Tak mudah sebenarnya nak hasilkan sebuah video muzik OST untuk filem ya. Lagi-lagi filem seram, nak tak nak kenalah tabahkan hati. Bak kata Siti Nursairah Tarudin yang lebih mesra dengan panggilan Siti Sairah ini.
Adik kepada penyanyi tersohor nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini telah lalui pengalaman seram sewaktu pembikinan video muzik OST filem Anak Perjanjian Syaitan berjudul Suara.
Dalam video pendek di instagramnya, Siti Sairah berkongsi akan kehadiran entiti ketika melakukan pengambaran di dalam hutan, dengan mengenakan pakaian ala Cik Siti Wan Kembang.
Kongsinya,
“Pengalaman seram ketika pembikinan music video #suara saya memakai pakaian adaptasi Che Siti Wan Kembang di dalam hutan. Saat ini seperti ada yang memerhati. Hakak jiwa kental dik!
“Walaupun bulu roma hakak merinding. Peluh berjurai.. jantung laju macam lari marathon”
Ads
Ketika pengambaran itu, Siti Sairah perlu berada di seberang sungai yang berlatar belakangkan hutan belantara.
“Masa ini hakak kena tinggal sorang di situ. Belakang tiada seorang pun. Team semua di depan. Masa ini peluh poplaehweh hakak berjurai-jurai keluar.”
Masuk Hutan Hari Khamis Malam Jumaat
Lebih mendebarkan pengambaran video muzik itu dilakukan pada hari Khamis malam jumaat.
Ads
“Pukul 12 malam ia ibarat mimpi ngeri. Apabila saya memakai pakaian adaptasi dari Che Siti Wan Kembang dan bersanggul di bawah pokok besar tepi sungai pasang lilin taburan bunga kubur.
“Ditambah lirik dan bunyi teramat menakutkan.
“Ibarat suatu upacara pemujaan. Tapi hakak ni sejenis berani sikit. Untuk karya terulung ini hakak gagahkan diri dik.”
Di Pentas Alam Nyata Dan Bunian Berhimpun
“Lagu Suara ini ada rohnya tersendiri. Jadi berhati-hati apabila menyanyikannya berulang kali. Juga nasihat hakak kalau korang masuk hutan tu berhati-hatilah. Kerana di sini pentas alam nyata dan alam bunian berhimpun.”
Akui Siti Sairah, seperti mana-mana juga penyanyi yang mahukan lagu mereka diguna pakai untuk sountrack filem. Begitu juga dengan dirinya.
Ads
“Seiring kematangan suara saya di usia 36 tahun ini. Ia satu pencapaian yang amat saya hargai.” Malah karya terulungnya itu akan disiarkan di digital platform di Youtube rasmi.
Sebaik Selesai Pengambaran, Mandi Dulu Baru Jumpa Anak
Jujur kata Siti Sairah, ‘hakak akui berdepan dengan sesuatu yang menyeramkan itu. Tetapi tidaklah sehingga diganggu atau dirasuk.
“Kerana sebelum pengambaran bermula, saya dan 12 krew sentiasa jaga adab tertib di dalam hutan dan minta izin serta berdoa kepada Allah agar menjadi pendinding ketika pengambaran tersebut.”
“Selepas tamat shooting itu, saya terus mandi. Selepas itu barulah saya berjumpa baby Khalishah yang ketika itu dijaga oleh @sitinorsaidatarudin terima kasih kakida tersayang.”
MW : Memang meremang dengar sountrack lagu Suara itu. Lagi-lagi kalau dengar memalam sensorang. Erk!
Lagi seorang barisan hadapan gugur, ternyata hanya Allah dapat membalas budi dan baktinya kepada masyarakat.
Kisah sedih ini telah dikongsikan di Facebook Fakulti Perubatan UiTM. Semoga Allah menempatkan allahyarhamah di kalangan orang beriman dan mengampunkan dosa-dosanya. Al-Fatihah.
Jururawat ini dikatakan dijangkiti Covid-19 ketika kandungan 30 minggu sebelum meninggal, syukur bayi dalam kandungan berjaya diselamatkan melalui pembedahan dan kini berada di NICU.
Jururawat Dijangkiti Covid-19 Ketika Kandungan 30 Minggu Meninggal
Seorang jururawat yang bertugas di Jabatan Perubatan Pemulihan Pusat, Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, Artini Dzolkarnaini meninggal dunia, awal pagi tadi dipercayai akibat komplikasi Covid-19.
Berita pemergian petugas barisan hadapan itu dikongsi Fakulti Perubatan UiTM menerusi Facebook (FB), hari ini.
“Dukacita dimaklumkan Sr Artini Dzolkarnaini telah meninggal dunia, di Hospital UiTM pada 5.30 pagi tadi.
“Seluruh warga Fakulti Perubatan UiTM ingin merakamkan ucapan salam takziah. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, carian wartawan di FB mendapati pemergian jururawat berkenaan yang juga penulis buku bertajuk Penjagaan dan Pemulihan Jantung terbitan UiTM menerima reaksi duka kenalan arwah dan warga net.
Syukur Bayi Berjaya Diselamatkan
Difahamkan, arwah dijangkiti Covid-19 ketika sedang mengandung 30 minggu berdasarkan beberapa komen balas daripada rakan dan keluarganya di FB.
Dikatakan juga, bayi arwah Artini berjaya diselamatkan secara pembedahan cesarean dan ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) hospital berkenaan.
Artini adalah jururawat program pemulihan jantung dan ibu kepada lima anak termasuk bayi baru dilahirkan.
Harian Metro cuba menghubungi keluarga arwah yang difahamkan belum bersedia untuk berkongsi cerita dan mengharapkan orang ramai berdoa urusan keluarga mereka dipermudahkan.
MW: Semoga keluarga allahyarham Artini dapat menerima ujian berat ini, apatah lagi bayi yang baru dilahirkan. Sesungguhnya dugaan ini amat berat untuk diterima.
Berdepan ‘anxiety’ Nora belajar kawal diri. Bergelar seorang selebriti sebenarnya bukan mudah, lantaran setiap tindak tanduk menjadi perhatian ramai.
Hanya mereka yang mampu saja boleh berhadapan dengan pelbagai onak duri. Apatah lagi kehidupan hari ini bertambah mencabar dengan kewujudan medium media sosial.
Berbicara tentang anxiety pelakon jelita, Nora Danish akui dirinya juga berhadapan dengan anxiety. Faktor pertambahan usia mengingatkan Nora mengenai kematian dan masalah itu semakin serius sehingga menyumbang kepada anxiety.
Nora seperti mana dilaporkan Harian Metro, berjaya mengawal diri agar kesihatannya tidak memudaratkan.
“Semakin meningkat usia, semakin banyak yang saya fikirkan. Contohnya seperti menaiki kapal terbang banyak benda yang saya fikirkan.
“Saya tidak menjalani sebarang rawatan untuk berdepan dengan anxiet’, sebaliknya saya belajar untuk mengawal diri menerusi perkongsian di media sosial.
“Tiada kaitan dengan netizen, sebaliknya diri saya sendiri.
“Semakin meningkat usia, semakin banyak yang saya fikirkan,” ungkap Nora yang juga merupakan pelakon utama filem Kan Cheong.
Tidak Mahu Lukai Hati Orang Lain
Nora juga akui dirinya tidak mahu menjadikan perkara tersebut sebagai satu kelemahan.
“Saya jenis yang banyak berfikir. Saya enggan menjadikannya sebagai kelemahan sebaliknya perlu pandai menyalurkan apa yang difikirkan itu ke arah yang lebih baik.
“Jika terlalu banyak berfikir ini bukan saja menyakiti hati saya saja malah turut melukai orang yang berada di sekeliling,” sambungnya.
Ketika ini pasukan perubatan seluruh dunia berusaha menghasilkan vaksin bagi COVID-19, namun masih belum berjaya. Kebimbangan terhadap virus ini, membuatkan ramai orang sanggup melakukan apa sahaja yang dianggap sebagai ‘penawar’ bagi merawatnya. Walaupun dianggap tidak logik dek akal fikiran.
Kucing Hitam Dijadikan ‘Penawar’
Gara-gara penularan berita palsu, kucing-kucing hitam di Vietnam telah dibunuh dan direbus untuk dijadikan penawar kepada wabak COVID-19.
Perkongsian yang tular di Vietnam ketika ini adalah berikutan terdapat laporan kononnya kucing hitam mampu menyembuhkan wabak COVID-19 dan dijadikan penawar. Ramai yang mula percaya perkhabaran itu sehinggakan seorang bayi turut menikmati minuman penawar tersebut.
Direbus Dalam Air Mendidih
Dalam perkongsian oleh media tempatan Vietnam, kucing-kucing hitam diletakkan dalam satu periuk besar sebelum air panas mendidih dituang ke dalamnya. Gambar dan video yang mengerikan itu muncul selepas para penyelidik mendapati krisis koronavirus telah mencetuskan lonjakan penjualan daging anjing dan kucing melalui aplikasi penghantaran makanan di Vietnam dan Kemboja.
Kepercayaan Baik Untuk Kesihatan
Malah, seorang penjual di Kemboja mengatakan mereka yang berada dalam komunitinya percaya, daging anjing adalah baik untuk kesihatan dan berupaya mencegah penyakit selesema atau virus seperti COVID-19. Namun, sehingga ke hari ini, masih belum ada kajian saintifik yang menyokong kepercayaan tersebut.
Sikap tidak berperikemanusiaan ini telah membuatkan ramai bimbang akan nasib haiwan perliharaan masing-masing.
“Tidak ada bukti apa pun bahawa makan kucing menyembuhkan coronavirus dan walaupun ada, rawatan tidak berperikemanusiaan ini adalah tahap kekejaman yang tidak dapat diterima bahkan bagi mereka yang memakan daging”, kata pengasas pertubuhan kebajikan No To Dog Meat, Julia de Cadenet.
MW: Macam-macam hal. Kucing hitam pula yang menjadi mangsa, kononnya mampu jadi penawar sembuhkan covid-19. Jangan mudah percaya, sehingga hari ini tiada vaksin lagi yang dapat dihasilkan dan mampu menyembuhkan virus berbahaya ini.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.