tak sesal dengan perubahan diri “Allah lebih mengetahui apa yang berlaku”. Penyanyi Zizi Kirana yang begitu tekad dengan penghijrahannya menjadi Muslimah sejati boleh dicontohi wanita muda di luar sana.
Reda dengan takdir oleh Yang Maha Esa, Zizi akui adalah sangat penting untuk dirinya terus istiqamah.
Zizi Akui Tak Sesal Dengan Perubahan Diri
Malah selepas berubah dan berhijrah, tidak pernah wujud rasa sesal dalam diri. Dirinya juga sedang berusaha untuk menjadi insan lebih baik.
“Saya berasa bersyukur dan berterima kasih dengan transisi ini.
“Jika sebelum ini kehidupan kita hanya biasa-biasa, itu bermakna Allah sedang uji kita dan berkehendakkan untuk kita berubah dan berusaha.
“Segala apa yang kita ada sekarang ini merupakan rezeki yang diberikan ALLAH.
“Segalanya diberikan agar kita jangan lalai dengan perintahNya,“ kongsi Zizi.
Tidak Mahu Alpa
Seperti mana yang dipetik menerusi SinarPlus, Zizi juga turut berterima kasih kerana mendapat sokongan daripada peminat.
Dirinya juga tidak mahu alpa menjalani hidup sebagai seorang muslimah yang sakinah dan mawaddah.
Bahagia Disamping Suami Tercinta
Zizi yang kini begitu bahagia disamping suami tercinta, Yusuf Bahrin rupanya sudah hampir setahun mendirikan rumah tangga.
“Setelah bergelar isteri, dirinya tidak lagi boleh bergantung kepada pendapat diri sendiri sahaja.
“Melibatkan hal-hal kehidupan, saya tidak berani mengatakan kami sudah saling kenal dan mengetahui hati budi masing-masing.
“Perjalanan hubungan kami masih jauh dan kini sedang membiasakan diri.
“Banyak lagi perangai yang belum diterokai. InsyaAllah, diharapkan hubungan ini kekal berpanjangan dan kita ikutkan sahaja takdir yang telah diaturkanNya,” kongsi Zizi.
Nona Superwoman Award 2022 iktiraf Fazura terbaik terima anugerah Nona Hijab Business. Tahniah diucapkan buat selebriti dan juga bergelar usahawanita jelita Fazura yang telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Nona Hijab Business.
Majlis yang berlangsung penuh meriah itu juga telah mengangkat martabat 50 individu dari pelbagai bidang menerima 48 kategori anugerah dalam pengiktirafan Nona Superwoman Award 2022.
Majlis yang bertemakan ‘The Oscar Glam’ dibawakan oleh penaja utama Usanita Sdn Bhd dan penaja bersama IDW Design & Build.
NONA SUPERWOMAN AWARD 2022Iktiraf FAZURA TERBAIK
Anugerah Nona Superwoman Award yang diadakan sejak 2018 itu diteruskan buat kali ketiga pada tahun ini sebagai kesinambungan kejayaan lalu bagi mengiktiraf wanita yang banyak berjasa dan cemerlang dalam pelbagai bidang sepanjang tahun 2022.
Seramai 50 individu dari pelbagai bidang menerima 48 kategori anugerah dalam pengiktirafan Nona Superwoman Award 2022.
Antara penerima anugerah tersebut ialah Toh Puan Ragad Kurdi Taib menerima anugerah Nona VIP Award dan Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima anugerah Nona Celebrity Business Award.
Selain itu, Che Puan Juliana Evans memenangi anugerah Nona Beauty Award; Datuk Leong Mun Yee (Nona Active Award); Dr Malar Santhi Santherasegapan (Nona Health Influencer Award); Ustazah Asma’ Harun (Nona Motivator Award), Nur Fazura (Nona Hijab Business Award) dan Tengku Norhanim Tengku Othman (Nona Best Crispy Chocotub Brand Award).
Johan qariah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62, Sofizah Mousin menerima anugerah Nona Outstanding Achievement Award.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra yang hadir bagi merasmikan majlis berkenaan.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Suriani Ahmad.
Ketengahkan Golongan Wanita Cemerlang & Berprestij Tinggi
Menurut Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak Nona Superwoman Award 2023 adalah untuk mengetengahkan golongan wanita yang cemerlang dan berprestij tinggi.
“Saya bersyukur kerana usaha kami untuk mengetengahkan golongan wanita yang cemerlang dan berprestij tinggi telah berjaya memberikan impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi Malaysia. Seiap individu yang diraikan adalah antara yang terjejas dengan impak pandemic namun masih mampu berkembang maju dan bertahan dengan semangat yang kuat,” ujarnya.
Manakala menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Adzliana Dato’ Seri Prof Dr Hasan memaklumkan kerjasama ini bukanlah kali pertama.
“kerjasama ini bukanlah kali pertama, sebaliknya ia adalah kesinambungan gandingan dua organisasi (korporat dan media) yang mula saling mengenali sejak tahun 2020 apabila saya antara yang menerima anugerah di Nona Superwoman Awards 2020. Dan penglibatan Usanita di dalam projek ini juga antara usaha memperkasakan jenama Usanita Sdn Bhd sebagai badan korporat bagi kategori pemudah cara untuk golongan usahawan,” katanya.
Tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu selain melihat anak yang dikandung, dibesarkan dan disayangi dengan sepenuh jiwa, kembali dalam keadaan sudah tidak...