Mendakwa Nabi Muhammad itu Allah, pengasas ajaran sesat Si Hulk sudah lari ke New Zealand.
Surah Al-Ikhlas sering menjadi pilihan surah pilihan dibaca dalam solat. Mengandungi empat ayat, firman Allah SWT bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia (Allah) tiada beranak dan Ia (Allah) pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa dengan-Nya.
Mendakwa Nabi Muhammad Itu Allah
Surah al-Ikhlas menyentuh aspek akidah yang juga tonggak penting dalam Islam. Aspek akidah membezakan pegangan agama dalam kalangan manusia. Rasulullah SAW menjelaskan kedudukan surah al-Ikhlas menerusi hadis bermaksud: “Demi (Allah) yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya surah al-Ikhlas sebanding (dengan) sepertiga al-Quran.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Sudah dinyatakan bahawa Allah itu tidak beranak dan tidak pula diperanakkan tetapi ajaran sesat Si Hulk ternyata mengajar pengikutnya bahawa Nabi Muhammad itu adalah Allah dan tidak mempunyai kemaluan.
Ajaran sesat ini oleh ketuanya, Suhaini Mohammad dikatakan telah lari ke New Zealand dan masih ada pengikutnya di sini. Malah menjadikan air si hulk yang didakwa sebagai air hayat iaitu air yang diperoleh Nabi Khidir menjadikan baginda mampu hidup hingga hari kiamat. Malah mendakwa botol Si Hulk digunakan untuk melaksanakan ritual menangkap jin ke dalam botol,”.
Pengasas Ajaran Sesat Si Hulk Sudah Lari Ke New Zealand
Ajaran ini dikesan aktif di Melaka. Menurut laporan Utusan Malaysia, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil mendedahkan golongan muda terutamanya remaja dikesan antara yang terpengaruh dengan ajaran sesat Suhaini Mohammad atau Si Hulk yang didapati masih aktif di Melaka terutama di Merlimau, Jasin dekat sini.
Perkara itu dikesan hasil laporan dibuat oleh ahli keluarga individu terlibat selain pemantauan kerap dilaksanakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) terutama dalam platform media sosial.
“Kita sedang siasat dia punya rantaian itu, benda ini berantai dan masih aktif, benda ini bersifat underground dan memang mereka tidak akan menzahirkan kegiatan tersebut. Kita harus melihat dan menyelidik,” katanya kepada pemberita selepas Program Melaka Munajat Bersama Tuan Guru Abdul Somad sempena sambutan Maal Hijrah di Dataran Sejarah Ayer Keroh baru ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Sanggup Jumpa Bomoh, Guna Tangkal Sebagai Pendinding Diri, Mintalah PertolonganNya Bukan Amalan Syirik
‘Pernah Jadi Jutawan Sombong’ Sehingga Allah Tiupkan Rasa Rindu Bersolat, Dhuha Dan Tahajud
Kenapa Nama Dajjal Tidak Disebutkan Di Dalam Al-Quran Seperti Firaun?
Pada Mei 2021, Jawatankuasa Fatwa Johor memutuskan fahaman dan ajaran diasaskan Suhaini atau Suhai Ibni Mohammad atau Si Hulk atau apa juga nama atau gelaran yang dikaitkan dengannya adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam.
Moga pihak berkuasa dapat bertindak cepat akan isu ini kerana dikhuatiri isu akidah begini akan membawa mudarat kepada ramai orang.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Siang di rumah suami pertama dan malam melayan suami kedua dan kejadian ini berlaku di utara tanahair. Ikuti temubual MW bersama peguam, Shazril Khairy Haji Mustafa yang memviralkan kes wanita bersuami dua ini.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI