Sumber / Sumber Foto :  Instagram Mira Filzah

Menangis hingga mata bengkak berjauhan dengan anak, curi masa pam susu. Begitulah pengalaman pertama kali pelakon Mira Filzah terpaksa berjauhan dengan anak sulung kesayangannya, Wan Khair Amir dek kerana tuntutan kerja.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sebagai seorang ibu ternyata tugas menyusukan anak bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi pada ibu yang bekerjaya.

Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja.

Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.

Apabila kita stres, letih, dan diuji dengan perkara-perkara berat, tentu ada masanya fikiran kita akan menerawang ke ruang-ruang negatif.

Namun itu semua bukanlah halangan untuk ibu meneruskan penyusuan susu badan pada bayi mereka.

Ads

Menangis Hingga Mata Bengkak Berjauhan Dengan Anak, Curi Masa Pam Susu “Semoga Mama Kuat”

Menangis Hingga Mata Bengkak Berjauhan Dengan Anak

Seperti mana ibu bekerjaya yang lain, Mira Filzah juga akui bukanlah satu perkara yang mudah untuk bekerja di luar sambil memerah susu. Ibu-ibu perlu bijak dan curilah masa untuk mengepam susu.

“It was a great experience working with UNIQLO Indonesia. Set photo shoot dorang sahaja mcm set shooting drama! Set besar, crew pun ramaaaii gila. Mcm mana lah agaknya kalau shooting dgn dorang ya.

“Ini pun first time tinggalkan Amir untuk 5 malam.

“First day photo shoot mata bengkak, sebab malam sebelum tu VC Amir nangis nangis.  @farhadiana dgn @harizayiz tengok je lah. Haha. Terus Hariz masuk bilik. First day je lah tapi. Hari kedua dan seterusnya dah okay sikit,’” kongsi Mira yang kini berada di Bali, Indonesia.

Ads

Semoga Cukup Bekalan Susu Di Rumah

Akur dengan tuntutan kerja, Mira juga menyatakan selepas ini ada beberapa lagi trip outstation yang perlu dilaksanakan. Dia juga memohon agar dirinya terus kuat untuk berjauhan dengan Amir.

“Lepas ni ada lagi beberapa kali outstation. Lagi jauh, lagi lama. Tak tahu lah nak bawa balik susu mcm mana utk flight berbelas jam.

“Semoga cukup lagi bekalan susu dkt rumah bila outstation nanti. Semoga Mama pun kuat!
“Pengalaman kerja diluar sambil pump susu bukan senang.

“Curi curi masa nak pump. Kadang-kadang tengok jam sampai terlepas timing, tahu tahu dah 6 jam tak pump lagi!

“Haa faham tak perasaan itu? Dengan bawa macam macam brg kesana sini, ice packs, cooler bag lagi. Salute sgt mommies yg busy kerja tapi still boleh keep up dgn routine pump! (Sorry sembang mak mak sikit dkt sini.)

Ads

“Okay dah. Haha. Video last bukti mata sembab! Tu first day shoot,” kongsi Mira yang juga akui sebagai seorang ibu tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk bergerak aktif dalam industri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Baca Disini : Dengar Bayinya Menangis Saat Berkhatan, Mira Filzah Sama Jatuh Air Mata 

Wanita ‘CUTI’ Pun Boleh Kejar Lailatul Qadar, Ini Perkongsian Mira Filzah

Mingguan Wanita :  Semoga Mira kuat untuk terus memberikan Amir susu badan. 

Sumber / Sumber Foto :  Instagram Mira Filzah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI