Hari ini sudah masuk hari kelima Allahyarham Siti Nur Surya meninggalkan keluarganya. Anak yang semasa hayatnya masih ada menjadi sandaran buat keluarga. Menjaga ibu sakit kanser, demi membolehkan adik beradik malah ayah meneruskan rutin harian mereka dengan aman.
Belum pun sempat menggapai cita-cita mahu menjadi pelukis pelan, remaja ini dibunuh dengan kejam tanpa perikemanusiaan. Rentetan pembunuhan itu, rakan sekolah Allahyarham telah ditahan reman selama 7 hari.
Kisah tragis anak baik ini tular sehingga mendapat simpati orang ramai, artis malah terbaru pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew. Pendakwah bebas ini berkesempatan menziarahi keluarga mangsa yang masih lagi berduka.
Menjejakkan saja kaki ke kediaman arwah, Ustaz Ebit disambut dengan tangisan pilu ayah Allahyarham, Ismail Muda, 58 tahun.
Wajah sugulnya tak dapat disembunyikan. Malah, dalam salah satu gambar yang dikongsi Ustaz Ebit seakan beliau cuba menenangkan ayah dalam kedukaan yang tak tertahan-tahan.
“Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah.
Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser. Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3.
Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa. Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat.
Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakob as kehilangan Nabi Yusuf as. Kisah ujian Nabi saw yang kita cintai. Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan.
Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga.”
Sebelum ini, ayah Allahyarham mengharapkan agar ‘orang’ yang menyebabkan kematian anaknya itu menerima hukuman yang setimpal.
Malah, sama sekali tidak menyangka suspek yang ditahan untuk membantu siasatan merupakan bekas rakan sekolah yang pernah berkawan rapat dengan arwah.
Dalam kejadian Ahad lalu, mayat Siti Nur Surya ditemui dengan kesan tetakan pada badan serta putus tangan kiri di ruang tamu rumahnya. Dan polis menahan seorang suspek, pelajar tingkatan enam, yang juga rakan sebaya arwah.
Baca sini :
Hiba remaja meninggal disaksi ibu yang sedang sakit, rakan sekolah ditahan
‘Saya akan merinduinya..’ arwah kakak yang baik, selalu jemput hantar adik ke sekolah
Air mata remaja mula bergenang sebaik masuk mahkamah, suspek hanya tunduk
‘Diejek miskin, tak cantik..’ dikatakan punca suspek naik berang
‘Terima kasih untuk segalanya. Semoga dia mendapat balasan sepadan’ luah teman lelaki Surya
Terkesan dengan keadaan ibu Allahyarham Nur Surya, Anzalna terpanggil berkongsi rezeki
Info lebih menarik DI SINI.
Sumber/Foto : Ebit Lew, Astro Awani