“Menantu Dari Syurga, Jasanya Berkhidmat Untuk Mak Melebihi Kami Anak Beranak”

Share

“Menantu Dari Syurga, Jasanya Berkhidmat Untuk Mak Melebihi Kami Anak Beranak”. Jasa setiap adik beradik mahupun ipar duai dalam menjaga mak ayah yang telah dimamah usia itu tidak sama. Ada yang sanggup berkorban tenaga dan masa, malah ada juga memberi sumbangan wang ringgit. Yang penting tujuannya adalah sama untuk menyantuni mak ayah yang tidak lagi berdaya.

Memang beruntung jika mempunyai menantu yang menyayangi ibu atau ayah mentua bagaikan mak ayah sendiri. Sanggup berkorban menjaga mereka hingga ke akhir hayat.

Terharu memibaca coretan daripada Mohd Yazid Ismail ini. Semoga menjadi inspirasi buat kita dalam menjaga mak ayah.

Kami ada 16 adik beradik. Pada tahun-tahun akhir kehidupan mak, anak ke15 Radiah Ismail dan suaminya Khairi Ismail balik kampung untuk jaga mak yang makin uzur.

Tugas menjaga makan minum orang tua tidaklah sesuatu yang mudah. Banyak ujian dan kekhilafan. Nak jaga hati perasaan juga sangat mencabar. Kena banyak bersabar makan hati.

Khairi sangat banyak jasa berkhidmat untuk mak saya dengan penuh kesabaran. Walaupun hanya menantu, tapi jasanya berkhidmat untuk mak melebihi kami anak-beranak.

Hari-hari yang dilalui Khairi banyak tak cukup tidur. Badan mak selalu kena urut untuk melegakan kesakitan yang dihadapi. Khairi dan Radiah sentiasa bergilir. Kami adik-beradik yang lain ada buat, tapi mereka berdua paling banyak berkorban tenaga dan masa merawat mak.

Seorang sangat penyabar dan tenang. Saya kagum. Saya selalu berdoa supaya Allah membalas jasanya dengan berlipat kali ganda.

Rumah pusaka mak dah bagi kat Radiah. Sebelum ni saya yang bayarkan bil elektrik setiap bulan. Malam tadi Radiah tanya, lepas mak meninggal adakah saya akan terus bayarkan bil? Saya jawab akan tetap bayar. Untuk balas jasa Radiah dan Khairi menjaga mak. Akan bayarkan hingga Radiah jadi lebih kaya dari saya.

Ini menantu dari syurga. Semoga Allah sentiasa merahmatinya dan mengkayakannya dunia akhirat. Terima kasih Khairi dan Radiah sebab jaga mek.

Mohd Yazid Ismail
Anak ke-11.

Mesti Baca: Jangan Sibuk Menghitung JASA Pada Mak Ayah Sampai Pertikai Sumbangan Adik Beradik Lain
Baca Lagi Di Sini: Bukan Berkira, Sistem Giliran Elak Adik Beradik ‘Lari’ Tanggungjawab Uruskan Mak Ayah
Artikel Menarik: Suami Lumpuh, Anak 16 Berderet, Hebatnya Mak Sekolahkan Semua Sampai Universiti

Mingguan Wanita: Masya Allah, terharu dan beruntung dapat menantu sebegini. Sanggup berkorban dan menjaga ibu mentua bagai ibu sendiri. Semoga dikurniakan ganjaran pahala berlipat kali ganda menjaga orang tua hingga ke akhir hayat.

Sumber: Mohd Yazid Ismail

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab