Menari Di Batu Caves Seolah Buat Fashion Show, Gadis Minta Semua Hormati Tempat Ibadah Agama Lain

Share

Menari di Batu Caves  seolah buat fashion show, gadis minta semua hormat tempat ibadah agama lain. Bila sebut tentang Batu Caves, warga kota tahu bahawa setiap kali berlangsungnya Thaipusam, berjuta warga India yang hidup harmoni di negara ini  akan datang untuk tujuan ibadah. Ada datang bersembahyang dan tak kurang juga menunaikan nazar yang telah dibuat.

Batu Caves telah diiktiraf sebagai  tempat ibadat suci bagi kaum India beragama Hindu yang tinggal di Malaysia. Bahkan ia merupakan tempat yang sangat popular untuk pengunjung dari dalam mahu pun luar negara dan kerap dikunjungi ramai dan disenaraikan sebagai lokasi pelancongan menarik di ibu kota.

Bahkan kerana keunikan dan kecantikannya, tak kurang juga ramai merasakan ia tempat sesuai dibuat fotoshoot kerana 272 anak tangganya sudah dicat berwarna warni dan tampak cantik dalam gambar bila dirakam.

Seperti kita fahami, Malaysia dihuni masyarakat berbilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Bahkan sebagai mana semua tahu, isu agama adalah isu yang sangat sensitif dan tidak wajar diusik sama sekali. Sikap toleransi yang dimulai sejak zaman nenek moyang dahulu menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati kerana keunikan ini.

Barang kali memikirkan Batu Caves diwartakan tempat pelancongan negara, membuatkan ramai pihak tertarik membuat fotoshoot di lokasi ini.

Tidak salah sebenarnya namun melakukannya dengan cara berlebihan itulah dirasakan kurang sesuai hingga mendapat perhatian dari masyarakat India bila kuil tempat sembahyang mereka disajikan dengan gerakan seakan tarian dan fotoshoot seperti yang tular  baru ini.

Dalam video dikongsi di Tik Tok  @cb.fashion.aceh  kelihatan seorang gadis menggayakan dress labuh berwarna biru seakan menari dan berjalan menaiki tangga tersebut sebelum gambarnya dirakam. Jika dilihat pada perkongsiannya ternyata mereka ini warga jiran, iaitu dari Acheh.

Sebaik gambar ini dimuat naik, dapat dilihat, ramai bersuara mengenai dan rata-rata bercakap soal menghormati agama lain kerana Batu Caves merupakan tempat ibadah agama Hindu.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :‘Syok Nak Jadi Kajol’, Jangan Terpakai ‘Pottu, Sindoor’, Kena Tahu Beza Budaya, Hukum Agama!

Dari Tik Tok @swashna Arora, dengan nada sopan gadis berbangsa India ini memulakan ayat memuji dress tersebut.

@swashnamoksha #stitch with @CB fashion aceh #shouldbeme #batucaves #respectourtemple #savehindutemples #temples #fyp #fypviral #trending #anwaribrahim #sensitivitiagama ♬ original sound – Swashna Arora

 “Salam tolarensi saudari. Saya telah lihat muatan saudari dan pakaian saudari sangat cantik. Tetapi saudari, apa yang telah saudari lakukan di sini, bukan sesuatu yang perlu digalakkan.

“Tetapi bukan saudari seorang saja yang perlu kita salahkan dalam keadaan sebegini. Tapi juga pihak pengurusan kuil Batu Caves juga sepatutnya peka terhadap apa yang berlaku di perkarangan tempat sembahyang agama Hindu.

“Batu Caves memang tempat pelancongan tetapi ia juga tempat sembahyang penganut agama Hindu. Kelakuan saudari boleh mengganggu ketenteraman penganut agama Hindu. Yang bernazar, yang ingin menunaikan hajat mereka atau pergi sana untuk fokus pada sembahyang.

“Dan tiba-tiba pula nampak saudari yang sangat cantik dan comel menggayakan pakaian. Jadi tak salah untuk saudari gunakan tempat cantik begini untuk mempamerkan fesyen tapi apa yang salah di sini ialah ia tempat penganut agama Hindu sembahyang. Ia menjadi hal sensitif kerana kita perlu menjaga sensitiviti semua kaum di negara Malaysia.

“Katakan rakyat agama Hindu dan mereka pergi ke masjid-masjid yang cantik dengan menayangkan sari mereka dan menari di perkarangan masjid. Adakah ia sesuai. Tentunya tak boleh bukan?. Inilah logik yang ingin saya mahu saudari fikirkan,” katanya memaklumkan hal sebegitu boleh membuatkan lebih ramai lagi pereka fesyen atau yang ingin menonjolkan pakaian mereka yang cantik  datang ke kuil kami.

“Ini tidak sesuai saudari. Jadi kami berasa kurang selesa dengan perlakuan begini. Tapi it’s ok kerana pengurusan juga tidak peka dengan hal ini. Ini adalah kesalahan pengurusan Batu Caves,” jelasnya.

Apa pun semoga penggayaan fotoshoot di lokasi pelancongan ini tidak dilakukan secara berlebihan dan kita semua menghormati agama lain.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros