Kekeluargaan

Menantu Perempuan Tak Suka Mak Mentua, Jadi Toksik Dalam Keluarga

Share

Menantu perempuan tak suka mak mentua, jadi toksik dalam keluarga. Hubungan antara ahli keluarga, khususnya antara menantu perempuan dan keluarga mertua, adalah aspek penting dalam membina keharmonian rumah tangga.

Menantu Perempuan Tak Suka Mak Mentua

Namun, apabila menantu perempuan menunjukkan sifat toksik, ia boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan dan mencetuskan konflik yang serius. Artikel ini akan membincangkan tanda-tanda menantu perempuan toksik, kesannya kepada keluarga, dan cara terbaik untuk mengatasinya.

CIRI MENANTU PEREMPUAN TOKSIK DALAM KELUARGA

Jadi Toksik Dalam Keluarga

1. Menantu perempuan mendominasi ibu mentua

Menantu perempuan mungkin mengikut ‘langkah’ ibu mentuanya hanya untuk menarik hati anda supaya mudah jatuh cinta terhadapnya. Dia berkemungkinan menolong anda melakukan kerja rumah, belajar agama lebih mendalam malah cuba untuk ‘master’ cara menguruskan rumah tangga.

Tapi, awas! Sebaik sahaja anda terpedaya dengannya, menantu perempuan akan cuba untuk memanipulasi anda dengan cara selembut yang mungkin. Apa yang boleh ibu mentua buat adalah terus perhatikan kelakuan menantu perempuan anda supaya dapat mengenali perangai sebenar mereka. Berbuat baik jika mereka melakukan perkara sama, tetapi jika menantu perempuan cuba mendominasikan anda, bertegaslah dengannya!

2. Menantu perempuan menyalahkan ibu mentua untuk segala-galanya menantu perempuan toksik

Untuk pengetahuan, menantu perempuan toksik hanya ingin menunjukkan kesalahan anda di depan semua ahli keluarga. Contohnya, dia akan menyalahkan anda kerana terlalu memanjakan anaknya, menuduh ibu mentuanya tidak mengajar cucu berkelakuan baik dan banyak lagi. Menantu perempuan toksik hanya ingin menjatuhkan anda dengan pelbagai cara.

Oleh itu, jangan sesekali biarkan pembohongan yang disampaikan oleh menantu memberi impak kepada anda. Anda kenal siapa diri sendiri lebih dari orang lain, malah orang luar! Malah, ahli keluarga yang lain juga telah lama mengenali ibu mereka, jadi tak mungkin sesenang itu untuk anak-anak yang lain mempercayakan menantu perempuan anda.

3. Menantu perempuan tak boleh dijangka perangainya menantu perempuan toksik

Sebenarnya perangai sukar dijangka bukanlah kelakuan yang buruk. Namun, susah untuk mengendalikan perangai ini lebih lebih lagi jika mereka ada ‘mood swing’ sendiri yang boleh menjejaskan mental anda. Contohnya, mereka hanya berkelakuan baik dengan anda pada hari ini, tapi keesokannya pula bersikap biadab.

Justeru itu, ibu mentua jangan takut dengan perangai menantu perempuan toksik ini, sebaliknya cuba berbincang dengan suaminya untuk mencari jalan penyelesaian. Kadangkala, masa adalah apa yang mereka perlukan untuk berubah sikap diri.

4. Menantu perempuan kaki ‘kontrol’

Jika menantu perempuan selalu inginkan ibu mentua mengikutnya, mungkin ini kerana mereka mahu menandingi dan menyusahkan anda dalam pelbagai aspek! Ada kemungkinan mereka ingin menarik perhatian seluruh ahli keluarga lain dengan menjatuhkan martabat anda sebagai ibu.

Jika perkara ini berlaku, anda perlu duduk berbincang dengan menantu perempuan mengenai apa yang terbuku dalam hati. Namun, jika dia tidak memahami apa yang diluahkan, mula untuk bercakap ‘tidak’ kepada setiap perkara yang anda tidak suka.

5. Menantu perempuan pentingkan diri sendiri

Menantu perempuan toksik akan memikirkan dirinya sahaja. Menantu perempuan tidak kisah tentang pendapat anda kerana apa yang dinginkannya adalah persetujuan daripada semua orang walaupun terpaksa. Paling licik, mereka hanya akan berkelakuan baik apabila inginkan sesuatu dan kembali kepada perangai lama setelah mendapatkannya.

Dalam situasi ini, kuncinya adalah komunikasi antara ibu mertua dan menantu perempuan. Cuba adakan sesi ‘slow talk’ bersama menantu perempuan mengenai perangai mereka yang tidak disenangi oleh ahli keluarga lain.

6. Menantu perempuan tidak hormat ibu mentua

Tahukah anda, sebaik mana pun anda sebagai ibu mentua, menantu perempuan masih tidak akan menganggap apa-apa kerana tidak menyukai ibu mertuanya. Oleh itu, golongan menantu perempuan seperti ini akan kerap melawan kata-kata, tidak menghormati malah bersikap biadab bersama ibu mertua mereka.

Jika anda berhadapan dengan menantu perempuan toksik ini, jangan pernah memujuk atau merayu hanya untuk mendapatkan hormat daripada mereka. Jadi diri sendiri dan buat apa yang anda mahukan.

7. Menantu perempuan mengutuk belakang ibu mentua menantu perempuan toksik

Walaupun semesra mana layanan anda terhadap menantu perempuan jenis ini, jika mereka mahu, mereka akan bercakap di belakang anda bersama ahli keluarga yang lain. Segala kebaikan anda yang menolong mereka menyesuaikan diri dalam keluarga menjadi sia-sia kerana pada akhirnya, menantu perempuan sendiri yang akan berkata buruk mengenai ibu mentuanya.

Cara mudah untuk hadapi menantu perempuan jenis ini adalah dengan membiarkan mereka berkelakuan sebegitu. Ini kerana lama-kelamaan kebenaran pasti terungkai. Sudah pasti ahli keluarga yang lain akan mula menyedari ‘belang’ sebenar menantu perempuan anda!

8. Menantu perempuan licik

Apabila gagal untul ‘control’ ibu mentuanya, menantu perempuan toksik mula bermain permainan emosi bersama suaminya untuk mengawal mereka. Mungkin dia akan menangis di hadapan suaminya mengatakan bahawa anda tidak berkelakuan adil terhadapnya. Dalam situasi ini, merekalah insan yang mempunyai paling banyak idea untuk memerangkap ibu mertua di hadapan anak anda.

Cara untuk berdepan dengan menantu perempuan seperti ini adalah dengan bercakap dan memberikan masa untuk menantu perempuan anda berfikir tentang kelakuan buruknya. Penting untuk anda dan suaminya menjarakkan sedikit diri daripada menantu perempuan itu supaya kondisi mental terjaga.

9. Menantu perempuan mengadu kepada suaminya soal perkara remeh menantu perempuan toksik

Tahukah anda jika anda tidak tertipu dengan ‘trick’ menantu perempuan, tidak terjejas apabila menerima provokasi, dia akan mula melibatkan suaminya dalam hal anda berdua. Menantu perempuan anda akan mula memanipulasi suaminya hanya untuk menarik perhatian dan memastikan ibu mertuanya jauh daripada anak lelakinya. Kelakuan ini sama sekali tidak boleh diterima.

Apa yang boleh anda lakukan adalah sama seperti sebelum ini iaitu biarkan menantu perempuan anda berkelakuan sedemikian kerana masa akan membuktikan kepada anak lelaki anda tentang kebenaran yang sebenarnya.

Kepada ibu mentua yang mempunyai menantu perempuan seperti di atas, usahlah berasa sedih kerana lambat-laun, pasti kebenaran akan terbongkar. Ibu mertua perlu kekal menjadi tegas supaya menantu perempuan toksik ini tidak mudah memijak kepala anda. Jika ada masalah, berbincanglah dengan cara baik untuk mengelakkan persengketaan antara ahli keluarga.

Sumber: Mom Junction

Baca artikel lain juga: Menantu Perempuan Mesti Kena Ada Kerja Tetap, Itu KPI Mak Mentua Zaman Sekarang

Mak Mentua Suka Audit Menantu, Rumah Tangga Jadi Kacau Bilau

Menantu Perempuan Bukan Orang Gaji Mak Mentua, Dia Hanya Berkhidmat Kepada Suaminya

Mak Mentua Jangan Anggap Menantu Perempuan Pesaing, Konon Rampas Anak Lelaki Kesayangan

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

Published by
Has